BAB 61

Young Adult Completed 21813

Seluar jeans hitam disarungkan sebelum baju t-shirt berwarna kelabu itu menjadi pilihan hatinya.

Sedikit minyak rambut dituangkan ke telapak tangan sebelum disapukan ke rambutnya sehingga hitam berkilat.

Rambut disikat rapi sebelum Adam tersenyum seketika melihat pantulannya di cermin itu.

Fuh, hensem.

Tangga rumahnya itu dituruni dengan pantas sebelum segera meluru ke arah ibunya yang santai menonton televisyen di ruang tamu.

Pipi ibunya dicium sekilas sebelum dia duduk sambil tersengih memandang wajah cantik syurganya itu.

"Good morning mama! " Adam tersengih lebar setelah dijeling mamanya.

"Morning apa? Dah nak masuk zuhur dah ni. "

Adam tersengih lebar sebelum memeluk lengan ibunya itu. Matanya memandang tepat ke arah televisyen. Drama apa yang mamanya layan ni? Tak minat betul lah kdrama ni.

"Maa, tak ada drama lain ke?  Asyik kdrama je. " Adam berkata tapi pandangannya masih melekat pada kaca tv yang masih menunjukkan wajah Lee Min Ho itu.

Aku hensem lagi lah, cis.

"Biarlah mama nak layan drama korea. Yang Adam gelabah sangat kenapa? " Kepala Datin Ani ditundukkan sedikit untuk melihat wajah anak manjanya itu.

Rambut Adam yang tersisir elok digosok oleh ibunya.

"Maa, rosak rambut Adam. " Dia memuncungkan mulut sebelum membetulkan rambutnya yang rosak.

"Adam tak gelabah pon lah, mama ni apa cakap macam tu. Takut papa yang gelabah sebab Lee Min Ho tu hensem sangat. "

Peha Adam dicubit sebelum dia mengaduh kuat.  Aduh, mak ketam.

Datin Ani menggelengkan kepalanya seketika sebelum mengendahkan anaknya.  Cakap banyak sangat. Tak ada faedahnya pon.

"Maa, Adam nak keluar kejap tau. "

"Dengan Syaz ke? Lama betul dia tak datang sini." kali ini, Datin Ani terus memberikan perhatian sepenuhnya kepada Adam.

Muka Adam yang tiba-tiba berubah menarik perhatiannya. Dah kenapa pulak ni?

"Adam keluar dengan kembar saja maa. Syaz tak ikut." Wajah cuba dimaniskan sebaik mungkin.

"Kenapa tak ikut?  Bukan selama ni korang berdua selalu berkepit ke? Lama dah mama tengok korang ni macam dah tak rapat seperti dulu. Ada masalah ke? "Datin Ani cuba cucuk jarum.

Tapi mustahil anak bujangnya itu akan cerita kepadanya dengan hati yang terbuka. Mustahil, sangat-sangat mustahil.

Telefon yang berdering secara tiba-tiba menyelamatkan Adam daripada soalan mamanya.

Nama Aryan terpapar di skrin. Adam cepat-cepat bangun daripada sofa sebelum menyalami Datin Ani.

"Adam pergi dulu maa, Aryan dah call ni. Assalamualaikum. "

Dengan pantas, Adam berlari ke luar rumah dan terus memanaskan enjin keretanya.

"Waalaikumsalam, bertuah punya anak." Datin Ani berdecit perlahan sebelum menyambung aktivitinya tadi.

Tak apa, lepas habis maraton kdrama, dia akan telefon Syazlin.

Adam yang sudah selamat berada di atas jalan raya terus cuba menelefon Aryan.

"Hello, aku dah nak sampai ni. Korang tunggu jap. "

Setelah itu, dia terus menamatkan panggilannya. Sungguh berbudi bahasa ya Adam Cassiel.

Dia memakirkan keretanya jauh daripada rumah Datuk Mansor. Kalau dia nampak,boleh mati kena cincang.

Handphonenya dicapai sebelum menghantar pesanan kepada Aryan bahawa dia sudah tiba.

Tidak sampai 5 minit, pintu keretanya dibuka kasar oleh dua orang kembar itu. Sejak jadi budak MRSM ni, bukan main kasar nampaknya.

"Cuti berapa lama?" terus Adam bertanya kepada Amril yang berada disebelahnya sebelum dia membelok ke kiri untuk masuk ke jalan raya yang lebih besar.

"Soalan apa ni bro? 2 minggu lah macam biasa. Cuti penggal kan. Kau baru tinggal sekolah beberapa bulan saja kot. " Amril menjawab soalan Adam dengan gaya bersahaja.

Wow!

Amril dah boleh bercakap lebih daripada lima patah perkataanlah!

"Kau dah pandai bercakap sekarang ni kan? Kena buli dengan senior MRSM ke? " tanya Adam sambil tersengih lebar.

"Kena buli apanya, kami dah tingkatan 5 lah Adam. Stay dekat MRSM tu Am banyak join pertandingan pidato. Kau apa tahu. " Aryan terus memanjangkan lehernya di antara Adam dan Aryan.

"Serious lah? Adam yang terkejut terus memandang wajah Aryan buat seketika.

"Ya, tak percaya sudah. " Aryan berdecit perlahan sebelum menyandarkan kembali badannya ke kusyen kereta.

"Aku buat semua tu sebab aku rindu akak. Dia kan banyak cakap. " Ayat Amril meyebabkan seluruh isi kereta itu terdiam.
Amril terus memandang ke luar tingkap kereta Adam.

Banyaknya kereta. Mungkin sebab hari ini dah mula cuti sekolah.

Adam berdehem perlahan sebelum meneruskan pemanduannya. Sesekali matanya dikerling ke arah Amril yang khusyuk melihat ke luar tingkap.

"Adam kau nak tahu satu gosip terbaru tak? " Aryan secara tiba-tiba menyergah ke tepi telinganya. Adam terus memejamkan matanya akibat terkejut.

Aryan dijeling seketika sebelum dia berhenti di lampu isyarat yang bertukar menjadi merah itu.

Gosip saja kerja mamat ni.

"Gosip apa pulak ni?  Macam-macamlah kau ni. Nasib tak tercopot jantung aku tadi. " Adam berkata dengan nada menahan geram.

"Aiman Aqil tu dah fly ke London. Sambung belajar katanya." Kedua-dua belah tangan Aryan diletakkan di kusyen kereta yang diduduki Amril dan Adam.

"Kau biar betul? Bila dia fly? " tanya Adam sebelum membelok masuk ke tempat parkir. Handbrake ditarik sebelum dia mengubah kedudukan untuk memandang Aryan. Baru feel sikit.

"Semalam. "

"Aku ada lah sembang sikit dengan dia, dia cakap dia nak bina hidup baru. Dia dah tak nak jadi macam dulu. Dia nak berubah. " Aryan berkata sambil melurut janggut halimunan.

Adam hanya mendengar dengan tekun tanpa ada rasa untuk mencelah.

"Mak tiri aku marah Aiman sebab dia nak sambung belajar. Apa punya mak lah dia tu. Tak faham aku. "

"Sudahlah tu gosip, jomlah turun. Aku lapar. " Amril mencelah secara tiba-tiba sebelum keluar daripada kereta Adam.

"Eh Adam, cakap nak pergi mall. Kenapa sampai warung Pak Abu pulak ni? " tanya Aryan sebelum menaikkan sebelah keningnya.

"Tapi tak apalah, aku pon lama tak makan nasi ayam Pak Abu." kata Aryan sebelum turut mengikut jejak abang kembarnya yang sudah berada di dalam warung itu. 

Lapar betul nampaknya.

Adam terdiam seketika.

Aku pon tak sedar, macam mana aku boleh drive sampai sini.

Mungkin jiwa aku masih di sini.

Di sini bersama Syazlin.

Adam mengeluh perlahan sebelum bergerak mendekati kembar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience