Bab 15

Romance Series 8145

Lisa berlari anak menuju ke arah Engku Nia . Manik jernihnya mula turun .
" Kakak !! " tubuh Engku Nia mula dipeluk erat , kepala Lisa dilentokkan di bahu . Manik jernihnya mula turun dengan laju .
" Adik .. Kenapa ni ? Tiba - tiba je nak balik " Tanya Engku Nia sambil membelai Lisa . Risau dia .
" Adik rindu kakak dengan yang lain "
Engku Nia memegang kedua dua belah pipi Lisa . Dia tahu , adiknya menipu .
" Adik , jujur dengan kakak . Kakak kenal adik , bukan sehari dua je tau . Dah 22 tahun kakak kenal adik . Kakak tahu adik ada masalah " Lisa mula menangis dengan kuat . Tidak dapat lagi dia menahan . Sampai tersedu - sedu .

" Macam tu la cerita dia . Lisa tak nak stay lama - lama . Lisa takut . " Dia mengesat sedikit manik jernihnya yang jatuh ke dasar pipi .
" Kurang ajar betul dia tu kan . Dulu time kecik , bukan main lagi , tak bagi orang berkasar dengan Lisa . Sekarang ni , dia pula yang berani buat macam tu dekat adik . " geram dibuatnya ! Engku Nia pun tak pernah bertindak kasar dengan adik dia , kalau setakat marah - marah tu biasa la .

Banyak baju yang dibelinya . Sampai tidak muat almari . Lisa nampak , Engku Nia lalu di hadapan biliknya .
" Kakak ! " Engku Nia menoleh .
" Apa ? " Lisa melambai .Tanda isyarat tu ialah .. setiap kali salah seorang dari mereka pergi bercuti , pasti akan ada cendramata . Dan apabila pulang , beri isyarat tersebut . Engku Nia senyum . Terus lompat ke atas katil . Sampai bergoyang katil dibuatnya .
" Apa adik beli ? "
" Baju !!! Akak boleh pakai waktu date "
Engku Nia muncungkan mulut . Bukan dia tidak suka tapi ..
" Adik , akak ni dah nak kahwin tau . Baju takat atas pusat je buat apa ? Nanti , dosa akak abang Aqif tanggung . Kesian dia "
Tengok pun dah tahu . Baju itu jenis yang menutup dada sahaja .

Lisa renungnya tajam .
" So , bila nak pakai tudung ? " adumakk !
" Adik ni !! Nanti slow - slow la kakak pakai . Ish sibuk je hal orang ". Lisa tersenyum . Tangannya sudah melekat di bahu Engku Nia .
" Elelele . Merajuk pula , bakal pengantin ni . Alololo "
" Hmphh . Akak ni dah nak kahwin , lagi seminggu je majlis . Adik tu bila nak ada calon ? "

" Kalau boleh , Lisa tak nak la fikir fasal kahwin . Lisa nak kerja , jaga mama papa . Lisa dah penat kak dengan semua permainan lelaki " Lisa merenung baju yang diberi oleh Engku Is .
" Tak semua lelaki macam tu dik . Adik kalau nak pilih suami , adik pilih yang setia and jaga solat . Jaga hubungan dengan Allah " belakang Lisa ditepuk perlahan oleh Engku Nia

" Adik sayang kakakk " Dia bersyukur dapat kakak seperti Engku Nia . Dia betul - betul bertuah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience