BAB 4

Short Story Completed 43158

Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, dia dikejutkan dengan kemunculan Safa yang tiba-tiba.Mata terkebil-kebil memandang pada Safa yang berpeluh.Gaya macam orang baru balik jogging.Liur yang ditelan pun terasa kelat.

Apa lagi nak jadi?.....

"Boleh sembang kejap?"

"Hah? Sembang? Pasal apa?"

Safa tersenyum.

"Sini...."Safa berdiri tidak jauh dari Marwah.Marwah hanya berdiri jauh sedikit takut kalau apa-apa dia boleh lari masuk dalam.Safa hanya tersenyum memandang Marwah yang teragak-agak mendekati dirinya.

"Jangan takut saya cuma nak tanya khabar je?"

Selama dua belas tahun baru nak tanya khabar.Baik tak payah, Marwah menjeling menyampah dengan sikap ambil berat tiba-tiba Safa.

"Saya sihat alhamdulilah.Nampak macam saya tak sihat ke?"soal Marwah sambil memeluk tubuh.

"Nampak awak sihat.Saja tanya ialah lama kita tak borak.Sejak awak pergi Jepun rumah ni kosong je.Terasa rindu pulak"

Marwah memalingkan mukanya.Dia agak tidak selesa sedikit.

"Saya dengar awak tengah cari tempat posting betul ke?.Kalau awak nak saya temankan cari boleh je.Setakat sini apalah sangat.Mana tahu awak lupa jalan sini"soal Safa lagi.

"Hah?" bola mata Marwah macam nak jatuh ke riba.Teman?. Bukannya Safa tak nampak aku layan dia macam nak tak nak je.

"Takpe saya boleh buat sendiri.Lagipun almost dua belas tahun saya hidup dekat Jepun tu saya berdikari.Tak perlu pertolongan awak"

Safa merenung wajah Marwah.Jelas gadis itu masih mempunyai amarah kepadanya.Kalau tidak mesti dia senang terima pelawaannya.

"Cakap jelah awak tak tahu.Saya boleh temankan lagipun bukan berdua dengan Elina sekali.Jadi tak ada istilah berdua-duaan"ucap Safa tenang.

"Saya tak nak timbul fitnah.Lagipun awak tu suami orang.Jadi better awak jauhkan diri awak dari saya nanti kalau Nayla marah macamana.Bukan ke awak cinta sangat dengan dia?"

Sebaik sahaja Safa jatuhkan kepala.Marwah ketap bibirnya.Benarlah Safa tak pernah berubah sedikit pun.Kalau betul dia ambil berat tentang ku mesti dalam tempoh dua belas tahun.Dia memujuknya.

Safa tersenyum.

"Betul ke awak ni dah boleh terima semuanya?"soal Safa yang serkap jarang.Marwah memandang wajah Safa yang mendekati dirinya.

Dia memalingkan badannya terus masuk ke dalam rumah.Malas mahu bertegang urat dengan Safa.Buat spoil mood je pagi-pagi.

Safa mengangkat keningnya.

Kakinya melangkah laju masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu.

"ishh....benci aku dengan kau tau" marah Marwah sambil menghempas punggung di atas kerusi.

Dia menumbuk-menumbuk bantal dikerusi.Puan Nor menggelengkan kepalanya melihat anak daranya itu.Ni mesti baru lepas jumpa dengan Safa.

"Kesian bantal ibu tu ditumbuk-tumbuk"ujar Puan Nor.

Marwah memandang wajah ibunya yang berkerut melihatnya.

"Ibu Marwah menyampah tengok muka dia tau.Buat-buat baik konon.Ingat dah matang rupanya sama aje"ucap Marwah.

"Jangan terlalu benci orang sebabkan masa lalu dia.Kadang kita nampak kita lebih menderita tapi kita tak tahu cerita dia macamana?. Entah-entah dalam dua belas tahun tu cerita dia lagi sedih dari Marwah?"ucap Puan Nor.

Marwah terdiam seketika dengan kata-kata ibunya.

********

"Cucu nenek datanglah"ucap Puan Nor menyambut kehadiran Elina ke rumahnya.Lebih seminggu dia tidak berjumpa dengan cucu angkatnya itu.

Elina turut memeluk tubuh Puan Nor erat sambil bersalaman.Marwah yang baru turun dari tangga terdengar orang bercakap riuh dimuka pintu.

Seperti suara Safa bercakap tapi dia hanya memerhati dari tangga.Pintu rumah ditutup Puan Nor.

"Jom Elina ikut nenek pergi dapur.Kita buat cupcake harini"ucap Puan Nor sambil mencuit pipi Elina yang gebu itu.

Puan Nor memegang tangan Elina menuju ke dapur.Tapi dia berhenti di tangga sebaik sahaja Elina melihat wajah Marwah yang sedang memerhatinya.

Marwah memandang belakangnya.Rasanya tak ada apa dekat belakang badannya.Kenapa budak ni asyik betul memandangnya dari semalam lagi?.

Elina terus meluru ke arah Marwah sambil memeluk kakinya.Nasib sempat dia memegang tangga kalau tidak mungkin dia sudah jatuh.

Puan Nor menutup mulutnya dengan tangan terkejut dengan tindakan Elina yang memeluk Marwah.

Setahu dia Elina orang yang susah nak rapat dengan orang baru.Marwah cuba mahu melepaskan tangan budak kecil itu tapi kuat kudrat budak bernama Elina itu memegangnya.

"Ibu...ibu"ungkapan itu terkeluar dari mulut Elina.

Marwah memandang wajah Puan Nor.Dia hanya mampu tersenyum sahaja dengan Marwah yang gelabah.

Elina mendongak memandang wajahnya.Dia tersenyum manis sambil memegang tangan Marwah.

"Ibu...jom..."ucapnya menarik tangan Marwah ke dapur.

Marwah memberi isyarat mata agar Puan Nor mengambil budak yang memegang tangannya ini.Tapi Puan Nor hanya membiarkan sahaja.

Sampai ke dapur Elina menarik tangannya.

"Okay harini Nenek nak buat cupcake untuk Elina.Dibantu oleh Aunty Marwah"ucap Puan Nor.

"Cucu acik Hajar ke ni?"soal Marwah pada ibunya.

Puan Nor menangguk perlahan.

"Ibu...buat..."ucap mulut comel itu.

"Boleh tapi jangan panggil Ibu.Aunty Marwah faham"ujar Marwah dengan tegas.

Mereka memulakan proses membuat kek cawan strawberi untuk Elina.

Sambil mencampurkan bahan Elina memerhati dengan tekun wajahnya.

"Bukan ke Safa hantar dia pagi tadi?.Dia ni anak Safa ke?"soal Marwah.

"Dah tu Ayah dia mestilah dia yang hantar"ucap Puan Nor tanpa bertapis.Tangan ligat Marwah terhenti.

"Jadi betullah budak ni anak Safa dengan Nayla?"soal Marwah sambil memandang wajah Puan Nor.

Puan Nor mendekati Marwah sambil mengusap belakangnya.

"Marwah budak ni tak ada dosa dengan kamu.Yang salah ibu ayah dia.Please jangan....lepaskan kemarahan pada dia"ucap Puan Nor.

Marwah melangkah keluar dari dapur.Meninggalkan si kecil yang terkebil-kebil memandangnya pergi.

"Ibu..ibu..."panggil Elina.

"Ya Elina kejap ya Aunty pergi tandas kejap"ucap Puan Nor sambil mengusap rambut Elina.

**********

Bunyi air kolam ikan tidak langsung menenangkan hati Marwah yang sedang berkecamuk dengan pelbagai persoalan.

Dia cuba untuk terima satu-satu perkara baru dalam hidupnya.Macamana dia nak hadap anak dari orang yang telah khianat dirinya dulu?.

Satu kek cawan yang sudah siap dihulurkan pada Marwah.Marwah memandang wajah budak kecil itu.

Kenapa dia baru perasan? Muka Elina ada iras muka Safa.

"Ibu.. cupcake"ucapnya sambil mengenyitkan mata.

"Aunty Marwah...bukan ibu.Jangan panggil Aunty Ibu.Aunty bukan Ibu Elina"ucap Marwah sambil memandang tajam pada si kecil yang tidak tahu apa-apa.

Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.Dia tidak mampu menahan sakit pada dadanya.Dia rasa sesak untuk terima semua ni.

Elina memegang tangan Marwah tapi dia mengelak.

"Jangan sentuh Aunty!!" jerit Marwah.Wajah Elina sudah berubah mahu menangis.

Safa yang baru balik dari luar datang ke rumah Marwah.Dia terdengar suara dari arah kolam.Lalu langkahnya menuju ke arah suara tadi.

"Ibu...ibu...."

"Aku bukan ibu kaulah!!!"ucap Marwah sambil mencampakkan kek cawan yang diberi oleh Elina tadi.

"Marwah!!!" panggil satu suara dari belakang.Dia berpaling dan Safa menuju ke arahnya dengan laju.

Dia menarik tangan Elina yang berada didepan Marwah.

Elina sudah menangis teresak-esak.Safa melihat wajah anaknya.Lalu matanya mencerlung memandang tepat pada Marwah.

"Saya...saya minta maaf...saya tak seng..."

"Sudahlah Marwah kalau awak dendam dengan saya jangan lepaskan pada Elina.Dia tak tahu apa-apa"ucap Safa.

Marwah mengusap wajahnya.Dia tak tahu kenapa dia boleh bertindak sebegitu.

Puan Nor yang berdiri tidak jauh dari mereka.Hanya memerhati sahaja.

Marwah memegang tangannya yang menggeletar.Dia tidak mahu Safa nampak kekurangan dalam dirinya.

Marwah cuba mendekati Elina tapi Safa menghalang dengan badannya.

Tangan Marwah digenggam erat.

"Kalau marah kan saya bagitahu saya.Bukan lepas kemarahan pada anak saya"ucap Safa melepaskan tangan Marwah kasar.

Sebelum mendukung Elina dan mahu keluar dari rumah Marwah.

"Ya semua salah saya kan?.Awak aje yang betul saya salah.Sebab tu juga awak pilih dia kan.Pilih untuk khianat saya"ucap Marwah dengan nada bergetar.

Safa berhenti dan berpaling sebelum dia melangkah keluar terus.

Marwah terduduk dilantai sambil cuba bernafas dengan betul.Dia rasa sempit sangat.

"Ibu...tolong...Marwah..."panggil Marwah yang cuba bernafas tapi dia rasa tak mampu.

Puan Nor mendapatkan anaknya dan menenangkan Marwah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience