BAB 44

Young Adult Completed 21813

"Kau tahu tak yang kekasih pujaan hati kau tu dah bertunang?" Syazlin yang baru melabuhkan punggungnya di bangku kantin sekolah terus memandang wajah Adam. Dia mengangkat-angkat keningnya.

"Mana kau tahu."

"Aku tahulah. Aku ni Adam, stalker terulung." Adam mendabik dada sebelum menyedut teh ais kantin kegemarannya. Tahun baru, tukang masak kantin pon orang baru. Masakan mereka memang superb! Lebih sedap daripada yang tahun lepas.

Syazlin yang kelihan seperti malas ambil itu dipandangnya. Biar betul? Takkan Syazlin tak kisah? Siap boleh makan bihun tomyum dengan jayanya lagi.

"Oii kau tak kisah ke Ezmeer bertunang? Bukan kau minat dia macam nak terbalik dunia ke?" sekali lagi Adam cuba menarik perhatian Syazlin yang khusyuk memandang makanannya.

Syazlin menjeling Adam, tajam. Aku hempuk dengan mangkuk ni karang. Baru kau tahu. Dia menyedut milo aisnya sehingga habis sebelum menarik nafas panjang untuk menjawab pertanyaan Adam.

"Dia dah lama bertunang. Dua bulan lepas. Jadi, aku dah macam tawar hati dah. Lagipun, aku minat dia saja. Bukannya dia suami aku pun." Tangan kanannya menopang dagu sambil memandang wajah Adam yang berkerut dahi.

Apa yang teruk sangat berfikir tu? Bukannya tengah selesaikan soalan pengamiran pun.

"Dua bulan lepas? Jadinya, dia bertunang bulan Disember tahun lepas? Sesudah SPM?" Adam memanggungkan kepalanya untuk melihat reaksi Syazlin. Tapi dia tetap sama,cool.

Syazlin hanya mengangguk sebelum bangun daripada duduknya. Mangkuk dan gelasnya serta gelas Adam diambil sebelum bergerak ke arah besen yang telah disediakan pihak kantin. Adam hanya membuntuti langkah Syazlin. Syazlin bergerak ke arah sinki pun dia ikut.

"Kau ni dah kenapa jadi ekor aku ni?" Syazlin mengalihkan seluruh badannya ke belakang sebelum memeluk tubuh. Rakannya yang kelihatan seperti berkhayal diperhati.

"Huh?" muka yang penuh tanda soal ditayangkan kepada Syazlin.

Aku tampar juga mamat ni karang.

"Kau cakap apa tadi Syaz?" Adam yang bagaikan baru tersedar terus menyoal rakannya. Muka Syazlin yang memerah dipandang. Hah, sudah.

"Jom masuk kelas. Masa rehat tinggal lagi 3 minit." Syazlin melihat jamnya sebelum berjalan meninggalkan Adam yang termangu sendirian.

Baru dengar khabar Ezmeer bertunang dah jadi bodoh. Kalau dia tahu tunangnya Ezmeer itu Laura, apa reaksinya pon tak terbayang.

Buku teks Pendidikan Islam di dalam beg sekolahnya ditarik keluar sebelum bahagian sirah dibuka lalu dibacanya. Ustazah Nor memang gemar menyediakan kuiz tergempar. Jadi, dia harus bersedia dahulu sebelum dia yang menjadi mangsa ustazah.

"Kenapa kau tinggalkan aku?" suara yang tiba-tiba mencelah di meja kirinya itu sangat membingitkan telinga. Ya, mejanya masih ditepi Adam seperti tahun lepas.

"Kau yang jadi tunggul tadi. Itu sebabnya aku tinggalkan kau." Selamba Syazlin menjawab tanpa memandang wajah masam Adam.

"Aku tengah berfikir, kau kenalah faham aku. Lagipun, kenapa kau tak bagitahu aku hal ini? Sejak bila kau pandai berahsia dengan aku? Mesti kau dah bagitahu Hanna kan? Korang kan dah kamceng sekarang." Bertubi-tubi soalan yang ditujukan kepada Syazlin. Syazlin menampar perlahan dahinya sebelum menutup buku Pendidikan Islamnya.

"Satu, aku tak bagitahu kau sebab aku rasa benda seperti ini tak penting pon. Dua, aku tak berahsia dengan kau. Tiga, aku tak bagitahu Laura Hanna kesayangan kau tu langsung. Dan empat, aku tak kamceng dengan dia and stop calling her name!" Tajam matanya menikam mata Adam yang terkelip-kelip. Ini yang aku nak marah ni.

Adam terus menelan liurnya yang tiba-tiba terasa seperti pasir. Kecut hatinya dicerlung sebegitu rupa. Syazlin kalau mengamuk pun boleh tahan juga dia punya amukan. Adam tersengih memandang Syazlin sebelum cepat-cepat menghadap ke hadapan. Dia tak mahu kacau singa betina.

Tepat pada masanya, Ustazah Nor masuk ke dalam kelas. Adam melurutkan dadanya. Fuh, selamat. Kalau tak mesti dia sudah diserang singa betina.

"Semua berdiri." Arah Ustazah Nor yang agak berusia dengan tudung sarungnya yang bercorak abstrak. Ringkas tetapi tetap sempurna auratnya ditutup.

Pelajar 5 Dahlia yang hanya tinggal 17 orang mula membuat bunyi perlahan. Pelajar bukan Islam sebanyak 8 orang telah bergerak ke bilik moral sebelum tamatnya waktu rehat sebentar tadi.

"Seperti yang sayang-sayang ustazah tahu, kita akan adakan kuiz. Siapa boleh jawab, dengan segala hormatnya dipersilakan duduk." Tersenyum Ustazah Nor memandang setiap satu wajah murid kesayangannya. Ustazah Nor gemar menggunakan perkataan sayang terhadap anak-anak didiknya. Mungkin itu salah satu cara untuk menunjukkan rasa kasih terhadap pelajar yang banyak ragam itu.

"Okay sayang, kuiz pada hari ini semuanya berkaitan dengan sirah. Ustazah akan tanya untuk bab tingkatan 5 dan semestinya tingkatan 4."

Pelajar 5 Dahlia menganggukkan kepala tanda faham. Dah seperti burung belatuk la pula.

"Baiklah, soalan yang pertama. Siapakan pengasas kerajaan Bani Umaiyah?"

Syazwan dengan semangat mengangkat tangan sambil menjerit 'saya ustazah! Saya saya saya!'

"Pengasas kerajaan Bani Umaiyah ialah Muawiyah bin Abu Sufian." Tersengih-sengih Syazwan menjawab dengan jawapan yang lengkap. Dia memandang rakan sekelasnya dengan kening sebelah yang terangkat. Bangga dirilah tu.

"Betul jawapan awak tu tapi jangan duduk lagi. Nama kerajaan ini Bani Umaiyah tapi kenapa nama pengasasnya bukan bernama Umaiyah pon?" Ustazah Nor sengaja memberi soalan kepada ketua kelas 5 Dahlia.

Muka Syazwan yang berkerut terus mendatangkan tawa seisi kelasnya. Itulah orang dah cakap, jangan suka sangat nanti menangis kang.

"Err... arr.. nama kerajaan itu diambil err... ha, nama moyang Muawiyah kan, ustazah?!"

"Ya betul, kamu boleh duduk. Lain kali sebutlah khalifah Muawiyah. Kamu ingat dia kawan kamu ke?" Syazwan hanya menggaru-garu kepala sambil tersengih memandang Ustazah Nor. Simbol okay ditunjukkan tanda dia mengerti.

Kuiz demi kuiz ditujukan sehinggalah Ustazah Nor memulakan sesi pembelajaran. Semua kuiz dapat dijawab dan murid-murid dapat belajar dengan keadaan duduk.

"Weh, kau tak tahu ke siapa tunang Ezmeer?" kedengaran bisikan Adam di telinga kirinya. Fokusnya terganggu lalu dia memandang Adam sekilas. The real pak cik bawang. Malas betul mahu layan.

Syazlin menyambung menulis nota di dalam buku catatannya. Perkara-perkara penting yang ustazah sebut namun tiada dalam buku teks itu dicatatnya. Dia tak mahu tertanya-tanya pula nanti.

Lengan kirinya terasa ditolak-tolak dengan pen tapi dia hanya mengendahkannya. Abaikan, syaitan memang suka mengganggu jika manusia mahu berbuat kebaikan. Ini salah satu contoh syaitannya.

Terasa pedih belakang tangannya menyebabkan perhatian Syazlin teralih. Matanya terbeliak. Belakang tangannya penuh dengan lukisan pen dan ada bekas mata pen yang dicucuk! Terus wajah Adam dipandang tajam. Cari penyakit ke mamat ni?

"Apa masalah kau ni?" bisik Syazlin, keras. Dia tak mahu ustazah mendengar apa yang akan dia semburkan kepada Adam.

"Kau tak layan aku." Bisikan juga diterimanya. Syazlin mengerutkan dahinya. Sudah kenapa dia ni? Tengah belajar kan sekarang ni?

"Kau ni gila ke apa? Kita tengah belajar sekarang ni dan kau asyik nak bergosip je 24jam. Bongok betul." Syazlin kembali memandang ke hadapan. Secara tiba-tiba terasa renjatan elektrik mengalir ke seluruh badannya. Matanya bersabung tepat dengan mata Ustazah Nor.

"Dah habis berbisik?" tanya Ustazah Nor sambil senyum. Senyumannya itu nampak sangat menggerunkan.

"Dua orang itu berdiri cepat. Bacakan ustazah semua ayat hafazan tingkatan 4. Selagi tak boleh, jangan duduk." Arah ustazah sambil bercekak pinggang.

Syazlin dan Adam berdiri sebelum sama-sama berpandangan. Bukan pandangan yang mencairkan hati tapi pandangan maut.

"Hah pandang apa lagi tu? Cepatlah!" getir suara Ustazah Nor sehingga terangkat bahu pelajarnya itu.

Adam, ini semua kau punya pasal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience