Amril dan Aryan mengajak Syazlin menemani mereka berdua untuk mengambil keputusan peperiksaan PT3 yang akan diumumkan pada pukul 10.00 pagi.
Mereka berdua sudah seperti cacing kepanasan di dalam dewan SMK Bukit Ungu ini walaupun keadaan sangat sejuk dengan aircond yang dipasang pada suhu 18 darjah Celcius.
"Woooo brothers, just chill la. Janganla takut sangat." Kata Syazlin yang berada ditengah antara dua orang adiknya yang gementar. Dia menyandarkan badannya ke kerusi plastic yang telah disusun rapi di dewan ini.
"Macam mana tak takut kak, dah lama tak rasa macam ni. Last rasa macam ni masa ambik keputusan UPSR, kan Am." Aryan menjenguk sikit wajah Amril yang terlindung dek badan kakaknya itu.
Amril hanya menganggukkan kepalanya sebelum kembali melihat pentas. Entah apa yang cantik sangat pentas tu sampai tak pandang adik-beradik sendiri.
"Eh belagaknya. Cakap la sikit, penat kot aku bercakap sorang-sorang." Aryan menolak bahu abang kembarnya yang berada sedikit jauh daripadanya.
"Aku tak suruh kau bercakap pon. Jangan kacau aku, aku nak menikmati pemandangan pentas." Amril menjeling adiknya itu. Suka sangat mengganggu ketenteraman orang.
Antara mereka tiga beradik, Aryan lah yang paling banyak mulut sehingga tak boleh dikawalnya. Kadang-kadang sampai pening abang dan kakaknya hendak melayan.
"Tula Ari, cuba berzikir ke apa. Tadi Ari cakap nervous kan. Cuba duduk diam-diam, relaks sikit." Tegur Syazlin apabila melihat adiknya yang mula memuncungkan mulut. Mulalah tu nak merajuk. Ni yang susah ada adik bongsu lelaki. Manja pelik sangat.
"Yalah, Ari dah tak nak cakap." Kata Aryan sebelum membelakangkan Amril dan Syazlin.
Suka hati kau lah Aryan. Seraya itu juga pengerusi majlis memulakan acara. Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu sekolah dan diikuti bacaan doa.
Pengetua mula bercakap perkara-perkara yang membosankan seperti nasihat untuk pelajar tingkatan 3 sebelum masuk ke fasa SPM, tingkatan 4 bukan tahun bulan madu dan banyak lagi.
Syazlin mula berasa bosan lalu terus bermain dengan telefon pintarnya. Instagramnya dibuka dan dia mula melihat story rakan-rakan media sosialnya. Dia terasa seperti mahu menjerit setelah melihat ig story Ezmeer. Ezmeer dah bertunang! Tapi wajah tunangnya ditutup dengan emoji.
Satu persatu ig story Ezmeer dilihat dengan teliti. Ruang rumah ni macam rumah Laura. Walaupun dia pernah menjejakkan kakinya di situ hanya sekali tapi dia masih ingat segala reka bentuk dan corak di rumahnya.Takkanlah?
Selama seminggu selepas dia mejejakkan kaki ke rumah Laura, semua mesej dan panggilan daripada perempuan itu hanya diabaikan. Bukan benci, cuma sedikit angry. Dia hanya melaksanakan perintah walid Laura yang tidak membenarkannya bersahabat dengan anak gadisnya itu.
Dia mula menghantar satu mesej kepada Laura buat pertama kalinya dalam masa seminggu. Ini semua sebab crushnya punya pasal.
Kau bertunang ke hari ini?
Tanya Syazlin tanpa basa-basi. Dia mahukan kebenaran.
Macam mana awak tahu?
Saya tak pernah bagitahu sapa-sapa pasal ni.
Kau bertunang dengan Ezmeer?
Instafamous tu?
Syazlin hanya membiarkan sahaja soalan Laura. Aku nakkan jawapan, bukannya soalan daripada kau!
Ya.
Tapi macam mana awak tahu tentang pertunangan saya.
Saya harap awak tak bagitahu sesiapa.
Ini rahsia kita ya.
Syazlin mengetapkan bibirnya menahan perasaan. Kenapa kau perlu bertunang dengan dia? Ya Allah apa ni. Kenapa semua orang yang aku rapat, kau nak rampas daripada aku. Aku sumpah tak suka kau, Laura.
Dia hanya membiarkan mesej Laura sebelum menyandarkan badannya ke kerusi tadi. Kelihatan para pelajar sedang berpusu-pusu mengambil slip keputusan di bahagian kelas yang telah ditetapkan.
Lama betul aku menghadap gajet ni. Dia mula keluar daripada berangannya setelah bahunya ditepuk oleh Amril. Dia menunjukkan slip keputusannya sambil tersenyum lebar.
Syazlin mengambil slip itu dan tersengih lebar memandang adiknya. I'm a proud sister!
"Tahniah Am! Pandainya adik akak ni dapat 10A. Tak rugi duit akak belanja buku latihan hari itu." Kata Syazlin sebelum memeluk sebelah bahu adik lelakinya agak pendiam itu. Amril menolak tangan kakaknya yang memeluk bahunya.
"Am malulah orang tengok." Ujar Amril dengan muka memerah sambil memandang sekeliling. Syazlin terus mencubit pipi adiknya. Ha rasakan, malu sangatkan.
"Akak!" Amril menjeling kakaknya lantas menundukkan kepala apabila suaranya menarik perhatian orang.
"Am ni tak cool langsunglah. Ari mana ni? Tak nampak bontot dia pon." Syazlin memanjangkan lehernya mencari Aryan yang sudah semestinya rancak berbual dengan cikgu-cikgu. Ramah betul la.
"Apa bontot pulak akak ni. Tu dia ada kat situ, tengah sembang-sembang dengan cikgu sambil ambil gambar dengan kawan dia." Amril memuncungkan mulutnya menunjukkan keberadaan adik kembarnya yang kepoh itu.
"Kenapa Am tak ambil gambar?"
"Am dah ambillah tadi dengan kawan, cikgu. Cuma Aryan tu yang tak habis-habis lagi. Apa yang dia buat pon, Am tak tahu." Amril terus duduk di kerusi bersebelahan kakaknya sebelum menatap keputusan PT3nya itu.
Mummy, Am dengan Ari dapat 10A. Mummy bangga tak dengan kitorang? Am, Ari dan akak rindu sangat-sangat dekat mummy.
Syazlin terus menegur Amril yang kelihatan muram itu. Dah kenapa pulak budak ni?
"Kenapa ni?" ringkas sahaja soalan Syazlin apabila adiknya itu memandangnya dengan pandangan yang entahlah.
"Rindu mummy." Pendek juga jawapan yang diberikan Amril.
"Akakkkkkk, Ari dapat 10A!" entah datang dari mana makhluk Allah yang seorang ni, terus dijeritnya di tepi telinga kakaknya itu.
"Ishhh janganlah jerit tepi telinga akak. Berdenyut otak aku kau tahu tak?" Syazlin memegang sebelah telinganya yang terasa seperti sudah hilang deria pendengaran. Bengang betul lah dengan perangai Aryan ni.
"Sorry kak, Ari rasa excited nak bagitahu akak. Tak nak ucap tahniah ke?" tanya Aryan tanpa malu. Buat apa nak malu? Syazlin tu kakak yang paling mereng dia pernah ada.
"Tahniah Aryan! Nah akak belanja flying kiss sebagai hadiah." Kata Syazlin sebelum betul-betul melayangkan flying kiss kepada Aryan.
"Alaaaa, Ari nak hadiah betul-betul. Taknak ciuman terbang akak tu!" Aryan mula memanjangkan muncung mulutnya. Haaa dah mula la tu.
"Boleh tapi sebelum tu jom kita pergi jumpa mummy dulu boleh?" tanya Syazlin sambil memandang kedua-dua wajah adiknya. Amril yang kelihatan muram daripada tadi terus menarik senyuman manakala Aryan sudah terkinja-kinja melompat untuk menziarahi mummy mereka.
Sudahnya, mereka bertiga berjalan beriringan keluar dari dewan dan sekolah sehingga tiba di Tanah Perkuburan Darul Islam, tempat mummy mereka bersemadi.
Assalamualaikum mummy, kami datang nak melawat mummy.
Tersenyum mereka bertiga di hadapan pusara ibu sambil meluahkan perasaan di situ.
"Akak, lepas ni kita pergi tengok wayang boleh? Ari nak tonton filem baru Milea: Suara Kecil Dilan." Aryan memandang kakaknya sambil mengangkat kening apabila mereka berjalan untuk keluar daripada kawasan perkuburan.
"Okay je. Lepasni akak belanja hadiah sorang satu." Jawab Syazlin sambil memeluk kedua-dua belah bahu dua adiknya itu.
"Boleh!" jerit Amril dan Aryan serentak. Amboi, semangat betul.
"Diam lah sikit, kita ada kat kubur lagi ni." Tegur Syazlin kepada kedua-dua adiknya sebelum mereka ketawa gembira. Adik beradik saja yang dapat menghiburkan hati yang lara. Itu pon, sekejap jelah. Masa lain perangai macam hantu!
Share this novel