Datuk Mansor mengasingkan dirinya di mini pejabat setelah kejadian tadi. Kepalanya berserabut.
Dia meraup wajahnya sebelum memerhati sekeliling mini pejabat di tingkat 2 rumahnya itu. Terdapat 2 rak besar didalamnya. Semua rak itu dipenuhi dengan buku-buku yang berkaitan perniagaan dan fail-fail penting.
Dia mengelamun seketika memikirkan masalah yang bercambah dalam kepalanya.
Apa yang aku dah buat ni Ya Allah.
Dia mengeluh perlahan lalu menyandarkan badannya di kerusi pejabat yang empuk. Matanya secara tiba-tiba tertancap pada sebuah kotak kecil di atas mejanya. Apa pulak ni?
Datuk Mansor terus menegakkan badannya sebelum mengambil kotak yang berbalut elok itu. Kad di atas kotak itu diambil lalu dibaca.
Selamat Hari Lahir yang ke-46 tahun!
Semoga daddy akan sentiasa panjang umur dan dilimpahi rahmatNya.
Terima kasih kerana menjadi daddy yang hebat untuk Syaz selama 16 tahun Syaz hidup.
Gomawo daddy! I LOVE YOU!!
Tersentak Datuk Mansor membaca kad itu. Laju tangannya membuka kotak hadiah itu. Seutas jam tangan jenama Rolex edisi terkini terpampang luas dimatanya. Anaknya itu cukup faham dengan cita rasanya.
Dia ingatkan isterinya, Datin Amnah yang memberi hadiah sebegini kepadanya. Rupa-rupanya Syazlin Ameera, anak sulungnya bersama arwah isteri kesayangnya.
Bingkai gambar di hujung mejanya diambil. Dia menatap wajah arwah isterinya sebelum mengelusnya perlahan.
"Abang dah gagal didik anak kita Su." Perlahan saja suara Datuk Mansor berkata. Dia mengeluh perlahan.
Syazlin memang layak dapat apa yang aku buat tadi. Dia terlalu biadap, biar aku ajar dia macam tu. Biar jadi manusia.
Datuk Mansor kembali bersandar pada kerusinya sebelum memeluk gambar tadi.
Dia terlelap.
-----
Syazlin bangun dari perbaringan sebelum berlari laju menuju ke tandas peribadinya.
Mangkuk tandas ialah tempat yang ditujuinya.
Dia muntah.
Yang keluar banyak ialah bunyi, muntahnya hanyalah cecair. Mungkin, disebabkan dia tidak menjamah apa-apa makanan hari ini.
Syazlin terduduk di tepi mangkuk tandas. Dunianya terasa berpusing. Dia memegang kepalanya dengan dahi yang berkerut. Sumpah, aku tak suka rasa begini.
Dia cuba bangun perlahan-lahan bergerak menuju ke katil kesayangannya. Belum pon sempat dia melabuhkan badannya, kakinya tersadung sesuatu sehingga jatuh tertiarap.
Aduh, aku dah tak larat.
Kelam.
Dia akhirnya tertidur di situ.
-----
"Mangkuk ni, kalau call memang tak reti nak jawab ke? Habislah kredit aku nanti." Adam mula membebel sebelum sambung menelefon sahabatnya itu.
"Dah pukul 11 pagi, takkan tak bangun lagi dia ni ishh."
Adam terus melompat ke atas katil sebelum cuba untuk menelefon Aryan. Tapi hampa,dia juga tidak menjawab panggilannya.
"Buang je lah telefon korang ni. Aku call tak reti-reti nak angkat."
Sekali lagi dia cuba menelefon Amril dan akhirnya berjawab. Akhirnya, setelah sekian lama mencuba. Terima kasih Amril!
"Kau seorang je ke yang ada handphone sekarang ni? Penat aku call." Luah Adam setelah memdengar sapaan daripada adik Syazlin.
Amril hanya berkerut dahi mendengar ayat Adam. Dah kenapa mamat ni? Tiba-tiba saja cakap macam ni.
"Kenapa ni bang?" Amril mula bersuara.
"Aku telefon kakak kau dan Aryan tapi dua ketul tu langsung tak angkat call aku. Mangkuk ayun betul." Kata Adam sebelum menyandarkan badannya ke kepala katil. Dia geram betul dengan dua beradik tu. Macam nak dipiat je telinga dua orang tu.
Amril tergelak kecil mendengar kata Adam. Tak sabar betul mamat ni.
"Aryan tak bawak handphone dia rasanya."
"Dia pergi mana pulak?"
"Aryan jaga akak, dia demam."
"Hah?" terus tegak badan Adam mendengar perihal yang diberitahu oleh Amril. Dia terus bergerak ke almari untuk menukar pakaiannya. Dia perlu pergi ke rumah Syazlin segera.
"Abang jangan risau, demam biasa saja." Seakan-akan memahami perasaan Adam, Amril cuba menenangkan Adam.
"Kejap lagi aku sampai rumah korang." Adam terus mematikan panggilan lalu terus bergerak ke ruang tamu untuk mencari mamanya.
"Mama." Tegur Adam apabila melihat mamanya yang sibuk memasak di bahagian dapur. Datin Ani yang mendengar suara anaknya terus mengalihkan pandangan.
"Ya, kenapa?" tanya Datin Ani sambil mengacau kari ayam yang berada di atas api. Sedap betul baunya.
"Adam nak pergi rumah Syaz ni ma. Dia demam." Kata Adam sebelum menjengukkan kepalanya ke periuk mamanya. Dia menelan liur lalu memandang wajah syurganya itu.
"Hah demam? Teruk ke?" terbit kerisauan di hati Datin Ani apabila diperkhabarkan berita itu. Adam hanya menjongketkan bahu tanda dia tidak tahu.
"Adam tunggu kejap, jangan pergi lagi. Mama nak masakkan Syaz bubur. Mesti dia tak ada selera sekarang ni." Dengan segera Datin Ani mengeluarkan bahan-bahan untuk dijadikan bubur nasi. Syazlin sangat gemarkan bubur nasi yang dimasaknya. Mungkin ini dapat membantu menaikkan selera makan anak gadis itu.
Adam hanya sabar menunggu mamanya selesai memasak. Hampir 30 minit menunggu, dia dapat memulakan perjalanannya ke rumah Syazlin. Kau tunggu jap Syaz, kejap lagi aku terpacak depan rumah kau.
"Assalamualaikum orang rumah!!! Assalamualaikum ooo assalamualaikum!!" kuat Adam memberi salam di hadapan rumah sahabatnya yang tertutup rapat itu. Cepatlah sikit buka pintu, ingat sejuk ke kat sini?
"Waalaikumsalam. Eh Adam rupanya, masuklah." Ibu Ida yang memebuka pintu rumah tersenyum melihat sengihan lebar anak muda itu. Mujur elok rupanya. Kalau tak, senduk Ibu Ida dah naik atas kepala Adam.
"Ibu Ida ni lambat betul buka pintu, kulit Adam dah tukar warna ni." Kata Adam sebelum mengikut Ibu Ida ke dapur untuk menghidangkan bubur nasi yang dikirim oleh mamanya.
"Ada-ada sajalah kamu ni Adam. Ni dah kenapa ikut Ibu Ida sampai ke dapur? Kamu tu tetamu, duduklah di depan sana."
"Adam nak hidangkan bubur nasi yang mama kasi ke Syaz. Amril mana Ibu Ida?" Adam menolak mangkuk tingkat itu kepada Mak Ida sebelum duduk di kerusi dapur. Dia menaip sesuatu sebelum menyimpan kembali telefon pintarnya.
"Sedapnya bau bubur ni. Amril ada dekat atas, Adam pergilah naik atas. Nanti Ibu Ida bawa bubur ni ke sana."
Adam hanya menunjukkan simbol okay sebelum bergerak ke tangga rumah rakannya. Amril yang baru saja berura-ura untuk turun ke bawah berjumpa Adam terus mematikan niatnya apabila lelaki tak tahu malu itu sudah mula mendaki anak tangga rumahnya.
Dia tersengih memandang Adam sebelum mengajak Adam melepak di ruang tamu bahagian atas rumahnya.
Share this novel