Voicenote daripada Adam semalam menyebabkan mood Syazlin totally melayang. Sampai hati dia! Dia hanya membiarkan mesej Adam tanpa membalasnya. Maleh aku!
Dia berpeluk tubuh dan bersandar pada katilnya sebelum memikirkan aktiviti yang hendak dia lakukan selepas ini. Dengan tergesa-gesa dia berjalan ke meja belajarnya untuk mengambil laptopnya. Layan k-drama lah.
Sekejap ketawa, sekejap marah, sekejap menangis.
Sangat normal bagi penggemar drama Korea.
Syazlin mula menangis apabila sampai scene dua mempelai ini terpaksa berpisah disebabkan keadaan yang tak mengizinkan. Dia menekupkan mukanya ke bantal dan menangis teresak-esak habis basah bantalnya dengan air mata serta air hingusannya. Apa yang sedih sangat pon tak tahu lah.
Aryan yang melewati bilik kakaknya itu terhenti seketika. Bunyi apa macam orang mengilai tu?
Aryan menekapkan telinganya kepada pintu bilik Syazlin. Dahinya berkerut apabila mendengar suara kakaknya yang menangis. Hah sudah! Dah kenapa pulak tu?
Aryan menerobos masuk ke dalam bilik kakaknya dan terlihat kakaknya yang tidur mengiring dengan matanya yang sembap dan tersedu-sedan. Dia duduk di tepi Syazlin dan memanjangkan leher sambil melihat apa yang ditonton kakaknya sehingga menjadi seperti orang kena sawan.
Legend Of The Blue Sea? Drama zaman bila hang tengok ni Syaz.
Aryan menolak bahu Syazlin untuk mengganggunya. Syazlin hanya membiarkannya tanpa mengalihkan pandangan daripada skrin.
"Aduh akak ni kenapa? Menangis kuat gila macam mati laki." Aryan mula berbaring di bantal kakaknya sambil memandang skrin laptop. Keadaan sekarang ialah kepala bertemu kepala. Haa kongsilah kutu sorang sikit.
"Sedih kot drama ni. Nasib Lee Min Ho aku hensem." Ujar Syazlin sambil mengelap air matanya.
"Ari tengok tak adalah sedih sangat sampai boleh melalak macam pontianak." Balas Aryan sebelum menarik kuat rambut kakaknya yang serabut itu.
"SAKIT LAAA! KAU NI APAHAL!" marah Syazlin sambil menampar kuat lengan adik bongsunya itu. Sakit gila, macam nak terkeluar kulit kepala aku.
Aryan terus melepaskan tanganya daripada rambut Syazlin lalu mengusap laju lengannya yang terasa perit. Dia mengerutkan dahinya.Syazlin ni kalau pukul orang macam nak membunuh.
"Sakit la akak. Nak siat-siat kulit Ari ke apa? pedih gila." Adu Aryan sambil melihat tangan putihnya yang sudah merah.
"Yang kau pergi tarik rambut aku tu buat apa? Kalau terkeluar otak aku tadi macam mana? Tak sempat aku nak ambik SPM tahun depan." Syazlin mengusap kepalanya yang pedih sambil menjeling Aryan.
"Ari nak bergurau je lagipon mana ada orang tarik rambut sampai terkeluar otak." Aryan menahan tawa mendengar ayat kakaknya itu. Apa bendalah terkeluar otak? Kadang-kadang bodoh jugak minah ni.
"Kalau nak gelak tu, gelak je lah. Buruk betul muka kau, macam beruk tengah tahan kentut." Syazlin menyikat rambutnya menggunakan jari sebelum mengikat rambutnya. Serabut pon serabutlah,malas dah aku nak bangun dari katil.
Terhambur jugak ketawa Aryan. Gelak macam orang tak betul. Apa yang lawak entah.
"Pfffft beruk tahan kentut." Kata Aryan sambil memegang perutnya sebelum ketawa lalu bergolek-golek di atas katil Syazlin.
Syazlin hanya memandangnya pelik sebelum kembali ke computer ribanya itu. K-drama yang paling latest dia cari. Aryan yang menggelupur itu dibiarkannya. Malas mahu layan orang sakit jiwa.
The King:Eternal Monarch!
Macam seronok dengan barisan pelakon yang helok-helok semuanya.
Ada Lee Min Ho dan Kim Go Eun!
I'M DEAD!!
Baru sahaja ada 2 episod ni Netflix, tapi drama seronok nak mati!
Aryan hanya melihat kakaknya yang seronok sangat menatap laptop itu. Seperti Syazlin pulak yang menggantikan tempat Aryan. Aryan berbaring memandang syiling bilik kakaknya itu. Dia termenung seketika. 3 minggu lagi keputusan PT3. Takoddddddddddddddd.
Dia memandang meja lampu kakaknya sebelum membuat keputusan untuk menceroboh telefon Honor 20 Pro Icelandic Syazlin sebelum berbaring membelakangi kakaknya.
Aryan mula mencuba segala filter Snapchat kakaknya. Pelbagai gaya dia cuba. Gedik betul! Instagram Syazlin dibuka dan dia memenuhi story kakaknya dengan wajah yang perasan kacak. Dia terkekek-kekek ketawa. Seronok ya?
Sekarang dia memulakan operasi untuk menceroboh masuk kedalam mesej-mesej Syazlin. Pin chats dilihat. Auch terharunya. Ada Aryan, Amril dan Adam.
Aryan slide ke bahagian status. Dia nak penuhkan wajah kacaknya dalam semua media sosial kakaknya itu.
Secara tiba-tiba telefon ini bergetar menandakan ada mesej baharu. Fuhhh, nasib sempat silent. Kalau tak, kantoilah nanti. Aryan tersengih sebelum membuka sembang kakaknya dan Adam. Ohhh dia balas status rupanya.
Kau buat status tapi tak reti nak reply chat aku ke?
Aryan tersengih membaca mesej daripada Adam. Dia ni tak perasan ke, yang dekat status tu Aryan bukannya Syazlin.
Tengok tu perangai.
Bluetickkan aku lagi. Kau kenapa ni sebenarnya?
Saja.
Aryan membalas mesej Adam. Jom berlakon jadi Syazlin Ameera binti Mansor! Dia tersengih seperti orang yang dilamun cinta.
What? Saja?
Kau marahkan aku ke?
Aku mintak maaf la.
Tiada maaf bagimu.
Aryan sengaja menghangatkan suasana. Memang nak mencetuskan peperangan ke apa wahai Shah Aryan? Dia menunggu balasan daripada Adam dengan perasaan teruja.
Wehhh janganlah macam ni.
Aku gurau je dekat voicenote semalam.
Aku dah tak marahkan kau
And....
And?
Aku sayang kau la gila.
Gila apa tak sayang hmm.
Aryan tergelak kuat membaca ayat Adam. Ya Allah lawak. Boleh keras teruk perut aku hari ini.
Syazlin yang terganggu dengan tawa adiknya yang kuat terus menarik telinga Aryan.
"Diamlah, akak nak layan Lee Min Ho pon tak senanglah."
"Okay baiklah. Patik minta maaf ya tuan puteri." Jawab Aryan sambil tersengih. Itu pon sebab takut kantoi dengan Syazlin tentang aktiviti yang dia lakukan. Syazlin terus mengalihkan pandangannya ke hadapan untuk kembali melayan perasaan.
Aryan terus membuat cadangan untuk mengenakan Syazlin dan juga Adam. Dia sehabis baik menahan tawanya tapi gagal.
Syazlin yang geram menoleh menghadap adiknya sebelum matanya membulat memandang telefon pintarnya yang bercahaya di tangan Aryan. Ahhh sudah! Apa yang budak ni sabotaj?
"Kau buat apa dengan handphone akak, Shah Aryan?" tanya Syazlin sebelum dengan pantas mengambilnya dari genggaman Aryan. Aryan menelan liur melihat kakaknya yang membaca apa yang dia tulis. Aryan mula mengambil langkah untuk melarikan diri.
Syazlin membeliakkan matanya setelah menyedari apa yang telah dilakukan oleh Aryan. Ya Allah, dah tak boleh padam dah ayat ni! Kau memang nak kena Aryan.
Syazlin mula mengejar Aryan yang melarikan diri daripada biliknya. Memang cari nahas budak ni.
"SHAH ARYAN! NAK MATI KE KAU NI!" jerit Syazlin sambil berlari mengejar adik kesayangannya.
Pukkkkk!
Syazlin jatuh tergolek. Ishh dada siapa pulak yang ada dekat tengah jalan ni? Mengganggu betulla.
Syazlin menggosok dahinya sebelum memandang orang yang dilanggarnya. Aiman Aqil! Syazlin terus melarikan diri menuju ke dalam biliknya sebelum dikunci daripada dalam. Tak nak aku hadap muka jantan tak guna tu.
Aiman yang terpinga-pinga mengerutkan dahinya apabila terasa sakit di bahagian dadanya. Kepala batu ke apa minah ni? Macam nak pecah dada aku. Dia berlalu ke tangga untuk menuju ke dapur. Haus!
Share this novel