Tidur Safa diganggu dengan bunyi bising.Dia mengambil bantal dan menekup telinganya.
Tapi bunyi itu terlalu bising.Dengan hanya berseluar pendek dia bingkas bangun dari katil.Dengan muka mamai berjalan ke arah pintu.
Pintu dikuak terus bunyi yang kuat itu semakin kuat.Seolah-olah rumah ni ada speaker.
"Apa Elina main Ni?"soal Safa sambil menggaru lehernya dan melangkah turun tangga.
Dia mencari kelibat Elina tapi tak ada pun.Bunyi kuat itu datang dari speaker di ruang tamu.
Dia mengambil alat kawalan jauh dan ditutupnya.Dia menuju ke arah sofa.Dan membaringkan badan sekali lagi.Rasa ngantuk belum hilang.
Baru dia mahu lelap, bunyi bising itu muncul kembali.Dia bangun dan tergelak ada suara orang tergelak-gelak.Mesti Elina mahu mengenakan dirinya.
Dia pergi ke belakang speaker terus dicabut wayarnya sebelum berjalan ke arah tangga.Dia berlanggar dengan seseorang yang turun dari tangga atas.
Tanpa sengaja dia memeluk pinggang gadis itu supaya tidak jatuh tersembam.
"Sorry...saya tak nampak..." Safa terhenti disaat mata itu merenung tepat ke anak matanya.
Bibirnya kering tidak mampu untuk senyum.Lidahnya kelu untuk berbicara.Tangannya terus dilepaskan.
Dia mimpi atau betul-betul gadis itu berada didepannya.
Dia memandang tidak berkelip.
"Safa Kenapa Ni?"soal Marwah sambil melambaikan tangan diawang-awangan.
"Apa awak buat dekat sini?"ucap Safa dengan berkerut dahi.
"Saya datang nak jumpa awak"jawab Marwah.
Aahhh??? Nak jumpa aku?.Asal nak bagitahu pergi honeymoon ke?.
Safa baru tersedar sesuatu.Ia dia tak berbaju terus dia berlari menaiki tangga menuju ke arah biliknya.
Marwah tersenyum nipis.
********
"Umi.... Safa pergi tengok rumah kejap"ucap Safa menyarung kasutnya.Lalu pintu kereta dibuka.Dan hampir dia mencarut kerana terkejut dengan Marwah yang duduk disebelahnya.
Dadanya diurut perlahan.Butang enjin ditekan.Dia memandang Marwah yang tersenyum memandangnya.
"Kejap awak buat Ni?.Awak tak takut ke suami awak nampak kalau berdua-dua Ni"ucap Safa.
"Tak saya takut.Siapa nak marah saya?"soal Marwah.
Safa menaikkan keningnya.
"Awak tak boleh macam ni.Saya tak nak digelar penyondol.Panggilan pun dah buruk.Pastu awak buat macam ni.Dahlah keluar dari kereta saya"ucap Safa menggelengkan kepalanya.
"Tak nak saya nak ikut awak"ucap Marwah degil lagi sambil memeluk tubuhnya.Safa menjengilkan mata.
Safa memusingkan badannya menghadap Marwah.
"Awak dah kahwin.Jangan derhaka dengan suami.Syurga awak suami awak.Saya ni cuma kawan awak je.Please tolong keluar dari kereta saya"ucap Safa lembut.
Marwah mencebikkan bibir.
"Betul awak tak nak dekat saya?"soal Marwah.
Safa mengeluh perlahan.Penghawa dingin dalam keretanya pun tidak terasa sejuk.
"Marwah...saya hanya masa lalu awak aje.Hiduplah dengan masa awak sekarang ni.Saya tak nak harapkan apa-apa daripada awak.Dan saya takkan halang awak dari jumpa Elina"ucap Safa memandang tempat lain.
"Walaupun saya tak jadi nikah dengan ilyas.Awak tetap takkan terima saya?"ucap Marwah.
Safa berpaling laju.Dia salah dengar atau itu cuma dalam fikirannya.Safa terdiam dan masih tak dapat tangkap maksud Marwah.
"Saya tanya awak ni.Awak takkan terima saya walaupun saya tak kahwin dengan Ilyas"ucap Marwah sekali lagi.
Marwah geram betul dengan Safa.Dia terus keluar dari kereta.Safa turut keluar dari kereta menuju ke arah Marwah.
Lengan Marwah dipegangnya.
"Kejap apa.... maksud awak..tak jadi...kahwin dengan Ilyas?.Semalam saya rasa awak dah nikah dengan dia?"soal Safa.
Marwah tersenyum nipis.
**********
Ilyas menggengam tangan tok kadi rapat.Dia memandang wajah Marwah yang menunduk.
Dia menarik semula tangannya.Semua memandangnya.Dia bingkas bangun dari duduknya dan menarik tangan Marwah keluar dari rumah.
Marwah hanya mengikut langkah kakinya.Sampai ditepi kolam renang Ilyas melepaskan pegangan.
"Kenapa ni awak?.Ada masalah ke?"soal Marwah.
Ilyas menggelengkan kepalanya.
"Marwah saya rasa keputusan yang saya buat salah.Saya buat solat istikharah untuk dapat jawapan.Dan saya dapat jawapan tu.Tapi saya cuba yakinkan diri saya yang awak ni jodoh saya.Tapi saya tak nak sakitkan awak"ucap Ilyas.
"Kejap awak, apa yang buat Ni?"soal Marwah.
"Sebelum ni saya sangka Safa akan rampas awak dari saya.Tapi saya silap yang sebenarnya rampas awak adalah saya.Saya boleh nampak awak cintakan Safa lebih daripada saya, Marwah"ucap Ilyas.
Marwah hilang kata-kata.Lututnya lemah rasa mahu jatuh.
"Marwah....saya mengaku saya tak boleh jaga awak macamana Safa jaga awak.Kalau saya kahwin dengan.Saya tak mampu nak jaga awak.Saya takkan ada sentiasa dengan awak.Saya takkan ralat kalau perkahwinan ni tak jadi"ucap Ilyas.
Dia mendekati wanita yang pernah berada dalam hatinya itu.
"Saya boleh nampak Safa ikhlas dengan awak.Sebagai lelaki bagi saya Safa adalah orang yang hebat sebab sentiasa lindung cinta dia walaupun tak dapat memilikinya.Awak bertuah sebab Safa cintakan awak sepenuh hati dia"ucap Ilyas.
"Tapi awak dengan saya...."ucap Marwah.
"Saya dengan awak hanya sebuah perjalanan.Bila tiba masanya salah seorang daripada berhenti daripada perjalanan tu atau mungkin kita takkan ikut jalan yang sama"ucap Ilyas.
"Macamana dengan yang lain?.Apa saya nak cakap?"soal Marwah.
"Saya akan jelaskan pada mereka.Saya nak awak kejar balik cinta awak.Cinta yang nantikan selama ni.Saya akan sentiasa sokong awak walau jauh beribu batu"ucap Ilyas memegang bahu Marwah.
Marwah mengalirkan airmatanya.Dia menundukkan kepalanya.
Ilyas menenangkan dirinya.Harini ini sahaja dia sudah buat dua orang lelaki menangis kerananya.
"Saya cuba hubungi Safa.Tapi tak angkat mungkin dia tak nak dengar pasal perkahwinan ni"ucap Ilyas.
Marwah memandang arah rumah Safa.
*********
Marwah menunjukkan jari jemarinya pada Safa.
Betul tiada cincin pada jari Marwah.Bermakna betullah Marwah tak jadi kahwin dengan Ilyas.
"Kenapa diam?.Tak suka?"soal Marwah bercekak pinggang.
Safa mengeluh sedikit.Dia berpaling dan berjalan ke arah keretanya.Marwah menarik tangan Safa.
"Kenapa awak diam?"soal Marwah pada Safa.
"Saya rasa saya mimpi aje"ucap Safa.Marwah geram terus dia tampar lembut wajah Safa.
Dia terasa sakit pada pipinya.Dia memandang wajah Marwah yang nampak tenang.
"Kenapa awak buat macam ni?"soal Safa menggosok pipinya.
"Saya cuba sedarkan awak daripada mimpi"
Dia melihat jam ditangannya.Dia sudah terlambat.
"Saya dah lambat.Saya janji dengan kontraktor"ucap Safa pada Marwah.
"Saya ikut awaklah memandang saya cuti"ucap Marwah.
"Tempat saya pergi ni banyak habuk.Nanti awak gatal-gatal"ucap Safa
"Saya tak kisah pasal habuk.Lagipun saya ni dah penat kejar cinta awak selama dua belas tahun ni"rungut Marwah sambil mencebikkan bibir.
Safa menggosok belakang tengkuknya.
*********
Satu tendangan tepat pada perutnya.Dia terjatuh ke jalan raya.
"Aku nak kau bayar duit aku dalam masa seminggu.Kalau tak aku akan pastikan kau jadi arwah.Masa mula kau pinjam bukan main lagi kau janji.Sekarang liat betul kau nak bayar balik"ucap lelaki berbadan tegap itu.
Kata-kata amaran untuk Zach.Perutnya sakit kerana tendangan itu.
"Aku bayar nanti.Kau tunggu je aku datang"ucapnya
"Aku simpan kata-kata kau.Kalau tak siap kau aku kerjakan"ucap lelaki itu terus berlalu meninggalkan dirinya.
Dia merapatkan dirinya pada keretanya.Aku kena cepat bertindak untuk dapatkan Elina.Itu saja cara untuk dia terlepas daripada cengkaman Ah Long tak guna tu.
Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kakinya ke rumah Safa.Sampai-sampai Safa menghulurkan topeng muka untu mengelakkan habuk.
Dia mengikuti langkah Safa ke dalam.Rumah apartment yang sedang diubah suai itu dipandang sekeliling.
Lengan baju Safa ditarik perlahan.Lelaki itu menoleh padanya.
"Kenapa?"
"Awak nak ubah suai rumah awak untuk apa?"soal Marwah.
"Saya dah jual rumah ni.Dan pemilik baru minta saya ubahsuai ruang rumah untuk dia"cerita Safa.
"Habis...awak...jual rumah ni.Dan sekarang awak tak ada rumahlah?"soal Marwah.Safa tergelak kecil.
Dia mendekati Marwah dan membisikkan sesuatu pada telinga Marwah.
"Maksud awak..rumah kita?"
Marwah memandang wajah Safa yang tersengih itu.Liur ditelan perlahan.
"Jangan risau saya dah beli lain.Rumah taman perumahan sesuai untuk keluarga.Insyallah rumah tu pun akan siap tak lama lagi"ucap Safa terus berjalan ke arah ruang dapur.
Marwah tersenyum penuh.Dia rasa merah padam mukanya sekarang.
Share this novel