BAB 55

Young Adult Completed 21813

Syazlin tidur berlantaikan simen yang sejuk, beg sekolah dijadikan pelapik kepalanya. Selimut ditarik melepasi paras leher. Terasa bahang dalam selimut itu.

Mata yang terasa memberat cuba diangkat. Berkali-kali matanya dikelipkan untuk mendapatkan pandangan yang jelas. Syiling yang itu dipandang sebelum dia cuba untuk bangun daripada terus-terusan berbaring.

Rambut yang serabut itu diikat menggunakan getah rambut yang sentiasa berada di pergelangan tangannya. Selimut ditarik untuk mengurangkan rasa sejuknya.

Bubur yang dihantar oleh mak cik, isteri tuan rumah itu dicapai. Mereka sangat baik hati. Mujur, Adam pandai mencari rumah sewa itu untuknya.

Dengan tangan yang lemah dia menyudu bubur nasi itu masuk ke dalam mulut. Sedap tapi hanya 3 sudu bubur yang ditelannya. Dia tak dapat habiskan. Selera makannya tiada.

Ubat diambil mengikut arahan doktor sebelum dia kembali berbaring. Jika esok demamnya sudah kebah, mungkin lusa baru dia ke sekolah.

Tiba-tiba dia teringatkan Adam dan adik kembarnya. Telefon bimbitnya dicapai.

Nombor Adam didail tapi tak boleh. Tiada dalam rangkaian. Aik, kenapa pulak ni?

Nombor Aryan dan Amril juga cuba didail tetapi hasilnya tetap sama. Tiada dalam rangkaian.

Syazlin mengerutkan dahinya. Handphone aku ada masalah ke?

Telefon itu diletakkan di tepi. Kepalanya terasa berpusing. Matanya dipejam rapat sehingga dahinya berkerut teruk.

Sumpah dia tak suka rasa pening seperti ini. Terasa seperti dunia sedang berputar laju tahu tak?

Lama-kelamaan dia hanyut dalam tidur.

-----

Dengan langkah longlai Syazlin masuk ke dalam kelas menuju ke tempatnya yang sudah 3 hari ditinggalkan olehnya. Penat berjalan daripada rumah sewanya belum hilang, matanya terpandangkan wajah Muhsin yang baru tiba di kelasnya.

Mereka bertentang mata buat seketika sebelum Muhsin dengan cepat-cepat menundukkan pandangan dan berlalu ke mejanya. Syazlin hanya menjongketkan bahu tanda malas nak ambil tahu.

Buku teks sejarah dikeluarkan daripada mulut beg sekolahnya. Minggu depan dah start ujian 1. Dia sudah banyak ketinggalan jadi dia mesti bersedia awal. Setiap patah ayat dibaca perlahan untuk difahami.

Adam yang baru tiba terus meletakkan beg sekolah di kerusinya sebelum terus bergerak ke tempat Laura. Syazlin hanya mengerutkan dahinya. Dah kenapa pula mamat ni?

Syazlin hanya mengendahkannya sebelum meneruskan dengan pembacaannya.

Cikgu yang masuk secara tiba-tiba menyebabkan pelajar berkeliaran menuju ke tempat masing-masing. Adam yang berdiri di sebelahnya terus mencapai beg sekolahnya dan bergerak ke bahagian belakang kelas.

"Eh Adam. Kamu nak pergi mana?" tegur cikgu sejarah yang merupakan guru kelas mereka pada tahun ini.

"Saya nak ubah tempat. Saya nak duduk dekat meja belakang tu."

"Kenapa pula nak ubah tempat? Selalunya tak ada masalah pon kan?"

"Saya tak nak duduk dengan Syazlin."

Syazlin yang mendengar namanya disebut terus mengangkat kepala. Mukanya berubah. Kenapa pulak ni? Apa pulak salah yang aku buat kali ni?

"Tapi Adam, kamu kena stay tempat kamu. Kamu kan guru muda bahagian group kamu. Mana boleh ubah dah." Ayat cikgu sejarah itu menyebabkan Adam mengeluh panjang.

"Tak apa cikgu, biar saya yang pindah pergi belakang." Dengan pantas Syazlin menyimpan dan memasukkan barangannya ke dalam beg sebelum berdiri. Dia memandang Adam tapi lelaki itu hanya terus bergerak ke tempatnya tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya kepada Syazlin.

Syazlin terus bergerak ke meja bahagian belakang. Dia berseorang diri kali ni. Buku sejarah diletakkan di atas meja. Dia cuba fokus tapi fikirannya masih memikirkan tentang perangai Adam tadi.

Kenapa tiba-tiba dia berubah?

Setibanya waktu rehat, Syazlin bergerak mendekati Adam yang sedang rancak bersembang dengan Laura. Keberadaanya di situ menyebabkan mereka menjadi senyap.

"Adam, aku nak cakap dengan kau sekejap boleh?" Syazlin memandang belakang Adam. Sumpah, mamat ni memang taknak berdepan dengan aku dah ke?

"Jom Hanna, kita pergi kantin. Saya lapar." Tanpa mengendahkan Syazlin yang berada di situ, mereka berdua bergegas menuju ke kantin. Sesekali Laura mengalihkan pandangannya ke belakang untuk melihat Syazlin.

Mata Syazlin terasa panas secara tiba-tiba. Bebola mata dinaikkan ke atas untuk mengelakkan air matanya jatuh. Meja barunya itu ditujui sebelum dia meletakkan kepalanya di situ. Hilang selera makan aku. Tidur lagi bagus.

"Oii Syazlin, kau tak turun rehat ke?" Syazwan yang melihat rakan sekelasnya tidur itu terus ditegurnya. Apa punya perangai la.

Syazlin yang baru separuh terlelap terus terbuka luas matanya. Syazwan ni memanglah. Pakar pengganggu.

"Tak, aku diet." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Syazlin. Wajah Syazwan dijeling tajam. Geram betul dengan dia ni.

"Ceh diet konon. Kata-kata itu tak boleh dipercayai langsung." Syazwan mencebik perlahan sebelum dia menulis sesuatu dia atas sekeping kertas kecil. Mesti belum hantar kedatangan pelajar. Dasar ketua kelas tak bertanggungjawab.

"Diamlah kau. Blah ah."

Syazwan hanya menjelirkan lidahnya sebelum berlari keluar kelas menuju ke pejabat untuk menghantar kedatangan murid.

"Gila."

Satu perkataan sahaja keluar daripada mulut Syazlin sebelum dia menyambung tidurnya yang terganggu.

Aku malas dah nak fikirkan masalah dunia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience