Bab 32

Romance Series 8145

Walaupun Lisa akan bernikah sekali lagi , wajahnya tetap kelat dari pagi . Dia hanya berdiam diri apabila Engku Nia memakaikan inai di jari - jarinya . Malam berinai ! Meriah pula .
" Adik , akak tak nak adik tunjuk muka kelat adik atas pelamin nanti . Jangan hancurkan harapan semua orang , ok ? Is berharap sangat kali ni , adik dan dia hidup bahagia . And please jaga suami adik "
" Dia bukan suami adik ! " tangan yang tadi diletakkan inai , terus digenggam kuat . Menyebabkan inai di tangan sudah mula comot .
" Adik ! " Engku Nia mengeluh .
" Kalau akak tak suka tengok adik macam ni , tolong batalkan akad nikah kami pagi esok . Beri adik masa untuk fikir semua ni ! Dulu akak cakap dengan adik , yang adik ni selfish . Tapi sekarang tengok siapa yang selfish ? Korang rancang perkahwinan ni , tanpa adik . Siap suruh cepatkan lagi . Well done ! Korang tak beri adik masa , masa untuk lupakan kisah lama . Cukup la , kenapa adik selalu diuji sebegini ? Cukup la ! Adik pun ada perasaan kak . Adik kecewa dengan korang semua ! " tegas Lisa . Kali ni , dia mahu pertahankan dirinya .
" Adik .. " rasa bersalah mula menyelubungi diri Engku Nia .

Lisa duduk di birai katil menghadap tingkap . Pintu bilik sudah dikunci . Dia mahu berseorangan . Shahir agak kecewa apabila mendengar berita tentang Lisa akan berkahwin . Lama dia menghilangkan diri . Lisa mengesat air matanya .

Aku tak kuat ya Allah . Aku tak kuat untuk menghadapi semua ni . Tolong aku ya allah .

Pintu bilik dikuak perlahan , Datin Ana melangkah masuk ke dalam bilik Lisa . Dia risau apabila pintu bilik anaknya dikunci , cepat - cepat dia cari kunci untuk membuka . Tiada bayang Lisa di dalam.bilik . Mana dia pergi ? Hati Datin Ana mula berdebar - debar .
" Ya allah !! " Datin Ana terduduk apabila melihatkan tubuh Lisa yang kaku terbaring di dalam bilik air . Di sebelahnya , ada sebotol ubat .
" Mama , kenapa ni ? " tanya Engku Nia cemas .
" Ad .. adik ! " tunjuk Datin Ana . Engku Nia juga turut terduduk , tetapi selepas itu bingkas bangun dan bergerak ke arah Lisa .
" Abang !!! " jerit Engku Nia .

Lisa masih belum sedar . Nampak gayanya , macam majlis akad nikah esok kena tangguh la maknanya .
" Dik , maafkan kakak dik , Kakak minta maaf sangat - sangat ! Bangun la dik . Akak setuju kalau adik tak kahwin dengan Is tapi bangun la ! " meraung Engku Nia . Padahal adiknya hanya pengsan .
" Awak , dah la tu . Biar Lisa berehat . Kita balik jom " ajak Aqif .
" Ish ! Awak nak balik , balik la . Saya tak nak " bentak Engku Nia . Kalau boleh dia mahu menjaga Lisa kali ini .
" Eh , kita pula dimarahnya " Aqif memuncungkan mulut .
" Adik tak nak kahwin !" terkejut Engku Nia dan Aqif . Lisa terjerit ke atau sengaja jerit ? Mereka mebelek - belek wajah Lisa .
" Adik ? adik ? " Engku Nia menampar perlahan wajah Lisa . Cepat - cepat Aqif menepis tangan isterinya itu .
" Awak ni , jangan la tampar dia . Dia baru nak sedar , bila dia rasa awak tampar dia , tak jadi nak sedar kang ! " marah Aqif .
" Ye la "
" Kak ! " jerit Lisa tiba - tiba . Lisa bangun dan terus memeluk erat tubuh Engku Nia .
" Hey , hey . Kenapa ni ? " tanya Engku Nia . Kepala Lisa diusap perlahan oleh Aqif dan Engku Nia .
" Akak , adik tak nak kahwin ! Tolong adik batalkan majlis . Please " rayu Lisa sebaik meleraikan pelukan itu .
" Akak , akan tolong adik . Akak tak sanggup nak tengok adik macam ni . Akak tolong ye "
Cepat - cepat Aqif menarik lengan Engku Nia .
" Sayang , jangan janji dengan dia . Malu mama and papa nanti " bentak Aqif . Wajah Engku Nia sudah mula berkerut .
" Ala , mesti la orang tahu adik masuk hospital and tak boleh teruskan majlis tu ! "
Aqif ketap bibir . Dia angkat tangan dan geleng .
" Saya tak terlibat eh " laju dia melangkah . Engku Nia geleng kepala .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience