BAB 65

Young Adult Completed 21813

Syazlin terus bersandar ke dinding hospital setelah dia melangkah keluar daripada pejabat doktor cantik.

Perkhabaran yang membuatkan dunianya kelam seketika.

Sampul surat bersaiz A4 itu dipeluknya rapat ke dada. Kerusi dibahagian tempat menunggu didudukinya.

Tangannya menggenggam erat bahagian tepi kerusi sebelum matanya dipejam rapat.

Allah.

Allah.

Allah.

Hanya nama Allah yang meniti di bibirnya.

Sudah tiada air mata yang keluar. Dia penat dengan semua ini.

Perbualannya bersama Doktor Clara terngiang-ngiang di telinganya.

"Saya minta maaf tapi saya perlu beritahu awak tentang hal ini. Your cancer has moved to stage 4. Hati awak dah fully rosak. Saya rasa awak boleh nampak kesannya ke atas diri awak. For your sake, we must do liver transplant."

"Kos pembedahan mungkin antara RM100,00 ke RM120,000."

Mana aku nak cekau duit banyak tu?

"Tapi sebelum kita jumpa penderma hati yang sesuai untuk awak, awak akan lalui satu proses untuk membunuh sel-sel kanser  dalam badan awak. It's called Radiofrequency Ablation(RFA) or rhizotomy."

Kepala disandarkan ke dinding hospital sebelum dihantukkan perlahan.

Aku tahu Kau duga aku sebab Kau tahu aku mampu.

Aku berserah kepada-Mu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Minggu depan awak akan mula berumah di wad. Saya harap awak bertabahlah ya. "

Kalau aku tak tabah, mungkin aku dah bunuh diri. Tapi, aku masih ada iman.

Dengan langkah yang longlai, Syazlin bergerak ke arah lif untuk turun ke lobi. Segala jenis manusia di dalam lif hanya dipandang seketika sebelum dia mula merenung pintu lif sehingga mahu tembus.

Pintu lif terbuka, kakinya melangkah laju menuju ke luar hospital dan bergerak ke arah perhentian bas.

"Syaz. "

Seperti mendengar namanya disebut, dia terus berpaling untuk mencari gerangan yang menyeru namanya itu.

Mata mereka bertembung sebelum Syazlin menghalakan pandangannya ke arah jalan raya.

Jantungnya mula berdegup laju.

"Syaz please, look at me. "

Syazlin menggeleng laju tanpa menjeling sedikit pon manusia ditepinya itu.

Dalam hati dia berharap, basnya akan cepat-cepat tiba kerana dia sangat tidak sukakan situasi seperti ini.

Bagai mendengar rintahan hatinya, bas yang ditunggu tiba. Syalin bangun dengan pantas untuk bergerak ke arah bas. Namun, lengannya lebih pantas ditarik oleh Adam.

"Syaz please, aku nak cakap dengan kau. " Matanya memandang dalam mata Syazlin yang kekuningan.

Kau sakit ke?

Syazlin pantas merentap tangannya dan sekali lagi dia menuju ke bas. Namun apalah nasibnya, baru sahaja dia bergerak satu langkah bas itu telah meneruskan perjalanannya.

Syazlin mendengus kasar.

"Syaz--"

"Can you shut up? Sebab kau, aku dah terlepas bas. Tak ada rasa bersalah langsung ke? " Syazlin menjeling Adam sebelum kembali duduk di bangku yang disediakan.

Nafas ditarik sedalam yang boleh sebelum dihembuskan secara perlahan-perlahan. Perbuatan itu dilakukan berkali-kali untuk mengurangkan tekanannya.

Adam hanya memerhati sahabatnya itu. Sahabat yang lama hilang.

"Aku hantar kau balik eh? " Adam sekali lagi cuba untuk bercakap dengan Syazlin yang masih belum berputus asa untuk menenangkan diri.

"Arwah mummy aku cakap, jangan sesekali ikut stranger. Jadi, no.  I don't want."

Wajah Adam berubah setelah mendengar ayat Syazlin.

"Kau anggap aku stranger?"

"Betullah kan? Kau pon bukannya kenal aku." Senyum sinis terukir dihujung bibirnya.

"Syaz--"

"Aku ni hanyalah manusia jijik yang tiada kawan. Yang ada pon dah buang aku jauh-jauh daripada hidup dia. Dia lebih menangkan ego dan cinta daripada persahabatan. Jadi aku ni bukanlah siapa-siapa. " terasa perit hati Syazlin apabila berkata sedemikian rupa.

Sakit tapi dia puas apabila dapat meluahkan apa yang dia pendam selama ini.

Adam menelan liur sendiri.

Ya, aku yang bersalah.

"Aku minta maaf. Aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku salah." Syazlin yang masih memandang ke tengah jalan raya itu dipandang.

Sekali lagi senyuman ditarik diwajahnya. Bukan senyuman sinis tapi senyuman hambar. Sehambar jiwanya.

"Kenapa baru sekarang? " kali ini, Syazlin memandang terus wajah Adam yang makin kacak.

Dia makin kacak. Aku? Tak ubah seperti mayat hidup.

"Sebab aku baru sedar. " Adam menunduk memandang sandal yang dipakainya. Elak daripada pandangan mata Syazlin yang tajam bak helang mencari mangsa.

Ada ke peribahasa tu?

"Sedar apa? Sedar yang Laura tu tipu kau? Sedar yang kau tengah serabut dan kau perlu cari aku? Sedar yang kau tu dah ditinggalkan kekasih tak kesampaian kau tu? Itu yang kau sedar? " dadanya berombak laju.

Biar aku luahkan semuanya hari ini.

Biarkan.

"Bukan. Aku baru sedar yang aku sayang kau. " Adam memandang lama wajah Syazlin. Dia menggenggam kedua-dia tangannya. Liur ditelan.

"Nonsense." kata Syazlin sebelum dia bangun lalu berjalan pulang. Cuaca yang panas menikam kulitnya. Kulit yang putih bertukar kemerah-merahan.

"I'm serious. " bahu Syazlin dipegang sebelum dipusing menghadapnya.

"I didn't ask." beku. Hanya itu yang menggambarkan kelakuannya sekarang.

"Aku sayang kau. Aku sayang kau lebih daripada seorang kawan. You got it? " Kedua-dua bahu Syazlin dicengkam. Matanya tajam menikam mata Syazlin yang membulat.

Syazlin terkejut. Sangat-sangat terkejut sebenarnya.

"Kau cakap apa ni? Kau merapu apa ni? " Syazlin tanya dengan nada yang rendah. Dia turut membalas pandangan redup Adam.

"Aku suka kau. "

Syazlin terus mengalihkan pandangannya ke kiri. Dia tergelak kecil sebelum mengesat air mata yang jatuh.

Bukan air mata sedih.

Adam menipu lagi.

"Kalau kau rasa aku tipu kau, kau salah. I really mean it. Aku betul-betul suka kau. " rendah suara Adam yang tetap menatap wajah Syazlin yang berubah. Sangat banyak perubahan yang berlaku sejak dia tinggalkan Syazlin.

Mata Adam dipandang. Terdapat sinar kejujuran yang dipantulkan oleh matanya.

"Back off. " lengan Adam dibahunya ditolak kuat sebelum dia melarikan diri. Jauh daripada Adam.

"Syaz! "

Syazlin hanya berlari dengan sekuat hati. Rasa sakit yang menyerang dadanya menyebabkan lariannya terbantut. Nafasnya tercungap-cungap menyedut udara.

Dada yang membengkak digenggam kuat. Syazlin terbatuk sehingga memuntahkan darah. Dia terjatuh ditepi jalan sebelum matanya kelihatan berbalam-balam.

Kepalanya terasa berpusing. Dunianya berputar dengan laju.

Adam yang lambat tiba terus terpaku melihat keadaan Syazlin. Dia cepat-cepat meluru ke arah Syazlin.

"Aku hantar kau pergi hospital. Jom kita pergi hospital!" lantang suaranya cuba untuk menyedarkan Syazlin yang pengsan.

Namun hampa, mata itu tetap tertutup rapat.

Dengan sepenuh tenaga, Adam menggendong Syazlin ke hospital tadi.

Aku minta maaf Syaz.

Aku minta maaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience