Bab 2

Romance Series 8143

Keadaan di Mall agak sesak hujung minggu ni . Kalau ikutkan Engku Nia , malas dia berjalan hari ini . Tapi disebabkan adiknya , Lisa yang paling dia sayang , dia bawa la juga .
" Kak , Lisa nak pergi kedai baju tu kejap " tunjuknya terus kehadapan . Engku Nia balas dengan senyuman .
Setelah Lisa masuk ke kedai , mata Engku Nia melilau ke celah - celah Mall . Entah apa yang dicarinya , tak tahu la . Eh ! lelaki tu .. Zarif ?! Engku Nia mula cemas . Dia tidak mahu Lisa nampak atau terjumpa Zarif sekali pun . Dia tak nak tengok adiknya kecewa lagi .

" Lisa ! Dah ke belum ?! "

" Aa .. kejap kak . Dah pilih baju dah ni . Tinggal bayar jer "
" Haaa , cepatlah ! "
Matanya masih tertumpu pada Zarif yang sedang makan di tingkat bawah .
" Haa kak , nak pergi mana ni , cepat - cepat ? " mata Lisa masih tertumpu pada baju yang dibelinya tadi . Dia lihat kakak dia macam tertumpu pada sesuatu . Dia pun , tundukkan kepala , nak tengok juga !

Laju kepala Lisa dinaikkan semula oleh Engku Nia .
" No way ! " Aikk ! Tiba - tiba je

" Kak , ada apa - apa ke ? Kenapa akak ni fokus betul tengok bawah ? " dia cuba untuk tengok , tapi sekali lagi kepalanya dinaikkan . Dia cuba tengok dengan menggunakan ekor mata , tapi ditegur pantas .

" Dah la ! Adik nak balik ! Makin stress adik dengan kakak ni " Lisa jalan tinggalkan Engku Nia di belakang .

" Akak buat demi kebaikkan adik " Engku Nia melepaskan keluhan berat .

Sampai di rumah pun , Lisa masih tidak bercakap . Dalam kereta tadi hanya bunyi radio yang menghuni kereta .
Sampai di rumah , Lisa langsung tak endahkan Datin Ana yang duduk bersandar di pintu , dia terus naik .

" Kak . Kenapa dengan adik tu ? " tanya Datin Ana .

" Tadi kat mall , akak ternampak Zarif . Tu yang akak bawa adik balik terus . Dia marahkan akak sebab dia nak tengok apa yang akak tengok , tapi akak tak bagi . Tu yang jadi macam tu "

" Tak apalah , mama faham " Engku Nia senyum tawar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience