Bab 25

Romance Series 8143

Keluarga Aqif dan keluarga Datin Ilmi sudah berkumpul ramai - ramai di kafe hospital . Mereka sedang menunggu kehadiran Lisa dan yang lain sahaja . Ada benda yang untuk dibincang .
" Haa tu diaorang "
Lisa dan Engku Nia datang dengan keadaan lemah . Tapi tetap tersenyum .
" Lisa , Nia duduk la " pelawa Asliah ibu kepada Abang Aqif . Mereka beruntung dapat keluarga mertua yang baik dan caring .
" Mama dengan papa macam mana ? " tanya Datin Ilmi .
" Mama ok . Papa je yang masih kritikal . Doktor kata , kalau dalam minggu ni papa tak sedar juga , doktor nak tutup mesin bantuan hidup . Sebab harapan untuk papa hidup tipis sangat sekarang ni " jelas Engku Nia . Masing - masing terkejut dengan berita itu . Lisa sudah mula menunduk menangis .
" Kita doakan semoga papa cepat sedar dan sembuh . Mommy tengok mama tu pun macam tak boleh terima keadaan papa sekarang ni "
" Sayang , dah . Jangan menangis lagi " Engku Is memeluk bahu Lisa yang dari tadi hanya berdiam diri . Lisa angkat kepala .
" Lisa macam tak percaya . Zarif yang buat semua ni . Dia dah kena tumbuk banyak kali , sampai berdarah - darah pun boleh lagi buat macam ni ? " tersedu - sedu dia mahu mengeluarkan ayat - ayat .
" Saya dah pergi balai tadi . Polis kata Asliah . upah orang untuk bunuh . Zarif tu dalang dalam kes ni . Tapi sebelum orang upahan Zarif tu cuba bunuh mama and papa , Zarif datang ugut . Bila mama and papa tak nak buat apa yang Zarif minta , Zarif beri arahan untuk hentak kepala papa . Mama terkejut . Mama cuba nak selamatkan papa tapi mama yang kena tikam " jelas Engku Is . Itu maklumat yang dia kumpul dari mama dan siasatan polis . Zarif memang tak mampu untuk buat benda itu seorang diri . Jadi dia upah orang untuk bunuh Datin Ana dan Dato Rahman . Lisa genggam kuat tangan Engku Is . Dia tak kuat ! Engku Nia pula sudah merengek di bahu Abang Aqif .
" Mama doakan semuanya baik - baik " ujar Asliah . Suasana yang dari tadi penuh dengan kesedihan , dikejutkan dengan berita yang diberitahu Nurse . Sampai ke sini , Nurse datang untuk sampaikan berita .
" Maaf menyelit , saya nak maklumkan , Dato Rahman sudah stabil dan separuh sedar " apa lagi , makin meraung la Lisa dan Engku Nia . Alhamdulillah ! Semua bergegas bangun bergerak naik ke wad ICU .

Lisa dan Engku Nia memeluk tubuh Datin Ana yang sedang duduk di kerusi roda . Doktor sedang cuba untuk periksa keadaan Dato Rahman . Harap - harap la keadaan memihak kepada mereka .
" Setakat ni , Dato Rahman dan berada dalam keadaan stabil dan dia masih perlukan masa untuk sedar sepenuhnya . Dan jika dia sudah sedar sepenuhnya , baru kami akan pindahkan dia di wad biasa "
Mengalir air mata kegembiraan Datin Ana . Dia tak kuat kalau suaminya tinggalkan dia . Sungguh dia tidak kuat ! Dia bersyukur Allah masih berikan peluang untuk dia bersama dengan suaminya . Kuasa allah .

" Awak , jom kita balik . Dah lama awak tak balik rumah ni . Mama dengan papa kan dah stabil . Esok saya bawa awak datang sini lagi . Kak Nia pun dah nak balik esok . Gilir - gilir jaga " ajak Engku Is . Lisa memandangnya . Wajahnya tampak sayu .
" Kalau Zarif datang sini , lepastu bunuh family saya macam mana ? " katanya tanpa bertapis . Dia tidak mahu benda yang sama berulang .
" Saya dah bagitahu nurse dan security , jangan bagi Zarif masuk hospital ni . Dah tunjuk dah pun gambar Zarif dekat diaorang "
Lisa menghela nafas lega . Mujur la dia dapat suami macam Engku Is ni .
" Erm . Kalau dah awak cakap macam tu , saya ikut la awak balik "
" Buat masa ni , kita duduk rumah mommy . Saya pun dah upah orang untuk jaga kawasan rumah mommy . Security pun ada " kata - kata Engku Is buatkan Lisa tersenyum .

Lega rasanya dapat mandi ! Selama dia duduk di hospital , dia tidak pernah mandi . Hanya sembur minyak wangi saja pada pakaiannya . Lisa layangkan tubuh di atas katil yang empuk itu . Setiap kali pulang ke rumah mesti penat . Setiap malam pasti penat . Lisa duduk di birai katil . Memikirkan tentang hal dia dan Engku Is .

Rasa - rasa la kan , Is ok ke kalau aku mengandung awal ? Tak ke dia rasa pelik ? Ish ! Tak payah la fikir .
Detiknya dalam hati . Dia bukannya mengandung . Dan dia masih belum pernah disentuh siapa - siapa pun . Walhal dia pun masih belum pernah 'bersama' Engku Is . Dia gelengkan kepala . Tak mahu la dia fikirkan tentang itu . Geli - geleman !
" Good morning , my baby ! " Engku Is turun dan terus meluru ke arah Lisa yang sedang duduk menikmati sarapan paginya . Dia titipkan satu kucupan di dahi Lisa . Terkejut Lisa dibuatnya ! Belum pernah lagi mereka bercium - cium walau sudah halal .
Wajah Lisa sudah mula memerah . Malu la . Semua mata memandang . Lisa larikan ekor mata ke arah Datin Ilmi . Ohh ! Suka eh !
" Duduk la . Awak nak makan apa ? Saya isikan . Nak roti jala ke , nasi goreng ? " pinggan untuk Engku Is sudah dipegangnya . Engku Is muncungkan mulut ke arah roti jala .
" Siapa yang masak roti jala ni ? Macam sedap je ? " tanya Engku Is sambil menyuap roti jala itu ke dalam mulut . Memang sedap !
" Siapa lagi kalau bukan isteri kesayangan awak tu " sampuk Datin Ilmi . Suka dia tengok wajah malu - malu Lisa .
" Sayang pandai masak ! Tak sangka saya ! "
" Eh dah kahwin kena la panggil abang . Baby sayang ke . Kan helok tu ! " aduih ! Makin malu Lisa . Dia hanya pamerkan senyuman di wajah . Diam lebih baik kut .
" Tu la daddy . Orang sebelah ni haa . Tak nak guna panggilan tu "
" Awak ni ! " Lisa mencuit pinggang Engku Is . Biarla ! Datin Ilmi nak cakap apa pun . Janji puas . Anak beranak sama je , suka mengusik !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience