BAB 28

Young Adult Completed 21813

Masa semakin bertambah, matahari semakin terik di atas kepala. Tapi jangan risau mereka berlima masih berada dalam pusat arcade yang mempunyai penghawa dingin.

Semakin bertambah masa, semakin bertambah bilangan manusia. Laura menjadi tidak selesa kerana terlalu banyak lelaki di sini. Bahu berlaga bahu menyebabkan Laura benar-benar ingin berlalu dari tempat itu.

Adam yang terlihat Laura seperti bergelut dengan keadaan itu terus menarik lengannya keluar jauh dari arcade itu. Laura yang terkedu terus mamandang tangan Adam yang cantik itu yang masih memegang lengannya yang berlapik.

"Adam, lepaskan tangan saya." Arah Laura sambil memcuba menarik lengannya. Adam yang tersedar terus melepaskan tangan Laura dan terus memohon maaf. Adam menunduk dan mengusap perlahan belakang kepalanya. Malu.

"Saya minta maaf sangat-sangat. I'm sorry." Ucap Adam berkali-kali.

"Tak apa awak, keadaan memaksa awak buat seperti tadi. Terima kasih tau tarik saya keluar dari situ. Saya memang betul-betul tak selesa tadi." Laura mula mengucapkan terima kasih kepada Adam.

"Eh tak perlulah berterima kasih. Saya bukan buat sesuatu yang membanggakan pon." Jawab Adam sambil tersengih lebar. Segan!

"Awak telah selamatkan maruah saya." Ringkas jawapan Laura di tengah-tengah mall itu.

"Okaylah kalau itu yang awak fikirkan. Jom kita pergi makan. Saya dah lapar sangat." Ajak Adam sambil memandang wajah pujaan hatinya dalam diam itu.

"Emm boleh jugak. Saya pon lapar juga ni." Laura memegang perutnya yang mula berkeriuk itu.

Mereka berdua bergerak ke destinasi yang seterusnya, restoran makanan segera. Cepat dan memang dapat memenuhi selera walaupun tidak baik untuk kesihatan.

Kebetulan, pada masa yang sama Ezmeer berada di pusat membeli-belah yang sama. Dia ternampak Adam yang memegang lengan Laura berdekatan arcade. Matanya membulat memandang mereka.

'She's my girl! How dare you to touch her.' Ezmeer berasa geram dan marah lalu terus berlalu dari mall. Dia memandu pulang ke rumahnya. Sebelum memandu, dia menghantar mesej kepada sesorang.

Sumpah Ezmeer berasa seperti mahu tumbuk muka Adam. Apa yang dia sibuk sangat dengan Hanna aku. Dia tak tahu ke Hanna tu aku punya? Ezmeer menumbuk perlahan stereng kereta ibunya itu. Karang patah pulak satu hal dia nak kena menjawab soalan ibunya.

Arhhh, traffic jam pulak. Spoil betul la.

Ezmeer meraup wajahnya perlahan menahan sabar sebelum telefon pintarnya berbunyi. Dengan pantas dia melihat skrin handphonenya.

Lahhh Naufal ke ingatkan Hanna yang telefon tadi. Dia terus mengangkat panggilan tersebut setelah memakai earphone. Oldschool betul engko.

"Hello." Ezmeer terus menyapa Naufal tanpa salam.

"Woi kau tak reti nak bagi salam ke?" tegur Naufal.

"Yalah, yalah. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh." Ambik kau, panjang Ezmeer bagi.

"Ha macam tulah sahabatku. Waalaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh." Naufal tergelak kecil di hujung ayatnya.

"Kau nak apa telefon aku ni?" tanya Ezmeer secara terus. Malas mahu layan karenah rakannya itu.

"Amboi, aku dah tak boleh call kau ke sekarang ni? Kau kat mana? Aku nak ajak kau lepak la weh. Bosan duduk rumah sorang-sorang." Naufal mula bertanya tujuan utamanya menelefon Ezmeer. Asyik nak angin je mamat ni.

"Aku stuck dalam traffic jam sekarang ni. Kau nak ajak aku lepak mana?"

"Mana-mana yang kau nak bawa aku. Aku okay je tapi boleh tak kau datang ambil aku, aku tak ada transport ni."

"Hmm okay. Kejap lagi aku sampai depan rumah kau wahai anak raja." Perli Ezmeer. Di hujung talian kedengaran suara Naufal yang tergelak kuat sebelum Ezmeer mematikan panggilan telefon itu. Gelak serupa hantu mamat ni.

Hampir 30 minit Ezmeer berlawan dengan traffic jam, akhirnya dia tiba di depan rumah teres dua tingkat rakannya itu. Dia menekan hon keretanya berkali-kali. Malas aku nak telefon kau Naufal. Pandai-pandai kau lah.

Kelihatan Naufal mengunci pintu rumahnya dengan tergopoh-gopoh. Ezmeer tak boleh dijangka, karang dia hon lagi sampai mengganggu jiran-jirannya. Tak ada common sense betul mangkuk ni. Harap muka je hensem, akal tak ada. Naufal tergelak sendiri dengan kutukan di dalam hatinya. Dalam hati je mampu,kalau cakap betul-betul mesti lebam biji matanya.

"Lambat la kau ni." Tegur Ezmeer setelah Naufal masuk ke dalam keretanya dan bersiap sedia dengan tali pinggang keledar.

"Mana ada lambat. Aku dah lama siap,kau yang tak telefon aku. Main hon je, boleh mati sakit jantung jiran-jiran aku. Apolahhhh." Balas Naufal sambil membetulkan snowcapnya.

Ezmeer tersengih. "Aku malas nak call kau, buang tenaga."

"Kepala hotak kau. Dah jom pergi lepak kat studio Ziyad." Balas Naufal sambil memandang Ezmeer yang tenang memandu.

"Kau dah bagitahu Ziyad?"

"Dah."

"Amboi cepat buat kerja. Tadi kau cakap tak kisah aku bawak kau ke mana pon. Ni indah khabar dari rupa dah ni."

"Apa benda indah khabar dari rupa? Tak ada kena mengena betullah."

Mereka berdua ketawa terbahak-bahak dengan peribahasa yang tak sesuai dengan situasi yang Ezmeer timbulkan. Banyak yang mereka bicarakan dalam perjalanan termasuk kes Laura Hanna dan Adam Cassiel sebentar tadi.

-----

Selepas asar, Adam menghantar Laura Hanna pulang ke rumahnya. Walid Laura hanya menunggu di hadapan rumahnya tanpa segaris senyuman. Adam hanya tersenyum memandang walid Laura sebelum mengangkat tanda menegur sebelum bergerak pulang.

Syazlin dan adik-adiknya berada di tempat duduk belakang. Syazlin hanya pura-pura tak dengar apabila Adam menyuruhnya duduk di hadapan. Dia malas mahu layan. Kau jadilah pemandu peribadi aku hari ni.

"Assalamualaikum walid." Tegur Laura sebelum menyalam tangan walidnya.

"Waalaikumsalam, kamu keluar dengan lelaki ke tadi Hanna?" tanya walid sambil duduk di pangkin hadapan rumahnya. Laura Hanna mula menunduk.

"Ya walid tapi tadi ada Syazlin. Sebenarnya Syazlin yang ajak Hanna keluar tapi dia tak tahu nak memandu, jadi dia ajak Adam. Minta maaf walid sebab Hanna tak bagitahu awal-awal." Laura menekur ke lantai. Dia berbohong tentang Syazlin. Yang mengajaknya keluar ialah Adam bukannya Syazlin.

"Dia memang tak ada kawan perempuan ke sampai nak ajak lelaki? Walid tak suka. Kamu tu anak walid, kenalah jaga air muka walid. Kamu kena jaga iktilat dengan ajnabi. Tak manis tau kalau orang nampak kamu tadi. Satu taman ni kenal walid siapa, kamu jangan nak menconteng arang di muka walid Hanna!" walid memandang tajam anaknya yang menunduk itu.

"Baiklah walid. Hanna minta ampun sangat-sangat. Lain kali Hanna akan bagitahu walid dengan siapa Hanna akan keluar. Hanna minta maaf walid. Hanna masuk rumah dulu ye?" Laura Hanna mula meninggalkan walidnya dan terus masuk ke dalam rumah apabila walidnya mengangguk tanda setuju.

Laura melihat telefon pintarnya setibanya dia di bilik. Banyaknya mesej daripada Ezmeer. Dia buka log panggilan sebelum menelefon buah hatinya.Dia perlu menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran lalu dia menerangkan semua yang berlaku di pusat membeli-belah siang tadi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, ya Laura dan Ezmeer bercinta dengan rasminya selepas beberapa bulan. Tapi mereka jarang bertemu untuk menjaga hati masing-masing. Bercinta ala-ala islamik.

Ya Laura tahu.

Niat tidak akan menghalalkan cara. Walaupun dia membaca basmalah sebelum meminum arak tetapi arak tetap haram diminum oleh umat Islam.

Tapi, Laura Hanna sudah tidak tahan hidup dikongkong oleh walidnya yang tegas dan sangat mementingkan konsep islam dalam hidup mereka sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience