Bab 14

Romance Series 8143

Dia tak boleh tinggal di sini . Dia tau , tarikh tiket pulang ke Malaysia , masih lambat . Dia sudah beli tiket yang lain . Buat apa lagi nak duduk sini kan ? Orang dah tolak layanan baik kita . Pulang ke rumah lagi bagus .
Baju - baju terus dicampakkan ke dalam beg . Malas dia mahu lipat ! Dia dapat flight jam 8 malam . Alang - alang dah petang , terus ke Airport la . Naik teksi je . Malas nak suruh mamat sebelah rumah ni hantar .

Apa yang aku dah buat tadi ? Kenapa aku bertindak kasar ? Dia tu perempuan , Is ! Perempuan ! Apa yang kau dah buat ni ?! Aku kena minta maaf . Ye aku kena !

Teksi sudah sampai , laju saja Lisa naik . Malas nak pandang - pandang rumah Is , takut Is perasan .

Is keluar setelah beberapa minit teksi Lisa bergerak . Dia tarik nafas yang panjang . Berharap agar Lisa tidak memarahinya lagi .

Maafkan saya Is . Saya tak dapat nak tolong awak bila awak balik Malaysia nanti . Maaf sebab tak beritahu awak saya nak balik Malaysia ni .

Dah macam , isteri yang merajuk dan keluar tanpa minta izin suami pula .

Panggilan tidak disahut , dah tekan loceng rumah banyak kali pun , masih tiada sahutan atau pintu dibuka . Engku Is tidak dapat bersabar lagi . Alang - alang pintu tidak dikunci , dipulasnya tombol pintu dan terus masuk ke dalam bilik Lisa . Tiada kelibat Lisa ? Dia buka almari pakaian Lisa , tiada ?!

Lambatnya mahu pukul 8 malam . Dia berharap sangat , Engku Is tidak datang ke Airport . Biarlah kali ni , dia mahu pulang dengan tenang . Kalau dia nampak Engku Is , pasti hatinya tidak tenang . Ye la Is tu kan jenis yang pandai memujuk , takut termakan kata - katanya nanti , tak jadi pula nak balik ke Malaysia .

Tepat jam 8 , Engku Is sampai di Airport . Lisa sudah naik kapal terbang . Malas mahu naik lambat - lambat . Engku Is cari bayang Lisa . Dia langsung tidak tahu , jam berapa flight Lisa . Mungkin sudah terlepas .

Engku Is meraup wajahnya berkali - kali , rambutnya digenggam kuat . Dia mula rasa bersalah . Habislah !

Perjalan pulang ke Malaysia mengambil masa yang lama . Dia sudah menghantar pesanan pada Engku Nia , supaya datang ke Airport mengambil dia . Engku Nia tidak bercakap banyak , dia hanya mengiya kan sahaja permintaan Lisa . Tapi , Lisa yakin , setelah sampai di Malaysia nanti , pasti dia perlu jawab soalan - soalan mama dan yang lain .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience