Bab 28

Romance Series 8143

Lisa duduk memeluk bantal . Air matanya sudah membasahi bantal dan cadar . Pintu diketuk . Kelihatan Engku Nia yang sedang menatang bubur dan air untuk Lisa.
" Adik , makan la . Dah seminggu , adik tak makan . Tak lapar ke ? " tanya Engku Nia . Bubur diletakkan di atas meja . Begini la Lisa , kalau broken , memang akan jadi begini . Tidak mahu makan dan setiap malam pasti meracau.
" Adik tak nak . Adik tak lapar . Akak tolong keluar . Bagi adik peluang untuk bersendiri .. please " minta Lisa perlahan . Air matanya tak kering . Sentiasa turun .
" Dah seminggu dik . Jangan layankan perasaan tu . Pinggang adik tu sakit lagi kan . Akak suruh sapu ubat , urut adik tak nak . Kalau jadi apa - apa susah nanti . Move on je la dik . Kakak tak sanggup , nak tengok adik macam ni . Cukup la dulu adik merana sebab seorang lelaki " Lisa tak endah . Dia terus menangis , lagi dan lagi .
" Masalahnya kak , adik baru kahwin dengan dia kut ! Dah lama adik simpan perasaan ni . Rasa sayang , rasa cinta dekat dia . Tak pernah sekali pun adik cuba buang cuba jauhkan perasaan ni . Tak pernah kak . Senangnya dia ludah cinta adik . Senangnya dia buat adik macam tu . Maruah adik ni dipijak - pijak kak " tengking Lisa .
" Akak beruntung sebab akak jumpa lelaki macam abang Aqif tu . Orang yang pentingkan kepercayaan dan cinta . Tak pernah sekali pun , abang Aqif cuba nak tinggalkan akak . Akak cukup la . Biar la adik jaga diri adik . Akak tak payah sibuk lagi pasal adik . Adik dah puas . Dah puas susahkan orang " sambungnya lagi . Keluhan Lisa. buatkan Engku Nia menangis . Rasa bersalah mula timbul .
" Akak bukan busy body , tapi akak tak sanggup nak tengok adik macam ni . Akak tak kuat . Adik tu jantung kakak . Kalau adik lemah , akak pun lemah dik "
Laju Lisa memeluk tubuh Engku Nia . Dia memeluk erat tubuh itu . Terasa seperti dibuai mimpi .
" Adik makan ye " pujuk Engku Nia . Suka dia melihat Lisa yang kembali tersenyum .

Setahun sudah berlalu . Cepatnya rasa . Engku Nia bakal menimang cahaya mata pertamanya . Lagi 2 bulan saja . Mereka menyambut kehadiran bayi pertama Engku Nia di pantai . Dato Rahman sudah lama keluar dari hospital . Masing - masing gembira dengan kehidupan mereka sendiri .
" Kak , adik ingat adik nak sambung belajar la . Adik nak sambung belajar dekat luar negara " ujar Lisa sambil merenung air yang bergelora perlahan di hadapannya .
" Bagus la tu . Boleh cari jodoh orang putih ! " sakat Engku Nia . Lisa tergelak .
" Ish ! Adik tak fikir nak kahwin lagi . Biar la adik hidup seorang . Malas nak fikir pasal kahwin . Hidup seorang lebih seronok kan " katanya . Bahu Lisa dipeluk erat oleh Engku Nia .
" Akak tahu . Kehidupan lepas kahwin ni tak sama macam kehidupan sebelumnya . Bagi akak la kan , akak lebih suka kehidupan sebelum kahwin . Sebab tak payah nak fikir masalah , hal - hal rumah tangga "
" Tapi akak ni , pro dalam semua benda tau . Beruntung anak - anak akak dapat ibu macam akak " Kata - kata Lisa buatkan Engku Nia terharu . Dia juga beruntung dapat adik seperti Lisa ni . Walau tidak tahu apa kelebihan Lisa sebenarnya . Mereka sama - sama tergelak .
" Eh , Ilmi . Sini la " Sebut saja Ilmi , Lisa jadi trauma . Kenapa dia datang sini ? Kalau Is dia benci , satu keluarga Is dia benci !
" Kak .. " Lisa sudah menggenggam erat tangan Engku Nia apabila melihatkan Engku Is .
" Akak tak tahu , macam mana dia boleh ada dekat sini . Akak tak ajak pun " katanya perlahan . Lisa sudah mula menahan sedih . Sudah lama dia tidak tengok wajah Engku Is .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience