Beg sandangnya digalas dibahu kiri sebelum resit hospital itu dibaca dengan teliti.
Kali ini kemoterapi di hospital selama 3 hari membuatkan bil hospitalnya melambung.
Selalunya tak sampai satu hari pon, jadi harganya lebih murah.
Walaupun sangatlah tidak murah bagi orang sepertinya.
Ini mungkin disebabkan tiang itu. Eiii geramnya aku.
Nampaknya, malam ini dia dah kena mula kerja di restoran. Banyak duit yang perlu dia simpan kembali.
Pagi esok, Syazlin akan sambung kerja di kilang kopi sehingga jam 5 petang seperti biasa. Malamnya, kerja di restoran Kak Roi yang menjadi sumber rezeki pertamanya sejak tahun lepas.
Sayang Kak Roi!
Resit disimpan di dalam beg sebelum dia berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang tidak jauh daripada hospital itu.
Tambang bas lagi murah daripada tambang teksi.
Jadi, bas adalah pilihan terbaik untuk orang yang super jimat sepertinya.
Lagipon membazirkan amalan syaitan. Allah murka dengan orang yang menggalakkan pembaziran.
Selagi boleh berjimat, Syazlin akan terus berjimat.
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
[Surah al-Israa : 27]
Pandangan dilemparkan ke luar tingkap sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di dalam bas. Telefon di ambil sebelum aplikasi instagram dibuka.
Gambar perkahwinan Ezmeer dan Laura terbentang luas dihadapan matanya.
Wah, dah kahwin.
Selamat pengantin baru.
Syazlin tersenyum kecil sebelum profil kedua-dua mempelai itu dibuka lalu diblock.
Blocking negative people is one of the ways to continue live.
So, do I.
Setelah tiba di perhentian bas di kawasan rumahnya, Syazlin menekan butang di dinding bas sebelum membayar tambang.
Dia berjalan kaki menuju ke rumahnya yang tidak jauh daripada situ. Letih kemoterapi pon belum habis.
Saat dia membuka pagar rumahnya, tuan rumah itu menegurnya.
"Syazlin, lama tak nampak? Kamu pergi mana? " Pak Cik tersenyum sambil menyoal Syazlin yang berada di pagar rumah. Syazlin hanya tersengih.
"Rumah kawan. " pendek sahaja jawapan Syazlin. Dia harap pak cik itu tidak akan menyoalnya lagi. Dia masih merahsiakan tentang penyakitnya kepada semua orang. Yang tahu hanyalah Kak Roi, pegawai HR kilang dan Datin Ani.
"Tadi Adam datang cari kamu, pak cik cakap pak cik tak tahu sebab memang pak cik tak tahu pon kamu ke mana. " bersungguh-sungguh pak cik itu bercerita sehingga terteleng kepala.
Syazlin yang mendengar nama Adam disebut terus memandang tuan rumah itu tepat pada matanya. Dia mengeluh perlahan.
"Pak cik kalau Adam cari saya, pak cik cakap saya dah pindah. Saya tak nak jumpa dia buat masa ini. " Syazlin tersenyum hambar sebelum berlalu masuk ke dalam rumah sewanya.
Mungkin sampai bila-bila aku tak nak jumpa dia.
Pak cik itu hanya mengangguk tanda faham sebelum dia turut beransur ke dalam rumahnya.
Masalah budak zaman sekarang, malas nak masuk campur.
-----
"Assalamualaikum Kak Roi. " dengan ceria Syazlin menyapa tuan restoran yang sedang sibuk melihat buku akaun sendiri.
"Waalaikumsalam. Eh, kenapa datang kerja ni? Dah sihat ke? " Kak Roi terus bergerak ke arah Syazlin sebelum tangannya ditarik untuk duduk di salah satu kerusi di restoran itu.
"Sakit sikit je kak, badan ni tak boleh dimanjakan sangat. Nanti melarat. " Syazlin tersengih lebar.
"Awak ingat awak demam biasa ke? Kalau tak sihat jangan datang kerja. " Kak Roi menepuk perlahan tangan Syazlin yang berada di atas meja itu.
"Akak tak suka ke Syaz datang? Tahulah Syaz tak cantik dah sekarang. " mulut dimuncungkan sebelum dia membelakangi Kak Roi.
"Bukan macam tu sayang, akak risau. Awak bukan sakit biasa tahu tak. Tak apalah kalau Syaz nak kerja malam ni, akak okay je. Tapi jangan kerja teruk sangat okay? " akhirnya Kak Roi memberi keizinan untuk Syazlin meneruskan kerjanya malam ini.
Syazlin terus menghadap Kak Roi dengan senyuman lebar di wajahnya.
"Baik akak! "
"Dah pergi ambik order kat situ. Tak baik biar tunggu lama-lama. " Kak Roi terus menghulurkan apron beserta nota dan pen kepadanya.
Ramai pelanggan malam ini, mungkin mereka tahu ada bidadari yang kembali bekerja malam ini kot.
Ops.
Restoran Kak Roi sudah upgrade, ada band nyanyian yang menghiburkan manusia di situ.
Syazlin berdiri sambil bersandar di dinding restoran untuk menonton nyanyian live band itu. Suara lunak. Cukup pakej jadi suami aku. Eh tiber.
Nak cari calon suami itu biarlah yang mementingkan agama, berbudi bahasa, berduit dan berupa.
"Okay sekarang dijemput gadis berapron ungu itu untuk menyampaikan sebuah lagu. Ada pelanggan request okay, anda tak boleh tolak. "
Syazlin melihat apronnya sendiri.
Aku sorang je manusia yang pakai apron warna ungu ni.
Ah, siapa yang request ni.
Syazlin terus membuat tanda tak nak menggunakan kedua-dua tangannya.
Kak Roi yang memerhati terus menolak Syazlin ke arah pentas itu.
"Akak! " Syazlin berdecit perlahan.
"Bukan selalu. Nyanyi sedap-sedap okay. " Kak Roi mengenyitkan matanya sebelum bergerak ke kaunter bayaran dengan pantas.
Dengan jantung yang berdebar dia melangkah ke arah pentas lalu berdiri tegak di hadapan mic stand. Tangannya yang mula berpeluh digenggam kuat. Matanya dipejam seketika.
Nafas dalam ditarik sebelum dihembus perlahan-lahan.
Melodi lagu The One That Got Away by Brielle Von Hugel (cover) berkumandang.
Kenapa sendu sangat lagu ni? Siapa yang pilih ni? Geramnya aku.
Mata dibuka luas memandang seluruh isi stadium. Lambaian para peminat dibalasnya.
Gurau.
Mata dibuka luas memandang manusia di dalam restoran itu. Kepada yang request aku nyanyi tu harap kau tak trauma.
Mikrofon digenggam kuat.
Dengan lafaz basmallah dalam hati, dia memulakan nyanyian.
Summer after high school, when we first met
We make-out in your Mustang to Radiohead
And on my eighteenth birthday, we got matching tattoos
Used to steal your parents liquor and climb to the roof
Talk about our future like we had a clue
Never planned that one day I'd be losing you
Terimbau kembali kenangan lama dia dan Adam. Mereka berdua mencuri barangan dapur mama Adam untuk main masak-masak di laman belakang rumah. Apabila Datin Ani dapat tahu, mereka dibebelnya sehingga ke malam.
Syazlin tersenyun senget.
In another life, I would be your girl
We keep all our promises, be us against the world
Janji yang kau takkan tinggalkan aku.
Tapi janji hanya tinggal janji.
You left me first.
In another life, I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away
Genggaman di badan mikrofon itu diperketatkan. Mata dipejam. Feeling habis dah ni.
I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other, we made a pact
Sometimes when I miss you, I put those records on, whoa
Aku selalu rindu kau. Jadi, aku always send voicenotes di WhatsApp. Walaupun aku tahu, kau takkan pernah dengar.
Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown, singing the blues
It's time to face the music, I'm no longer your muse
This lyrics hit the most when he remove me from his life.
Air mata Syazlin jatuh setitik.
In another life, I would be your girl
We keep all our promises, be us against the world
In another life, I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away
The one, the one, the one
The one that got away
All this money can't buy me a time machine, no
Can't replace you with a million rings, no
I should'a told you what you meant to me, whoa
Cause now I pay the price
Aku rindu kau, Adam.
Rindu sangat-sangat macam nak gila.
In another life, I would be your girl
We keep all our promises, be us against the world
In another life, I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away
Air mata yang jatuh dikesat pantas. Suara cuba dikawal supaya tidak crack.
I'm the new Syazlin. Nothing can break me again. Nothing.
The one (the one)
The one (the one)
The one (the one)
In another life, I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away
Tapi, aku tak nak jumpa kau dah.
Share this novel