Hampir 15 minit, Adam keluar dari surau. Wajahnya yang basah dengan air wuduk kelihatan berseri-seri. Nampak kacak gila. Kawan aku ke ni?
"Kau dah kenapa tengok aku macam tu? Tergoda ke?" Tanya Adam sambil membetulkan tali kasutnya.
"Eh sorry sikit, memang tak lah aku nak tergoda." Balas Syazlin sambil menjulingkan matanya ke atas. Adam hanya mengangkat bahu dan tergelak kecil.
Syazlin hanya mengikut Adam yang bergerak mendekati Honda City putihnya itu. Kejap kereta ni, kejap Myvi merah. Haih kaya betul mamat ni.
Adam membuka lock keretanya. Syazlin masuk ke dalam kereta Adam dan terus memakai tali pinggang kaledar. Adam hanya memerhatinya. Tuan punya kereta pon belum masuk, kau dah melebih-lebih. Syaz oh Syaz.
Adam mula memanaskan enjin kereta. Jam di lockscreen phonenya diperhati.
6.20 petang.
Sempat lagi kot nak ajak Syaz makan di luar.
"Syaz, jom makan kat luar nak? Aku lapar la." Ajak Adam sambil memandang wajah Syazlin sekejap.
Sekejap je lah, lama-lama nanti ada yang langgar tiang lampu kang.
"Aku okay je. Aku pon tengah lapar ni, lepas habis game tadi aku belum makan." Syazlin memegang perutnya perlahan. Pedih sia!
"Kau nak makan kat mana?" Tanya Adam sambil matanya liar mencari kedai makan berdekatan.
"Dekat kawasan perumahan aku dahla. Nanti daddy marah pulak aku balik lambat."
"Baiklah baby." Adam mengenyitkan matanya ke arah Syazlin.
Syazlin hanya membuat gaya mahu termuntah dan disambut ketawa Adam yang kuat.
Pecah gegendang telinga aku.
Adam menghentikan keretanya di bawah pokok ceri bersebelahan warung Mak Cik Senah. Makanan dekat warung ni sumpah sedap.
Syazlin dan Adam berjalan bersama sebelum mengambil tempat berdekatan dengan kaunter. Cepat sikit makanan sampai.
Adam hanya order nasi goreng paprik dan sirap limau ais. Syazlin pula hanya order nasi goreng daging merah dan teh o ais limau.
Perghhh, makanan kegemaran ni!
Sementara menunggu pesanan siap, Syazlin membuka instagramnya. Lama betul dia tak buka. Dah berhabuk dah.
Syazlin menekan ikon ig story dan menghalakan handponenya ke arah Adam yang kusyuk main game. PUBG lah tu. Apa yang best sangat pon aku tak tahulah.
Dia merakam video Adam yang berkerut dahinya semasa main game. Syazlin tergelak kecil. Hodoh gila!
Dia mula mention ig Adam di ig storynya.
Done!
Biar semua fan si Adam ni tengok. Muahahahaha.
Makanan yang telah dipesan diletakkan di atas meja mereka. Syazlin tersenyum memandang Mak Cik Senah.
"Terima kasih mak cik. Lama Syaz tak makan masakan mak cik. Rindu." Ujar Syaz sambil tersengih-sengih.
"Yelah, kamu tu dah jarang datang warung mak cik ni." Mak Cik Senah tersenyum memandang Syazlin dan Adam. Dia memang dah kenal sangat mereka berdua tu,selalu sangat melepak di warung kecilnya itu.
"Maaflah mak cik,kami sibuk sikit sekarang ni. Harap mak cik faham." Jawab Adam sambil tersengih lebar.
"Yelah mak cik faham. Sekarang,kamu makanlah. Mak cik nak pergi ambik order orang lain." Ujarnya lalu beredar ke meja yang selang tiga buah dari meja mereka.
Adam dan Syazlin mula makan tanpa berbual. Lapar sangat dah tu.
Lelaki yang berada di meja yang berselang tiga buah dari mereka mula mengambil gambar. Motif?
Syaz yang menyudahkan makanannya itu memandang sekeliling sambil menunggu Adam makan. Lambat betul.
Dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang memandang tajam ke arah Adam dan Syazlin.
Siapa pulak tu?
Dengan hoodie dan cermin mata hitamnya.
Lelaki itu tersenyum sinis sebelum membuka cermin mata hitamnya.
Syazlin yang menyedut teh o ais limaunya mula tersedak.
Itu Aiman Aqil!
Mesti dia beritahu daddy yang aku keluar dengan Adam.
Arghhh kenapa jantan tu makan dekat sini jugak! Serabutlah!
"Kau dah kenapa yang tersedak ni?" Tanya Adam yang duduk bersandar pada kerusi. Alhamdulillah, kenyang.
"Tak ada apalah. Kau dah sudah kan? Jom hantar aku balik. Dah 7.30 ni, nanti daddy aku marah." Ajak Syazlin tergesa-gesa.
Adam hanya menganggukkan kepala sebelum bergerak ke kaunter untuk membayar makanannya.
Syazlin sudah tunggu di kereta Adam.
"Amboi, tak menyempat betul kau ni." Tegur Adam apabila melihat Syazlin yang elok bersandar pada keretanya itu.
Syazlin tersengih seperti kerang busuk. "Esok lepas final, aku belanja kau makan okey? Sekarang jom balik."
Adam mengundurkan keretanya lalu mula memasuki kawasan perumahan Syazlin dan menghentikan keretanya di rumah agam keluarga sahabatnya itu. Syazlin mengucapkan terima kasih dan terus turun.
Adam hanya mengangkat sebelah keningnya,pelik. Dah kenapa perempuan tu? Dia hanya mencebikkan bibirnya lalu mula bergerak meninggalkan rumah itu.
Nak balik! Nak mandi!
-----
Syazlin memberi salam sebelum melangkah masuk ke rumahnya. Kelihatan kelibat ahli keluarganya sedang menjamu selera. Dia tersenyum memandang adiknya.
"Akak, meh la sini makan sekali. Ibu Ida masak sayur lemak kobis ni." Ajak Aryan apabila dia memijak satu anak tangga.
"Tak payah, dia dah kenyang makan dengan jantan keparat tu. Kan Syazlin Ameera?" Daddynya mula mengalihkan pandangan tajamnya ke arah Syaz.
Syazlin menelan liurnya. Terasa berpasir.
"Kenapa tak jawab soalan daddy kamu tu, Syazlin?" Datin Amnah mula menyibuk. Semak.
Syazlin mula turun satu anak tangga. Dia memandang wajah satu-satunya ayah yang dia ada.
"Jantan keparat mana pulak ni daddy?" Tanya Syazlin semula.
"Berapa banyak jantan yang kamu ada ni, Syaz? Siapa lagi kalau bukan Adam." Balas daddynya dengan nada yang menyakitkan hati.
Syazlin menghela nafasnya kuat. Dia menggenggam tangannya rapat, kuat.
Daddy, Syaz tak nak bergaduh.
"Daddy makanlah dulu, tak baik bercakap semasa makan. Syaz naik atas, nak mandi. Kejap lagi Syaz turun eh?" Syazlin cuba menyabarkan hati. Dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya tanpa menghiraukan suara daddynya.
Syaz menutup pintu biliknya perlahan lalu bersandar padanya. Dia memegang dadanya perlahan. Asal sakit sangat ni.
Perit.
Sedih.
Ayah sendiri macam dah hilang kepercayaan terhadap anak dia. Syazlin tergelak kecil lalu menyapu air mata yang mengalir di pipinya secara tiba-tiba.
Dia membuka tudungnya dan mengambil tuala. Tenangkan diri di bawah shower sangat menyeronokkan, kan?
-----
Syazlin mengambil tempat di tepi adiknya, Amril.
Kelihatan kelibat Aiman Aqil, abang tirinya duduk bersebelahan Datin Amnah. Dia tersenyum sinis memandang wajah Syazlin yang bertudung sarung biru laut itu.
Daddy yang berada di sofa berangkai satu itu memandang Syazlin lama. Dia mengeluh perlahan.
"Jadi, betulkan Syaz keluar dengan Adam petang tadi?" Soal daddy sekali lagi.
"Ya, Syaz keluar dengan Adam petang tadi." Jawab Syazlin dengan penuh yakin walaupon tangannya berpeluh sejuk.
"Kenapa Syaz keluar lagi dengan jantan tu? Kan daddy dah cakap yang daddy tak suka dia. Kenapa degil sangat ni?" Dato Mansor mula menegakkan badannya sambil memandang wajah putih mulus anak sulungnya itu.
Syazlin menghalakan pandangannya terus ke wajah orang tuanya itu.
"Syaz ada dia je, daddy."
Share this novel