Bab 3

Romance Series 8143

Kalau diikutkan , mahu saja aku hempuk kakak . Dia yang ajak pergi Mall , tak sampai 1 jam dah kena balik . Dia tu tak apa la , dia ada ' boyfriend ' boleh la keluar . Ni yang single ni , macam mana ? Mama dan Papa pergi rumah Datin Ilmi , kononnya nak bincang tentang family day hujung tahun ni . Kenapa la hidup aku ni sendu sangat ?
Detik Lisa dalam hati . Dia ternampak sebuah kotak di bawah katilnya . Kotak apa tu eh ? Tak pernah nampak pun . Dia rendahkan badan , dan cuba capai kotak tersebut .
" Erghh ! Kenapa la kau duduk bawah katil aku ni ? " bersusah payah dia mahu capai akhirnya , dapat juga .
" Kotak apa ni ? " dia mengilap habuk pada permukaan atas kotak tersebut . Tiba-tiba rasa macam tengah buka kotak harta karun pula . Setelah dibuka , dia lihat ada beberapa keping gambar swafoto . Lama dibelek-beleknya . Tiba - tiba , matanya tertumpu pada sekeping gambar yang diterbalikkan di dalam kotak tersebut .
" Zarif , dengan aku " dia senyum sendiri . Itu gambar ketika family day keluarga Zarif dan keluarga Lisa . Masa tu diaorang bahagia sangat !
" Dik , nak pergi jumpa Abang Aqif tak ? Akak balik lambat ni . Risau kalau adik bosan ke lapar ke . Jom la kalau adik nak ikut akak " ajak Engku Nia . Lisa tahu mama dan papa dia tu kalau jumpa keluarga Datin Ilmi , mana nak ingat family dah . Mesti balik malam punya !

" Kakak balik malam juga ke ? "

" Tak sure la sayang . Kitaorang nak pergi makan je kot . Lepastu balik la . "

" Ermm . Lisa ikut la . Akak tunggu kejap eh "
Dia ke tandas membawa baju yang hendak dipakai . Engku Nia , duduk di bucu katil menunggu adiknya . Tapi sekelip mata , dia tertumpu pada sekeping gambar yang dipegang adiknya tadi . Gambar apa tu eh ? Dia capai gambar tersebut . Terkejut dia . Gambar ni .. tak boleh ada dalam tangan adik aku ! Tak boleh . Adik aku tu dah la susah nak move on . Nanti broken teruk dia ! Dia simpan gambar tersebut didalam kocek seluarnya . Dia tidak mahu adiknya kecewa hanya kerana seorang lelaki . Dia sayangkan Lisa . Dia tidak mahu apa - apa jadi pada adiknya .
" Kak , adik dah siap ni . Jom la turun . " sangat jelas riak wajah cemas Engku Nia . Membuatkan Lisa tertanya - tanya apa yang jadi .

" Kak ? Kak ok tak ? "

" Ermm . Ok . Kak ok . Jom la , takut Abang Aqif dah sampai "
Engku Nia turun dahulu , meninggalkan Lisa di bilik . Lisa pandang ke arah kotak tersebut .

" Mana pergi gambar aku dengan Zarif tadi ? Takkan terbang kot ? " dia muncungkan mulut .
" Lisa cepatt ! Abang Aqif dah sampai ni ! " jerit Engku Nia . Buatkan Lisa tersedar dan sedikit terkejut .

" Ye . Lisa turun la ni ! " balasnya .

Lisa harap sangat yang akak tak ambil gambar tu . Balik nanti , Lisa akan cari semula !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience