Syazlin bergerak semakin merapati Adam dan akhirnya...
Dup dap dup dap
'Alahai jantung, diam kejap boleh tak? ' monolog Adam dalam hati.
PAP!
Tamparan padu yang dia dapat daripada Syazlin dan bukannya kiss.
"Aduh Syaz! Sakitlah. Kau ni kenapa? " marah Adam sambil menggosok pipinya yang mungkin berbirat dek tamparan padu seorang atlet bola tampar.
"Padan la dengan muka kau. Siapa suruh gatal sangat. Nak kiss konon. Penampar tu lagi okay daripada kau dapat penumbuk aku okay. " Syazlin menjelirkan lidahnya ke arah Adam. Adam hanya menjelingnya panas. Kurang asam punya member.
Amril yang memerhati dari tadi hanya terkekek-kekek ketawa. Lawak betul lah dorang ni.
Syazlin yang berdiri terjungkit-jungkit bergerak ke sofa yang diduduki oleh Adam. Dia menampar kaki Adam yang terletak boek punya atas sofa sebelum duduk di sebelahnya.
"Kau ni kenapa eh Syaz, kau punya sakit ni macam tipu je. Ikut suka hati kau je nak tampar aku sana sini. Eiii geramnya aku!" Luah Adam kegeraman sambil menjeling Syazlin yang berada di sebelahnya.
"Alah kau ni macam tak biasa pulak dengan tangan berbisa aku ni. Kau kan selalu jadi testimoni aku sejak dulu lagi. Kau cakap kau sayang aku, kan kan kan?" Syazlim mengelipkan matanya.
Kau ingat comel ke?
"Tahun bila aku cakap yang aku sayang kau ni? Aku rasa aku tak pernah ucap pon dekat kau." Jujur Adam.
"Eh pernah lah. Kan Am kan?" Terus Syaz menanya adiknya yang khusyuk dengan handphone ditangan.
"Hah? Am tak tahu apa-apalah pasal korang berdua ni. And one more thing, jangan ganggu Am boleh? Am nak main candy crush ni. "
"Huh, kau dengan Adam sama je. Suka sangat main candy crush." Luah Syazlin dengan nada tak puas hati.
"Ohh biasalah, kitorang gamers berjaya kot." Riak Adam sambil mendabik dada.
"Eh blah la kau. Perasan je lebih." Jeling Syazlin.
Ezmeer yang baru keluar dari tandas terus bergerak ke tempat mereka.
"Hai, borak apa ni. Rancak sangat nampak?" Tegur Ezmeer kepada mereka bertiga.
"Tak ada apa pon. Borak kosong je." Syazli tersenyum ayu memandang crushnya itu. Haih, kenapalah hensem sangat ni.
Berdebor aje teman ghase.
"Oh. Ha bro, baru bangun tidur? Nyenyak betul kau tidur tadi." Ezmeer menegur Adam yang kelihatan agak mamai. Agakla.
"Haah. Tunggu kau punya pasal sampai tertidur aku. Kau sampai bila Meer? " Tanya Adam tanpa perasaan. Dia memang tak ngam betul dengan Ezmeer nih. Entah lah nak.
"Baru je tapi sempatlah berborak dengan Meera dengan adik dia." Ezmeer terus memandang Syazlin. Mereka membalas senyuman. Arrr cair tengok senyuman Ezmeer.
Berbulu mata Adam melihatnya. Adam terus bangun dari sofa. "Dah dah lah senyum tu, sekarang jom kita makan. Aku ada bawa pizza tu." Celah Adam dalam detik-detik bahagia Syazlin dan Ezmeer.
Dengki!
Syazlin mengeluh perlahan. Kau ni kacau daun lah Adam!
Baru sahaja Ezmeer mahu mengangkat punggungnya, handphone yang berada dalam poket seluarnya berdering. Laju dia menjawabnya.
"Hello bu. "
"Adik dekat hospital ni."
"Eh adik okay je. Bukan adik yang masuk hospital tapi kawan adik."
"Hahaha tu lah ibu ni,selalu fikir bukan-bukan"
"Sekarang ke bu? Okay kejap lagi adik sampai."
"Bye, assalamualaikum."
Setelah tamat berborak dengan ibunya, Ezmeer melangkah ke arah Adam dan Syazlin yang tengah memerhatinya.
"Sorry guys. Aku tak dapat join korang. Aku kena balik. Ibu aku dah call tadi. " Ezmeer dengan rasa bersalahnya memberitahu mereka.
"Ohh tak apa lah kalau macam tu. Nak buat macam mana kan, dah kau ada urusan penting." Kecewa. Ya, Syazlin kecewa.
Tetapi tidak bagi Adam. Dia rasa happy gila sebab dah tak ada yang mengganggu mereka. Adam tersenyum kecil.
'Go away Meer, go away! '
"Hmm okaylah. Aku gerak dulu. Bye guys. " ujar Ezmeer sambil tersenyum lalu bergerak ke arah pintu keluar.
"Bye!" balas mereka yang berada di situ.
Adam yang berdiri dari tadi terus duduk sambil memerhatikan wajah Syazlin yang muram.
"Kau tak payah muram sangatlah. Dia balik jumpa mak dia weyh, bukannya makwe dia ke apa." Tegur Adam setelah sekian lama.
"Taklah. Mana muram pon." Balas Syazlin sambil tersenyum. Kekok.
"Kau ni pelik la weyh. Tak payahlah senyum macam tu. Hodoh kau tahu tak!" Kutuk Adam tanpa berlapik.
Syazlin mencebik. "Kau ni kalau sehari tak kutuk aku memang tak sah kan? Macam la kau tu hensem sangat!" Jerit Syazlin. Geram.
"Ehh aku memang hensem. Ramai kot perempuan di sekolah tu selalu usha aku." Riak Adam berkata.
Syazlin mengambil bantal kecil yang terletak di sofa itu lalu membaling ke arah Adam. Adam pantas mengelak lalu ketawa besar.
"Kau ni gila lah Adam." Tersenyum Syazlin berkata.
"Gila macam kau lah, gila." Balas Adam sambil gelak besar.
Amril yang berada di situ hanya menggelengkan kepala melihat karenah kedua-dua orang sahabat baik itu. Tak ubah seperti budak-budak.
Entah apa-apa
"Syaz, I want to ask you something." ujar Adam secara tiba-tiba.
"What? " Dah Adam speaking, Syazlin pon layankan je lah.
"Daddy kau tahu tak yang kau warded ni."
"Hmmmm... tak. " perlahan Syazlin membalas.
"Kenapa? " pendek juga Adam membalas.
"Dia sibuk la Dam, aku tak nak ganggu dia."
"Tapi kau tu anak dia Syaz. Dia kena tahu yang kau sekarang dekat hospital disebabkan anak tiri tak guna dia tu!" Marah Adam.
"Yes, I know! But.. It is not easy as you assume. Give me some time please. I know you will, right? " lembut Syazlin memujuk Adam.
Adam mengeluh perlahan. Dia meraub mukanya. Susah bercakap dengan orang berkepala batu seperti Syazlin. Penat. Sumpah penat.
"I will give you some time but you have to promise me to tell your dad about this. Deal? " Adam termakan dengan pujuk rayu Syazlin. Alahai Adam Cassiel, lembutnya hatimu.
"Deal! " jerit Syaz. Dia tahu Adam sangat memahaminya. Bukan sehari dua dia kenal Adam, dah dekat 5 tahun dah pon. Yalah, mereka berkenalan semasa darjah 6 disebabkan Syazlin berpindah masuk ke sekolah Adam pada masa itu.
"Lagi satu, kau kena buat laporan polis tai apa yang si Aiman tu buat kat kau. Jangan dibiarkan saja. " sambung Adam lagi.
"Baik bos. Nanti teman aku."
Adam hanya angguk, mengiakan kata gadis itu.
"Kak." Amril bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Ya." Dia memandang wajah adiknya.
"Lapar. " adu Amril. Eh, kenapa tiba-tiba jadi manja ni?
"Kau lapar eh Am? Aku ada beli pizza tadi. Jomlah makan." Adam menyampuk lalu terus berdiri.
"Yeay! Jom. Aku pon dah lapar sangat dah ni." Jerit Amril ceria.
"Kau pergi kejutkan si Aryan tu cepat. Nyenyak betul dia tidur." arah Adam.
Amril pon terus berlari ke arah adiknya yang tidur terlentang di atas katil hospital.
Syazlin tergelak melihat perangai adiknya yang happy-go-lucky itu.
Dia bangkit dari sofa itu secara perlahan-lahan.
Terjungkit-jungkit dia bergerak ke arah adik-adiknya.
Adam yang melihat terus bergerak ke arah Syazlin dan terus memegang lengannya yang berlapik untuk mengelakkan Syaz terjatuh ketika berjalan.
Syazlin mengucapkan terima kasih setelah dia selamat sampai di katilnya.
Dia hanya memandang Aryan yang masih mamai. Dia menyiku perlahan perut adiknya itu sambil menyebut 'jom makan'. Terus segar biji mata bulatnya.
Dan setelah itu, mereka berempat menjamu selera dengan gembira berhidangkan pizza yang sudah sejuk di atas katil hospital Syazlin.
Semuanya kelihatan normal dan bahagia.
.
Share this novel