BAB 37

Young Adult Completed 21813

"Nah hadiah untuk korang berdua. Ni daripada mama dan papa. Mereka cakap tahniah." Adam menghulurkan dua beg plastik tertulis PUMA di bahagian tengahnya kepada pasangan kembar itu.

"Wah terima kasih! Cakap terima kasih banyak-banyak kepada mama dan papa tau!" ucap Aryan dengan bersemangat sebelum mengeluarkan barangan daripada beg plastik itu.

Satu pasang kasut, hoodie dan sweatpant yang semuanya berjenama PUMA dengan rekaan terkini.

"Terima kasih, abang Adam." Ringkas sahaja ucapan Amril setelah mengambil huluran Adam itu.

"Sama-sama. Pandai eh korang sampai boleh dapat 10A. Memang padu betul ni." Puji Adam sebelum duduk di sofa kulit rumah mereka. Matanya meliar mencari Syazlin. Mana minah ni? Tak nampak pon?

"Rezeki kami." Kata Amril sambil tersengih. Adam hanya tersengih memandang mereka berdua. Kontra betul perangai.

"Abang Adam tak bagi hadiah ke? Ni kan hadiah daripada mama papa." Tanya Aryan secara tiba-tiba setelah menyimpan semua barangan yang dibukanya tadi. Adam yang mendengar terus tersedak air liurnya sendiri.

"Aik tak cukup ke?" tanya Adam.

"Mana cukup, ni bukannya hadiah daripada abang pon. Jangan nak mengelat eh." Kata Aryan sebelum pehanya mendapat tamparan padu daripada Amril.

"Kau ni tak tahu malu betul la."

"Suka hati aku lah, abang Adam je pon."

"Ha sudah-sudahlah bergaduh tu, pergi bersiap cepat. Kita keluar sekarang."Adam mencelah pergaduhan dua kembar itu. Kang lawan Tarik rambut pulak.

"Okay!" jawab Aryan sebelum berlari ke biliknya. Hadiah yang diberi orang tua Adam juga tidak dilupakan.

"Am naik atas dulu bang." Sopan Amril mengundurkan diri. Tidak seperti Aryan yang ikut suka dia saja.

"Okay, suruh Syaz bersiap jugak tau." Arahan Adam hanya dibalas dengan anggukan oleh Amril. Kan dah cakap, budak tu pendiam orangnya.

Adam mula mencari hadiah-hadiah yang bersesuaian dengan Amril dan Aryan di Google.

-----

Mereka berempat berjalan memasuki restoran yang telah ditempah khas secara last minute oleh Adam. Mereka bertuah kerana masih ada tempat kosong.

Syazlin duduk di sebelah Amril dan berhadapan Adam manakala Aryan berada di tepi Adam. Takut tak dapat hadiah ke apa dia ni?

"Korang nak order je apa yang korang nak, abang Adam belanja hari ini." Kata Adam sambil melihat menu yang telah disediakan oleh pihak restoran.

"Aku nak order banyak ni weh, aku kelaparan." Syazlin berkata sambil melihat menu yang membuka nafsu makannya. Berkeriuk bunyi perutnya menahan lapar.

"Kau ni bela hantu ke apa? Boleh habis ke makanan yang kau pesan tu?" tanya Adam setelah Syazlin selesai memesan makanannya.

"Bolehlah, bukannya banyak sangat pon. Nasi Ayam Madu, Lamb Chop dan Iced Latte saja, sikit je kot." Syazlin tersengih sambil memandang Adam yang menggelengkan kepalanya. Amril dan Aryan hanya tergelak kecil melihat kakaknya itu, sudah faham sangat dengan nafsu makan kakaknya yang menggila.

"Portion makanan yang restoran ni sediakan banyak tau."

"Jangan risau, aku boleh habiskanlah. Aku kan tak suka pembaziran." Ujar Syazlin sambil memainkan jarinya di atas meja. Adam hanya mengangkat bahu tanda malas nak ambil tahu.

"Am dan Ari dah bagitahu daddy ke?" tanya Adam yang terasa ingin menghangatkan suasana apabila mereka semua hanya khusyuk menghadap makanan.

"Bagitahu apa?" Aryan memandang Adam seketika sebelum menyedut minumannya.

"Keputusan PT3 lah, apa lagi." Tanpa memandang Aryan, Adam mula menjawab. Kenapa lambat sangat otak budak ni nak proses soalan? Betul ke dia pandai?

"Oooo keputusan ke, esok la kami bagitahu daddy. Esok birthday dia, jadi Ari dan Am cadang nak suprisekan daddy dengan result PT3 kami. Betul kan Am?"

Amril hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan apa yang diperkatakan oleh adiknya itu. Memang itu yang dirancangkan oleh mereka berdua.

Syazlin hanya menikmati makanannya tanpa menghiraukan perbualan mereka bertiga. Dalam masa beberapa minit, dia telah menghabiskan semua makanan yang telah dipesannya.

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat-Mu Ya Allah.

"Lambat betullah korang bertiga makan. Tula, banyak sangat bersembang." Kata Syazlin sambil mengelap mulutnya yang terasa sedikit berminyak.

"Bukan kami lambat, kau tu yang cepat sangat melahap. Badan kecik, selera besar bukan main eh." Adam memulangkan paku buah keras kepada Syazlin yang sedang elok bersandar di kerusi restoren.

"Mana ada aku melahap, aku hanya makan dengan cepat lagi pantas untuk menjimatkan masa. Kejap lagi nak pusing satu mall kan? Cepat sikit kunyah makanan tu." Syazlin mula berpeluk tubuh sambil memandang mereka tiga yang berbual. Mentang-mentanglah aku sorang je gadis di sini, korang buat taktahu je?

Syazlin yang terasa bosan terus mencapai telefon pintarnya. Ikon burung berwarna biru itu ditekannya. Main Twitter lagi bagus. Dia leka melayari Twitter sehingga tidak sedar masa berlalu dengan cepat.

"Kau nak kerja dekat restoran ni ke?" tanya Adam secara tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri.

Syazlin yang mendengar suara Adam terus memanggungkan kepalanya. Kelihatan mereka bertiga telah berdiri di bahagian tepi meja.

"Dah bayar ke?" lain yang ditanya, lain juga yang dijawabnya.

"Sudah, kau nak kerja sini ke aku tanya?" soal Adam sambil memandang tepat wajah rakan karibnya itu.

"Tak nak aku, dah lah jom pergi. Buat apa lama-lama di sini." Syazlin berkata sebelum terus berjalan keluar daripada restoran itu.

"Eh kau tengoklah kakak kesayangan kau tu. Kita tunggu dia, boleh pulak dia tinggalkan kita. Geram pulak aku." Adam memandang kedua-dua kembar itu sebelum mengikuti jejak Syazlin. Jalan laju macam pelesit.

Amril dan Aryan berpandangan sesama sendiri sebelum mengikuti jejak langkah dua orang sahabat itu.

Syazlin yang sedang duduk elok menunggu para jejaka di bangku yang disediakan oleh pusat membeli-belah itu.

"Am dan Ari nak hadiah apa?" tanya Adam apabila mereka berjalan bertiga tanpa gangguan Syazlin.

"Am terima saja hadiah daripada abang. Tak kisahlah apa pon." Kata Amril yang jarang-jarang sekali membuka mulutnya itu. Adik kembarnya, Aryan juga hanya menganggukkan kepala sambil tersengih.

"Okay kalau macam tu, mudahlah kerja abang." Adam tersengih memandang dua jejaka kacak itu. Dia bergerak menghampiri Syazlin yang duduk relaks di bangku itu.

"Jom pergi kedai jam. Aku nak beli jam untuk adik-adik kau tu."

"Jom."

Mereka berempat memasuki kedai jam yang terdapat di dalam pusat beli-belah itu. Sedang mereka bertiga sibuk memilih jam tangan di suatu bahagian, Syazlin mula menerokai kedai itu.

Matanya secara tiba-tiba terpana pada salah satu jam yang berada di dalam kotak kaca itu. Dia mendekatinya.

Jam tangan lelaki yang berjenama Rolex yang disaluti perak itu sangat indah pada matanya. Dia terfikir untuk menghadiahkan jam tangan itu kepada daddynya sempena ulang tahunnya pada esok hari.

"Kak, saya nak jam ni." kata Syazlin kepada salesgirl yang dari tadi memerhatikan tindak- tanduknya.

Salesgirl yang bernama Anita itu tersenyum sebelum mula membungkuskan jam tangan yang Syazlin inginkan.

"Adik nak bayar guna cash atau credit card?" tanyanya sambil memandang wajah cantik gadis di hadapannya.

"Guna kad kredit kak." Syazlin menjawab sambil tersengih memandang gadis bernama Anita itu. Syazlin menghulurkan kad kreditnya kepada salesgirl itu.

Dia beli hadiah untuk daddy dengan menggunakan kad kredit daddy. Why not?

Setelah selesai proses pembayaran, dia menuju ke arah mereka bertiga yang masih belum selesai memilih jam tangan. Lama betul, mengalahkan perempuan shopping!

Syazlin mula merehatkan punggungnya di atas sofa di kedai jam itu sambil menunggu mereka selesai membuat pilihan. Dia tersenyum seketika. Mesti daddy suka dengan hadiah yang dia berikan.

Happy birthday in advance, daddy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience