Bab 27

Romance Series 8143

Satu jam sudah berlalu , Aqif datang ke rumah Datin Ana untuk memujuk Engku Nia . Engku Nia pula sudah terlelap sebelum Aqif sampai . Kena tunggu la maknanya .
" Bang , maafkan kitaorang kalau abang rasa macam kitaorang ni busy body dengan hal rumah tangga abang . Boleh adik tanya sikit ? "
Abang Aqif sudah pandangnya dengan pandangan yang redup . Kasihan pula tengok wajahnya itu .
" Cakap la . Abang tak kisah "
" Boleh abang jujur , sebenarnya abang pergi mana tadi ? "
Aqif terdiam . Cawan minuman di letakkan di atas meja .
" Sebenarnya , abang pergi .. pergi jumpa kawan lama abang . Perempuan . Tapi sebelum tu , dia cakap ada kawan abang yang lain . Abang fikir abang nak join la . Bila sampai dekat sana , kawan perempuan abang tu je ada . Lepas tu , abang duduk je la minum - minum . Sedar - sedar dah ada dekat hotel " terang Aqif . Wajahnya nampak lesu . Lisa dan Engku Is saling memandang satu sama lain
" Baikla . Nanti bawa perempuan tu datang sini . Kita bincang ramai - ramai " minta Lisa .
" Terima kasih korang , sebab percaya abang "

" Awak tipu . Saya tak nak percaya awak ! Biar saya duduk rumah mama sampai bila - bila "
Lisa dan Engku Is hanya memandang saja mereka berdua . Ni bukan merajuk , ni mengada ! Geram je dengan Engku Nia ni .
" Kak , jangan mengada boleh tak ? Yang akak nak moody ni kenapa ? Abang Aqif dah minta maaf dah pun . Lagipun ,bukan dia kahwin dengan perempuan tu . Dia dah bayar saman . Biar la yang malu tu perempuan tu seorang je " sampuk Lisa . Engku Nia pandang Lisa dan jegilkan matanya .
" Betul apa kata adik tu . Saya dah bayar saman dah . Buat apa awak nak risau . Saya tak kahwin dengan perempuan tu . Tolong la maafkan saya " pujuk Aqif lagi . Sumpah dia tak buat benda tu !
" Habis tu , macam mana awak boleh ada dekat hotel pula ? "
" Saya tak tahu ! Demi allah ! Saya minta maaf sangat - sangat . Saya tak ada niat nak kecewakan awak " Aqif menggenggam erat tangan Engku Nia .
" Betul ni ? " kalau dah tanya tu , maknanya , dah ok la tu .
" Betul , kalau awak tak percaya , awak tanya tauke kedai makan tu . Sumpah saya tak buat ! Pemilik hotel tu ke . Tanya je saya tak kisah " kejap . Cakap pasal kedai dan hotel , CCTV ! Tak pernah terfikir untuk cek semula CCTV .
" Abang , akak jom ikut saya ! " ajak Engku Is .
Mereka terkejut dan terus bergegas masuk ke dalam kereta . Lisa pelik . Tapi biarla . Mungkin suaminya itu , ada rancangan

Macam mana aku nak cakap dengan Is eh ? Mesti dia marah , sebab aku tak boleh mengandung . Eish ! Tak ada la . Kata sayang , buat apa nak marah kan ? Tak .. tak . Jangan fikir negatif . Is sayang kau Lisa . Is sayang kau .
Desis Lisa perlahan . Dia risau kalau Is tinggalkan dia kerana dia tidak boleh mengandung . Susah nanti .
Kedengaran bunyi kereta memasuki ke perkarangan rumah . Mesti Is ! Lisa turun untuk menyambut kepulangan Engku Is . Entah kenapa dia rasa seperti mahu menyambut Is pulang .
" Awak ! " baru saja mahu memeluk tubuh Engku Is , Engku Is sudah menolaknya kuat . Sehinggakan Lisa terjatuh . Punggungnya terhentak kuat . Sakitt !
" Aw .. awak . Kenapa dengan awak ni ? " tanya Lisa sambil memegang pinggangnya . Sakit sangat !
" Berani kau tipu aku kan ? Aku ni suami kau tau ! Kenapa kau buat aku macam ni ? Apa dosa aku pada kau ?! " tengking Engku Is . Lisa terkejut .
" Apa maksud awak ? Saya tak tahu apa - apa pun . Explain dekat saya , apa yang saya dah buat sampai awak marahkan saya . Explain Is ! " tengking Lisa kembali . Mata Engku Is sudah merah menahan marah .
" Kau dengan Zarif , pernah .. pernah .. " Susah untuk Engku Is menyebutnya . Lisa tidak boleh sabar . Dia lantas menjerit .
" Pernah apa ?! "
" Pernah bercium kan ! " mahu gugur jantung . Tubuh terasa lemah sangat .
" Kenapa ? Betul la apa yang saya cakap ? Betul ?! "
" Awak , saya tak buat semua tu awak , masa tu saya kena .. kena goda . Saya tak tahu macam mana saya boleh terjebak sekali . Maafkan saya awak " Lisa sudah ingat kejadian yang berlaku antara dia dan Zarif . Masa itu , mereka bertembung di mall , selepas itu , terus berjumpa . Tapi , hanya sekali Zarif menciumnya itupun hanya di pipi . Tepat bibirnya berada di pipi . Yang dia perasan , kawan Zarif ada memegang kamera waktu itu . Hanya sekali !
" Kau ni memang perempuan tak guna ! " layangan tapak tangan mendarat tepat di pipi Lisa . Ya allah sakit sangat ! Punggung dan pinggangnya juga masih sakit . Tak tahu la kenapa sakit sangat pinggang ni .
" Aku tak nak jumpa kau lagi . Aku nak ambil baju aku , aku nak balik "
" Kalau macam tu ceraikan saya . Kut la kalau awak dah jijik dengan saya . Ceraikan saya ! " pinta Lisa tersedu - sedu menahan air matanya .
" Kau betul - betul cabar aku ? Boleh , aku boleh ceraikan kau . Mulai dari saat ni , Arlisa binti Rahman , aku ceraikan kau dengan talak 1 " betul - betul Engku Is lafazkan kata cerai kepada Lisa . Lisa terduduk dan menangis . Buatkan punggungnya lebih sakit .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience