"Kenapa lambat sangat? Dah setengah jam aku tunggu tau tak?" tanya Adam sebaik sahaja Syazlin, Amril dan Aryan masuk ke dalam kereta.
"Kau tanya la Aryan, bukannya dia nak tengok mesej kau awal-awal. Tak pasal-pasal aku jadi kalut pagi ini." Syazlin menjawab sambil tanggannya sibuk menarik tali pinggang keledar untuk dipakainya.
"Ari tak sempat nak tengok sebelum tidur semalam. Letih belajar matematik." Jawab Aryan di tempat duduk belakang.
"Apa-apa saja lah korang ni. Dahlah jom gerak." Adam mula munurunkan handbrake sebelum memulakan perjalanan mereka.
"Kita nak pergi mana ni?" Syazlin menyoal apabila lebih kurang 15 minit dia berdiam diri. Kembar di bahagian belakang hanya menghabiskan masa mereka dengan bermain game. Entah apa yang seronok sangat tentang game tu.
"Oh aku lupa nak bagitahu kau, kita kena pergi rumah Hanna dulu. Aku ajak dia join kita. Okay tak?" Adam menerangkan rancangannya kepada Syazlin. Dia memandang Syazlin seketika sebelum memandang semula ke jalan raya.
Syazlin menjeling Adam seketika. Kau dah planned baru nak bagitahu aku? Baik tak payah.
"Hmm okay. Dia kan kawan kita jugak." Syazlin mengiyakan sahaja cadangan sahabatnya itu. Adam tersenyum lebar. Yalah, crush kesayangan dia kan. Kita sebagai kawan baik kenalah support.
"Rumah dia dekat mana?" Syazlin sekali lagi memecahkan suasana yang sunyi itu. Tak pernah-pernah semua orang diam macam ni. Yang Adam ni pon tak reti nak on radio ke?
"Taman Selasih, kita dah nak sampai ni. Kau call dia jap, cakap kita dah nak sampai."
Syazlin terus mengambil handphonenya dan menghantar mesej kepada Laura Hanna menggunakan aplikasi WhatApps.
"Done." Balas Syazlin bersahaja sebelum memasukkan telefon pintarnya ke dalam sling bagnya kembali.
"Cepat betul kau buat kerja." Puji Adam bersahaja sambil menarik brek tangan Honda City kesayangannya itu.
"Well ni Syazlin Ameera, semuanya pantas gitu." Syazlin mengangkat-angkat keningnya memandang Adam.
"Tak payah dok angkat kening sangatlah, kau pergi duduk kat belakang. Biar Hanna duduk depan dengan aku." Halau Adam sambil tolong membuka seatbelt Syazlin.
"Sampainya hati kau halau aku." Syazlin mula memuncungkan mulutnya secara tidak sengaja. Adam tergelak besar melihat kelakuan Syazlin. Kau ingat comel ke? Tapi comel jugak la.
"Dah blah la kau. Buruk betul rupa kau" Adam menolak-menolak Syazlin keluar dari kereta. Tak sabar-sabar betul la dia ni.
"Ish aku keluar, aku keluar." Syazlin menjawab lalu membuka pintu kereta di bahagian belakang. Dia menyuruh Amril keluar sebelum dia masuk untuk duduk di bahagian tengah. Baru lah ada feel princess yang diapit dua bodyguard.
Amril yang tengah khusyuk main game apabila diperlakukan sebegitu oleh kakaknya hanya mengangkat bahu dan kembali duduk di sebelah Syazlin.
"Assalamualaikum." Kedengaran suara Laura memberi salam setelah dia masuk ke dalam kereta Adam. Mereka mula menjawab salam Laura dan Adam mula cucuk jarum! Geram pulak aku.
"Minta maaf Hanna, lama ke awak tunggu?" tanya Adam setelah mula memandu. Syazlin di belakang hanya memerhatinya perangai Adam yang dah macam ulat bulu itu.
"Eh tak lama pon, awak tak payah la minta maaf." Jawab Laura sambil menunduk memandang tangannya. Tundukan pandangan adalah salah satu daripada amalan umat Islam yang perlu diterapkan pada masyarakat kini.
Syazlin mula memeluk tubuh di bahagian belakang. Amboi aku kat sini dah jadi tunggul kayu ke halimunan?
"Ehem. Hello nampak aku tak dekat belakang ni?" tegur Syazlin apabila mereka kelihatan rancak bersembang. Tadi tak sembang pon dengan aku! Mana aci!
Laura Hanna yang mendengar suara Syazlin terus menoleh ke belakang lalu tersenyum ayu. Yalah, takkan nak sengih macam kambing pulak. Tak sopan untuk perempuan lemah-lembut seperti Laura.
"Sorry Syaz, tak perasan pulak awak kat belakang ni tadi."
"Macam mana nak perasan kalau awak berdua tu rancak bersembang. Amboiiiiiiii, biaseee dieeeeeee!"
"Awak ni kelakar la Syaz. Sakit perut saya." Laura ketawa perlahan tapi sepenuh hati. Macam mana tu?
Apa yang kelakarnya? Aku tak buat lawak pon. Mudah terhiburnya gadis muda ini. Pelik-pelik betul la gadis kesukaan Adam.
Adam mula membelok ke kanan untuk masuk ke tempat letak kereta pusat beli-belah yang mereka berlima kunjungi. Adam tersenyum sebelum mengeliat . Adam pandu kereta auto bukan manual yang dia nak regangkan badan seteruk itu. Syazlin menggeleng perlahan kepalanya.
"Jom pergi arcade weh, lama dah tak mengasah bakat di sana." Syazlin bersuara setelah mereka berlima keluar daripada kereta putih Adam itu. Amril dan Aryan bersetuju lantas mengangguk laju cadangan kakak mereka. Adam memandang Laura seperti meminta izin daripadanya. Dulu tak pernah macam ni pon, kau hentam redah ja.
Akhirnya Laura bersetuju untuk mengikut rancangan mereka untuk bermain permainan di arcade. Muka macam tak rela kerana Laura tak pernah menjejakkan kaki ke tempat seperti itu. Chill, bukan aku ajak kau pergi clubbing yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku ni pon.
"Dahla, jom gerak sekarang." Syazlin memecahkan keheningan dan terus menuju ke lif untuk menuju ke tempat tujuan mereka di tingkat 4. Dua orang kembar itu mengikuti kakaknya sebelum Adam dan Laura juga bergerak ke lif tersebut.
"Sorry kalau buat awak tak selesa. Syaz tu memang macam tu orangnya. Semua nak ikut kepala dia je." Adam menggosokkan perlahan kepalanya setelah keluar daripada perut lif.
"Eh tak apalah awak. Saya pon nak mencuba sesuatu yang baru." jawab Laura sambil berpura-pura membetulkan tali begnya. Sumpah dia tak pernah berjalan berdua dengan lelaki begini. Kalau walid tau, mati dia dikerjakan.
"Jom kita pergi sana." Ajak Laura sambil menunjuk ke arah Syazlin dan adik-adiknya yang bermain bola keranjang. Syazlin dan kembar kelihatan gembira bermain permainan itu.
Adam dan Laura bergerak menghampiri mereka bertiga sambil tersengih melihat telatah tiga beradik itu. Macam budak 6 tahun yang berebut coklat. Entah apa-apalah anak Dato' Mansor ni.
Syazlin yang ternampak kelibat Adam terus menarik adik-adiknya untuk bermain permainan yang lain. Dia nak Adam meluangkan masa bersama crush kesayangannya itu. Adam yang melihat perangai Syazlin terus mengerutkan dahinya. Dah kenapa pulak minah tu?
Adam terus mengajak Laura untuk mencuba permainan yang dia tak pernah cuba. Lantak kau lah Syaz, biar aku spend time dengan Hanna.
Share this novel