Bab 26

Romance Series 8143

Wajah Engku Is ditenung lama . Terasa seperti semua kesusahan dan keresahan hati , hilang . Tenang saja melihat wajah suaminya itu . Dia mengusap perlahan pipi Engku Is
Maafkan saya sebab banyak susahkan awak . Maafkan saya sebab .. Saya tak boleh bagi awak zuriat.

Sebelum dia berkahwin dengan Engku Is lagi , dia dapat tahu yang dia tidak boleh mengandung . Tetapi kata doktor , jika tuhan mahu beri rezeki kepadanya , dia tetap akan dapat .

" Hasil dari ujian yang saya lakukan Cik Lisa , awak memang tak boleh mengandung . Maafkan saya . Tiada ubat melainkan jika awak terus berdoa . Saya doakan bakal suami awak dapat terima semua ni " kata Dr.Siti . Reaksi Lisa ? Tak payah kata la , memang terkejut habis . Manik jernihnya langsung turun ke dasar pipi .
" Terima kasih doktor . Saya akan terus berdoa supaya saya boleh mengandung . Dan saya harap sangat bakal suami saya dapat terima ketidaksempurnaan saya ni " tiba - tiba kekura tangan Lisa diusap perlahan .
" Lisa , jangan cakap macam tu , kalau allah nak bagi rezeki anak dekat Lisa , insyaallah dapat . Walau Lisa tak boleh mengandung sekali pun . Semua manusia tak sempurna Lisa . Saya pun tak sempurna . Jangan kita anggap kita tak sempurna , bila kita tak boleh bagi zuriat dekat suami . Masing - masing ada rezeki masing - masing " kata Dr.Siti untuk menyenangkan hati Lisa . Lisa tersenyum , walaupun hati dia tidak boleh terima semua ini .

Lama Engku Is memanggilnya , Lisa masih melamun jauh . Entah apa yang Lisa fikirkan , Is pun tidak tahu . Dia tersedar dari lenanya , apabila Lisa mengusap pipinya . Sedar - sedar , Lisa tengah melamun .
" Sayang ? "
Lisa pandang tepat ke wajah Engku Is .
" Ye ? "
" Awak fikir pasal apa tu ? Sampai dari tadi saya panggil awak tak sedar . Fikir pasal mama and papa ? " pertanyaan Engku Is buatkan Lisa sedikit muram . Dia geleng dan senyum .
" Tak ada apa la " kalau boleh , dia mahu merahsiakan tentang hal itu . Dia tidak.mahu Engku Is kecewa dengannya .

Datin Ana sudah boleh keluar dari hospital . Dato Rahman pula masih dalam pantauan doktor .
" Lisa , Is maaf sebab susahkan kamu . Mama tak ada niat langsung nak ganggu kehidupan rumah tangga kamu berdua " ujar Datin Ana sebaik masuk ke dalam kereta . Sayu hati mereka berdua mendengarnya .
" Ma , jangan cakap macam tu . Lisa ni kan anak mama . Dah memang tanggungjawab Lisa dan Is untuk jaga mama . Mama , walau Lisa dah kahwin pun , mama tetap nombor 3 dalam hati Lisa " terang Lisa . Engku Is senyum pelik . Nombor tiga dalam hati Lisa ? Siapa nombor 1 dan 2 ?
" Siapa nombor 1 dan 2 ? " tanyanya cemas .
Meletus tawa Lisa dan Datin Ana .
" Nombor 1 , Allah . Nombor 2 , awak " jawab Lisa . Dia bukan sengaja mahu letakkan ibunya di tangga yang ketiga . Tetapi , syurga seorang isteri , di bawah telapak kaki suami selepas bernikah . Dia bukan lagi tanggungjawab Ibu dan Ayahnya . Tetapi dia tidak lupa untuk tetap.menjaga ibunya dan ayahnya . Bukannya , Engku Nia tidak mahu menjaga , tidak ! Tetapi , sudah beberapa hari dia duduk menjaga Datin Ana dan Dato Rahman dihospital . Bagi la dia berehat . Kesian dia .

Sebaik saja pintu pagar dibuka , Lisa dan Engku Is melihat Engku Nia yang sedang duduk meraung di luar rumah . Kenapa eh ?
" Awak , berhenti dulu la . Biar saya turun dulu . Saya nak pergi jumpa kakak " minta Lisa , Engku Is mengangguk tanda ok .
" Kak , kak kenapa ? " bahu Engku Nia disentuh lembut oleh Lisa . Risau pula dia melihat keadaan kakaknya .
" Abang Aqif .. " Engku Nia terus memeluk Lisa dengan erat . Kata - katanya tergantung . Apa yang dia cuba mahu katakan ?
" Kenapa kak ? Tenang ok . Cuba cerita slow - slow " pujuk Lisa .
" Abang Aqif , kena tangkap basah ! " jerit Engku Nia . Segera Engku Is meluru ke arah mereka berdua .
" Macam mana boleh kena tangkap basah pula ni ? " tanya Engku Is . Datin Ana keluar sendiri dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah . Dia tak larat nak join mereka bertiga . Luka tikaman masih lagi berbisa .
" Kakak tak tahu . Dia cakap dia nak keluar pergi beli barang , lepastu akak dapat call dia kena tangkap basah ! " sedu - sedu jawabnya . Dia cuba tahan esakkan , namun gagal .
" Astagafirullah . Akak sabar eh . Adik kenal Abang Aqif , dia bukan jenis yang macam tu . Mesti ada sesuatu yang terjadi . Kita jangan dengar sebelah pihak je . Kita dengar juga apa yang Abang Aqif nak jelaskan . Akak bawa bersabar ye " biasanya , Engku Nia yang akan buat dia tenang semula dan bersabar , kali ini , dia akan cuba buat yang sama kepada kakaknya .

Secawan air diserahkan kepada Engku Nia . Bagi dia bertenang dulu sepenuhnya , baru cerita . Yang Is dan Lisa betul - betul tak percaya , bila Engku Nia kata Abang Aqif ada perempuan lain .
" Kak , boleh akak cerita dekat kitaorang apa yang jadi sebenarnya ? " ujar Lisa perlahan . Datin Ana dan Engku Is sudah mengambil tempat untuk mendengar .
" Macam ni .. "

Pinggan diletakkan di dalam rak semula . Engku Nia menoleh apabila terdengar bunyi di atas . Oh , Aqif .
" Awak , nak pergi mana tu ? " tanya Engku Nia sambil mengelap tangannya yang basah . Aqif toleh dan senyum .
" Nak pergi beli barang kejap . Minyak wangi Abang dah nak habis . Sayang ada nak kirim apa - apa ? "
Engku Nia berfikir sejenak dan menggeleng .
" Kalau macam tu , abang pergi dulu la "
Engku Nia angguk .

Lama juga , Aqif keluar beli barang . Cawan air yang berada di atas meja dicapai . Haus pula tekak ni . Entah macam mana , cawan itu terlepas dari genggamannya . Jatuh berderai cawan tu . Engku Nia mengurut dada .
" Risau pula aku ni . Mana pula pergi si Aqif ni ? Takkan la beli minyak wangi lama sangat ? " katanya perlahan . Telefon yang berada di tangan berbunyi . Tertera nama , Mr.Husband di situ . Dia lega .
" Hello , abang dekat mana ni ? Lamanya beli barang " tanpa beri Aqif peluang bercakap , Engku Lisa terus banyak soalan .
" Sayang .. "
Mendengarkan suara lemah Aqif , buatkan Engku Nia berdebar .
" Abang , kenapa ni ? "
" Maafkan abang . Abang kena tangkap basah . Abang tak tahu macam mana abang boleh ada dekat hotel ni tiba - tiba "
Manik jernih mula turun laju .
" Abang kata abang pergi beli barang , macam mana boleh sampai hotel pula tiba - tiba ?! Abang tipu saya kan ?! Cakap abang ! " Jerit Engku Nia . Telefon yang tadi di genggam kemas , terjatuh ke lantai . Engku Nia duduk memeluk kaki .

Engku Is , Lisa dan Datin Ana tidak berapa puas hati dengan cerita Engku Nia . Kita tak boleh nak salahkan siapa - siapa sekarang ni .
" Kak , Is bukan apa la . Tapi , Is setuju dengan akak , kalau dia kata nak pergi beli barang , tiba - tiba dia dekat hotel pula . Mungkin ada penipuan dekat situ . Tapi , Is tak boleh nak salahkan Abang Aqif sepenuhnya . Mungkin dia kena khianat ke ? Kita tak tahu " terang Engku Is . Lisa dan Datin Ana angguk . Mereka setuju dengan Is
" Betul tu kak , mama kenal Aqif tu , dia bukan orang yang macam kakak cakap . Dia baik . Keluarga dia semua baik - baik . Akak pun kenal dia dari sekolah rendah lagi kan , takkan akak tak percaya dia ? " sampuk Datin Ana pula . Engku Nia meratap wajah Datin Ana .
" Tengok la , kalau Nia boleh hadap muka dia , Nia akan suruh dia jujur " dia mengesat manik jernih . Lisa dan Engku Is sudah tersenyum . Mujur la senang mahu memujuk .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience