"Oi Syazlin Ameera, kau datang awal daripada aku tapi pahal kau masuk kelas lambat ni?" tanya Adam sebaik sahaja ternampak kelibat sahabatnya yang baru meletakkan beg sekolah di tempat duduk. Mak ai, lambatnya perempuan ni sampai.
"Ada lah hal aku, kau tak perlu tahu." Syazlin mengangkat sebelah keningnya berkali-kali seperti mempermainkan Adam yang berada di hadapannya. Mamat itu menjelingnya tajam.
"Bapak sombong kau sekarang eh, benda boleh kongsi buat apa nak pendam sorang. Menyampahnya aku." kata Adam sambil menampar lengan Syazlin menggunakan buku teks sejarah tingkatan empat.
"Sakitlah ngek, nantilah aku cerita." Syazlin mengurut lengannya perlahan. Pedih oo.
"Sekarang!"
"Ish ya lah. Susahlah nak bercakap dengan orang bawah umur ni, tak faham bahasa." perli Syazlin yang sudah rimas dengan perangai kawannya itu. Entah kat mana dia kutip mamat ni dulu.
"Okay ceritanya macam ni, tadi aku tolong Ezmeer dekat kelas dia. Dia sakit, so aku tolonglah. Aku bagi dia my minyak cap kapak sebab dia nampak macam lalok-lalok sikit tadi. Itu ajalah cerita aku yang kau kalut sangat nak ambil tahu." cerita Syazlin dengan bibir yang menahan senyum mengingatkan situasi tadi. Matanya menjeling Adam yang ada ditepi.
"Lahh itu ja?" kata Adam sambil menjungkitkan sebelah keningnya. Aku ingat apalah yang dia beria sangat, rupanya jumpa crush saja.
"WHAT? KAU JUMPA CRUSH KAU TADI?" Adam seperti baru sudah memproses maklumat yang disampaikan oleh Syazlin tadi.
Syazlin cepat-cepat membaling kotak penselnya ke muka Adam. Bingitlah mamat ni!
"Kau ni bisinglah, nanti satu kelas tahu! Just shut your dumb mouth!" muka Adam dijeling habis-habisan. Dasar lelaki mulut tempayan. Menyusahkan hidup aku saja.
"Sakitlahhh." kata Adam seraya laju menggosok pipinya yang merah penangan Syazlin.
"Diam!"
Jelingan diberi, buku teks sejarah dibuka dan dibaca. Muka Adam langsung tak dipandang akibat geram. Pergi mampos kau sana!
-----
Bawah pelipat kaki yang masih terasa tegang menyebabkan dia berjalan perlahan ke sofa. Kepala ditoleh melihat jam di dinding. 3.05 petang
Ezmeer membaling beg sekolahnya ke atas sofa sebelum dia melabuhkan duduk ditempat yang sama.
Beg itu terbang sebelum mendarat di atas lantai. Tak mencapai target wahai Ezmeer Adly.
Dan
Papp!
Bunyi yang pendek dan padu itu menyebabkan Ezmeer terkaku. Bunyi apa tu? Lantaklah, malas nak tahu.
Dengan susah payah, dia berjalan ke dapur untuk mengambil segelas jus oren, minuman favouritenya.
Minuman sejuk pada waktu tengah hari macam ni memang ngamsoi!
Ezmeer kembali ke ruang tamu secara perlahan-lahan. Betisnya masih perlu diurut. Remote televisyen dicapai untuk menghidupkan tv.
Tiba-tiba, Ezmeer mencari-cari sesuatu.
Di dalam poket baju.
Tiada.
Di dalam poket seluar.
Tiada.
Dia dah cari di kedua-dua tempat itu. Tapi tiada!
Dia mencari-cari dan ternampak begnya yang tersadai di atas lantai. Mata terbeliak besar sebelum dia beristighfar panjang.
'AllahuAkbar!!! Aku letak phone dalam tu. Patutlah bunyi lain macam time aku baling tadi. Aduhai Ezmeer, otak kau kat mana?'
Ezmeer menuju ke arah beg sekolah dan menyelongkarnya.
Iphone keluaran terbarunya, retak seribu seperti hatinya sekarang.
"YA ALLAH! KAU NI KENAPA MEER?! ASAL LA KAU PERGI HEMPUK KAU PUNYA BEG TADI! TENGOK, PHONE KAU DAH JADI APA SEKARANG!" Ezmeer menjerit sekuat hati di ruangan itu. Rambutnya diramas kasar. Handphone tu dah seperti nyawa dia!
Puan Maryam, ibu Ezmeer yang terdengar jeritan jantan terus turun ke ruang tamu secara tergesa-gesa.
"Eh kenapa adik? Asal menjerit tadi?" Tanya ibunya dengan wajah yang risau.
"Buu... Phone adik buuu." Ujar Ezmeer dengan wajah cemberut. Dia menunjukkan handphonenya yang telah retak kepada ibunya.
"Macam mana boleh retak ni dik? Sampai tak boleh nak on langsung ni? Ganas betul anak ibu ni. " Puan Maryam membelek-belek telefon mahalnya itu.
"Ermm... Ermmm... Tadi adik baling beg sekolah adik. Ingatkan nak terbang terus ke atas sofa. Tiba-tiba dia buat u-turn and landing boek punya atas lantai tu bu. Phone adik ada dalam beg tu. Hmm" Ezmeer membuat muka sedih.
"Kamu ni macam-macam lah Ezmeer Adly. Umur dah 17 pon still cemerkap. Haih" keluh ibunya.
"Mana ada 17 bu, adik baru 16 tahun 7 bulan 24 hari." Kata Ezmeer sambil tersengih
"Jangan nak merapu dik. Menyampah ibu. Rasa nak tampor je." Jeling ibunya.
"Alaaa ibu ni, nak manja-manja sikit pon tak boleh ." Ezmeer memuncungkan mulutnya. Merajuk. Sudahlah kaki masih kejung, ibunya pulak tak nak layan.
"Eleh nak merajuk pulak. Siapa merajuk ibu tak belanja phone baru. Okay bye. " ibunya terus meluru ke dapur.
"Hah? Betul ke ni bu?" tanya Ezmeer untuk mendapatkan kepastian. Puan Maryam mengangguk dan tersenyum kecil.
"Terima kasih ibu! Love you muah. " Ezmeer mendapatkan ibunya lalu memeluk tubuh kecil Puan Maryam. Dia hanya tergelak kecil.
"Lepas asar kita pergi eh? Adik pergi mandi,makan dan solat dulu okay? Lepastu baru kita pergi." Lembut ibunya berkata.
"Okay ibu!" Ezmeer berlari ke biliknya dengan super laju. Hilang terus sakit di kakinya.
Puan Maryam hanya menggeleng melihat telatah anaknya. Manja! Macam mana tah boleh jadi influencer dengan perangai sebegitu.
Share this novel