Bab 24

Romance Series 8145

Hanya bunyi mesin saja yang menghuni wad Datin Ana . Dato Rahman pula di masukkan ke dalam wad ICU . Lisa dan Engku Nia sudah puas menangis sampai tertidur . Engku Is dan Abang Aqif duduk di kerusi luar wad . Kata doktor , Datin Ana masih ada harapan untuk hidup , kerana tikaman di bahagian perut tidak terlalu dalam . Manakala , Dato Rahman pula , mengalami pendarahan di kepala . Dan peluang untuk Dato Rahman hidup , sangat tipis . Apabila disiasat polis , kejadian itu baru saja berlaku subuh tadi . Hal ini sudah pun menjadi kes polis .
" Is , abang balik dulu la . Kak Nia tu , abang tinggalkan dia . Mesti dia nak duduk jaga mama dia kan . Kalau ada apa - apa call abang tau . Abang balik tak lama pun , lepas asar nanti abang datang semula ok " Aqif menepuk bahu Engku Is . Berkali - kali Engku Is meraup wajahnya . Dia takkan lepaskan orang yang cuba bunuh mertuanya !

Engku Is masuk ke dalam wad Datin Ana . Bosan duduk di luar . Mahu juga dia melawat mertuanya . Dia tertumpu pada sang isteri . Dia kasihankan Lisa , baru saja mahu berseronok , sudah dilanda derita kembali . Dia gosok perlahan kepala Lisa .
" Saya janji akan buat awak bahagia di kemudian hari Sayang "
Engku Is terus keluar . Bukan dia tidak risaukan Datin Ana , tidak ! Dia tahu , Datin Ana akan sembuh . Dia cuma mahu tengok keadaan isterinya saja .

Datin Ana masih tidak sedarkan diri . Lisa sudah terbangun dari tidurnya . Dia merenung wajah ibunya . Terpancar wajah yang tersenyum , walaupun menahan kesakitan . Dia gosok pipi Datin Ana perlahan . Ada manik jernih yang sudah bersedia untuk turun di matanya . Sekali lagi , Engku Is masuk . Dia duduk dekat dengan Lisa .
" Awak ... kenapa semua benda ni jadi dekat kita eh ? Sampaikan mama dengan papa kena tempiasnya ? Perkahwinan kita ni satu kesilapan ke ? Kenapa Allah uji kita dengan cara ni ? " tanya Lisa sayup - sayup . Engku Is pusingkan wajah Lisa supaya menghadapnya .
" Sayang .. hey .. hey . Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu . Kuatkan iman dan diri sayang . Insyaallah , sayang boleh terima semua ujian ni . Allah sayangkan kita , sebab tu Allah uji kita . Kita kena redha dengan ketentuanNya" Lisa sudah mengetap bibir . Matanya sudah mula , mengeluarkan manik jernih . Deras kali ini manik jernihnya turun .
" Awak .. tolong imamkan saya solat zuhur . Saya tak sanggup , tengok mama dengan papa macam ni . Saya nak doa banyak - banyak ! Tolong " Lisa sudah memeluk lengan Engku Is . Engku Is pun tak sanggup untuk menghadapi keadaan seperti ini .

Selesai solat , Engku Nia terus masuk ke dalam bilik solat . Engku Nia terus menarik tangan Lisa pantas . Kenapa ni ? Tercengang Engku Is dan Lisa .
" Kak , kenapa ni ? "
" Mama , mama dah sedar ! "
Berita yang mengejutkan Lisa dan Engku Is . Mereka saling berpandangan sambil tersenyum .
" Jom , jom "

" Mama nanti , bila mama dah ok sepenuhnya , mama ceritakan semuanya dekat kitaorang eh . Kitaorang tunggu tau . Polis tengah cari suspek sekarang ni " ujar Lisa sambil menggosok perlahan kekura tangan Datin Ana . Datin Ana hanya berdiam diri . Tetapi , air matanya mula mengalir .
" Tak perlu tunggu nanti , sekarang pun mama boleh beritahu . Tapi mama rasa , tak perlu kut mama beritahu . Sebab orang yang cuba bunuh mama and papa tu , Zarif " mereka yang berada di dalam bilik itu sudah menelan liur . Zarif memang berani buat apa - apa je . Asalkan dia dapat apa yang dia nak ! Zarif memang dah melampau .
" Tak apa mama , kitaorang akan kumpul bukti dari mama dan serah pada polis . Buat sementara waktu , mama kena stay dekat sini " balas Engku Is pula . Mata Datin Ana mula melilau mencari sesuatu .
" Mama , mama cari apa ? " tanya Lisa .
" Papa mana ? Mama tak nampak dia pun " Engku Nia dan Lisa sudah mula cemas .
" Papa ada ma , papa ok " Engku Nia mahu legakan hati Datin Ana , tetapi Datin Ana tetap berkeras mahu berjumpa dengan suaminya .
" Ma , stop it ! Papa ada . Dalam ICU " Kalau boleh , mereka tidak mahu memberitahu Datin Ana tentang keadaan Dato Rahman , tetapi kalau berkeras juga mahu tahu , terpaksa la .
" Haa ? Papa , ok tak ? "
Lisa dan Engku Nia terus memeluk tubuh Datin Ana .
" Insyaallah ma , kita doakan semoga papa sihat , ok " ujar Engku Nia . Sedih pula tengok anak beranak ni . Engku Is pula sudah mahu menangis . Jatuh air mata jantannya , kerana mertuanya ! Sekejap lagi , family abang Aqif dan family Engku Is akan sampai jadi dia mahu tunggu di luar .
" Is keluar dulu " dia tahu tiada siapa yang mendengar . Biar la . Kali ini sahaja dia dipalau .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience