Persiapan perkahwinan Marwah sudah hampir siap sepenuhnya.Tinggal dia mahu ambil baju di butik pengantin besok.
Majlis pernikahan akan diadakan di rumahnya pada selepas zohor.Ilyas mahu menjalankan yang wajib terlebih dahulu kerana cuti yang dia dapat tidak panjang.
Dia terdengar suara orang bergelak ketawa dibawa.Dia bangun mendekati jendela tingkap biliknya.Disitu dia melihat Safa sedang melayan Elina mandi kolam.Dia melihat jam di dinding sudah jam sembilan malam.
"Dia sanggup ketepikan perasaan sendiri demi kebahagiaan orang lain"
Dia mengeluh berat.Selalunya orang lain akan rasa gembira bila dah nak kahwin, tapi makin hari dia makin tidak yakin dapat membahagiakan lelaki bernama Ilyas.
Ilyas baik dan tahu cara untuk memikat hatinya.Tapi kekangan masa membuatkan dia rasa jauh dengan Ilyas.
Safa pula seakan sudah boleh terima kenyataan.Tapi kenapa dia sendiri tidak boleh terima kenyataan itu?.
Dia memandang ke bawah.Dia menutup matanya sebaik sahaja Safa membuka bajunya untuk turut serta berenang.Marwah menutup separuh matanya.
Dia boleh lihat jelas kesan parut pada badan Safa.
Safa berenang bersama dengan Elina.Ini je waktu dia ada untuk Elina.Kalau hari biasa dia sibuk dan Elina pun dah tidur kalau dia balik kerja.
Dia menyisir rambutnya yang basah.Dia terpandang ke arah jendela tingkap bilik Marwah.
Gadis itu sedang memandangnya tidak berkelip.Dia melihat ke arah badannya lalu terus menutup dengan tangan.
Safa memandang Elina yang dalam pelampung.
"Elina tu ibu dekat atas"ucap Safa.Elina memandang atas.
"Ibu.... Ibu...jom mandi kolam"panggil Elina dengan menjerit.
Marwah yang sedang termenung terkejut dengan suara Elina.Dia menggelengkan kepalanya laju.
Terus masuk ke dalam semula.Safa bercekak pinggang memandang jendela yang kosong tu.
*********
Marwah memandu kereta menuju ke butik pengantin untuk fitting terakhir sebelum diambil.
Selepas dari pusingan bulatan keretanya meragam tiba-tiba.Dia menghidupkan isyarat ke kiri jalan dan keretanya terus mati enjin.Dia cuba menghidupkan semula tapi tak boleh.Lampu pada dashboard juga tidak menyala.
Dia melihat jam ditangannya lagi satu jam dia janji dengan pemilik butik.Dia mengeluarkan telefon dalam beg tangannya dan cuba menghubungi nombor Ibu.
Dalam beberapa kali percubaan, Ibu tidak menjawab panggilan itu.Dia buntu mahu keluar risau pulak takut ada orang tak kenal berhenti nanti.
Hanya ada satu nombor yang dia boleh telefon iaitu Safa.Dia cuba mendail nombor Safa.
Dia duduk bersilang kaki membelek lakaran yang dihantar oleh Raid semalam.Pensel ditangannya dipusingkan beberapa kali mencari idea untuk mengurangkan dan menambah dalam lakaran.
Telefon pintarnya berbunyi, pada awalnya dia buat tidak endah.Takut tak penting,kali kedua berbunyi dia mengambil dan menjawabnya.
"Hello siapa ni?"soal Safa.
"Saya Marwah"
Safa melihat skrin telefon tertera nama panggilan. Lalu dia kembali pada Marwah.
"Ohh awak sorry...saya tak perasan.Kenapa ni?"soal Safa.
"Ibu saya ada dekat rumah tak?"soal Marwah.Safa melihat ke arah sebelah.Tiada kereta Puan Nor dalam garaj.
"Takdelah awak saya rasa dia keluar kot.Sebab Umi saya pun bawa Elina keluar tadi.Tapi tak tahu pergi mana"jawab Safa.
Marwah mengeluh.Safa mendengar keluhan berat dari mulut Marwah.
"Kenapa awak ada masalah ke?"soal Safa dihujung talian.
"Ya saya punya kereta break down tiba-tiba.Saya nak pergi butik pengantin.Appointment saya lagi satu jam"ucap Marwah.Safa bangun dari duduknya pensel diletakkan atas meja.
"Awak dekat mana?"soal Safa risau dengan keselamatan Marwah.
"Saya dekat pusingan bulatan keluar dari perumahan kita ni"ucap Marwah sambil melihat jalan.
"Okay saya kesana sekarang.Jangan buka pintu selagi saya belum datang.Kunci pintu."ucap Safa terus masuk ke dalam rumah mengambil kunci kereta.
*********
Marwah menanti kedatangan Safa.Zach memberhentikan kenderaannya di tepi melihat sebuah kereta rosak disisi jalan.
Dia melangkah keluar dari kereta dan mendekati kereta tersebut.Marwah memandang cermin sisi melihat seseorang berjalan ke arah keretanya.
Tapi bukan Safa yang muncul, lelaki itu semakin hampir.Dia memegang kuat pintu keretanya risau.
Safa cepat...sikit... saya takut ni....
Lelaki itu berkaca mata hitam mengetuk tingkap keretanya.Dia terkejut hanya mampu menundukkan wajahnya.
"Buka pintu ni!!!!" jerit lelaki itu secara tiba-tiba.Marwah sudah takut.Tapi dia masih ingat pesan Safa.Jangan sesekali buka pintu pada sesiapa.
Lelaki itu berjalan ke arah depan keretanya.Dengan senyuman sukar ditafsir.Lelaki itu sekali lagi berdiri disebelah pintunya dan cuba membuka pintu dengan kuat.
"Aku tahu kau Cikgu Elina kan?"soal lelaki itu.Marwah mendongak memandang lelaki yang mempunyai parut dikening itu.Macamana dia kenal Elina?.
"Kalau ada lelaki yang tidak dikenali datang nak ambil Elina saya harap awak halang dia.Hanya saya, Umi atau Awak aje yang boleh ambil Elina"
Kata-kata Safa seminggu lepas terlayar difikirannya.Jadi lelaki ini yang mengaku ayah bapa kandung Elina?.
Matanya melilau mencari jenis kereta Honda Jazz milik Marwah.Dia ternampak ada seseorang yang berada dekat dengan kereta Jazz tersebut.
Dia mengecilkan matanya.Zach????.Apa dia buat dekat Marwah?.
"Keluar!!!!! kalau tak aku pecahkan cermin kereta kau"ucap lelaki itu mengugut Marwah.
Baru Marwah nak buka pintu.Zach sudah tersenyum sinis.Umpan mengena kali ini.Perempuan memang lemah. Zach menarik tangan Marwah kasar memaksanya keluar.Safa menarik merentap lengan Zach.Marwah rasa bersyukur sangat Safa tepati janji.Tangan kirinya memegang tangan Marwah.
Tubuh Zach ditolak kasar oleh Safa yang berang melihat Zach memperlakukan Marwah sebegitu.
Safa menghalang dengan tangan.Zach tersenyum nipis.
"Kau ni kan dekat mana ada saja kan?"soal Zach tak puas hati.Dia baru mahu ugut gadis dibelakang Safa untuk dapatkan Elina.
"Aku akan ada dekat mana saja orang yang aku sayang ada.Dan kau ni memang tak tahu malu kan?.Kau tu tak ada hak atas Elina walaupun dia tu datang dari hasil hubungan kau dengan Nayla.
Marwah memandang Safa.Tangannya tidak dilepaskan oleh lelaki itu.
"Kalau pergi mahkamah sekali pun aku akan dapatkan dia.No matter what happen.Kau jangan cabar aku Zach" menyinga wajah Safa menahan diri dari berbuat perkara lebih teruk.
"Takpe...ada hari lain lagi.Kau ingat aku takut"ucap Zach sebelum berlalu.Matanya tidak lepas memandang wajah Marwah yang takut.
Zach berlalu pergi meninggalkan ugutan pada Safa dan Marwah.Dia berpaling memandang Marwah.
"Kan saya dah cakap jangan buka pintu.Nasib saya sampai tepat tadi.Kalau buatnya dia cederakan awak macamana?" suara Safa sedikit meninggi.
Marwah memandang tangannya yang masih dalam genggaman Safa.Lelaki itu turut memandang dan melepaskan genggaman itu.
"Saya minta maaf...apa yang tak kena dengan kereta awak?"soal Safa membuka bonet kereta itu.Dia menarik Marwah untuk duduk ditepi.
Dia tak berapa pandai pun bab-bab kereta ni.
"Awak nak pergi butik dekat mana?"soal Safa mencekak pinggang.
"Butik Ara Concept Wedding.Dalam lima belas minit dari sini"ucap Marwah.
Safa mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail sesuatu.Dia berhubung dengan seseorang dalam talian.
Marwah berdiri sambil memandang keretanya.
"Kereta awak kena tinggal sini dulu, nanti ada pomen datang ambil.Saya hantar awak pergi butik tu"kata Safa menutup semula bonet.
"Takpe ke?. Saya susahkan awak nanti.Saya boleh order grab je"ucap Marwah masih tak serik dengan apa yang baru jadi tadi.
"Awak nak benda sama jadi macam tadi.Nope you trust me okay.Saya bawa awak pergi butik, dah selesai kita balik.Any question?"soal Safa pada Marwah.
Marwah hanya senyum nipis.
Safa membuka pintu kereta Marwah dan mengambil beg tangannya.Lalu tangannya menunjukkan ke arah keretanya dibelakang.
Marwah berjalan menuju ke kereta diikuti dengan senyuman Safa.Dia tidak menjangka akan berada dalam situasi sebegini.Dia takut kalau Safa tersinggung melihat persiapan perkahwinannya.
Dia memandang wajah tenang lelaki itu yang sukar Marwah tafsir dilubuk hati lelaki itu apa yang dipendam terlalu rapi dan kemas.
Share this novel