Dia membuka perlahan matanya.Dia melihat sekeliling dengan pandangan yang kosong.Dia sendiri tak tahu keberadaan dia dimana.
Jari-jarinya digerakkan perlahan-lahan.Matanya melilau mencari sesiapa yang ada berdekatan dengan dirinya.Dia cuba bangkit tapi rasa sakit mula terasa pada kakinya sebelah kiri.Dia memandang siling kosong itu.
Pintu wad dibuka, Safa memejamkan matanya rapat.Dia dapat dengar ada langkah kaki menghampirinya.
Ilyas menarik kerusi dan duduk disebelah Safa.Dia memandang wajah lelaki yang baru sahaja dia kenali itu.Lelaki yang membuatkan resah pada Marwah tunangnya semenjak hari lelaki itu dalam hospital ini.
"Aku ingat aku lelaki yang akan sentiasa membuatkan jiwa dan hati Marwah resah.Tapi aku silap Kau lelaki yang buat dia tak keruan
Kali pertama aku jumpa dengan dia, memang susah nak dekati Marwah Elina.Tapi sebab susah aku usaha untuk dapatkan dia walaupun aku tahu yang dia belum benar-benar bersedia waktu tu.Aku fikir siapa lelaki yang buat dia susah nak terima orang lain?.Rupanya ada depan mata aku...."
Ilyas mengeluh kecil.
"She struggles to fall in love with someone else.Aku nampak usaha dia.Tapi siapa aku nak tentukan takdir korang berdua.Sebab aku bukan tuhan"ucap Ilyas.
Ilyas bingkas bangun dari duduknya.Dia menepuk bahu Safa.
"Wake up bro..."
Dia terus berjalan keluar dari wad.Dia mendengar pintu wad sudah tutup.Matanya dibuka.Dia memandang arah pintu.
********
Ilyas mengemas barangnya didalam beg galas.Lagi beberapa hari dia akan belayar semula selama tiga bulan ke Eropah.
Kalau ikutkan perasaan dia nak terus kekal dengan Marwah sehingga Safa sedar.Tapi dia tak boleh tunggu.Lipatan bajunya terhenti apabila dia teringat pertemuan mereka petang tadi.
"Ilyas...kenapa berdiri dekat sini?.Jom masuk dalam minum petang"jemput Marwah.
Ilyas yang memeluk tubuh menyandar di kereta terus berjalan ke arah Marwah.
"Saya ada benda nak cakap dengan awak"
Marwah memandang Ilyas.
"Saya akan belayar ke Eropah selama tiga bulan"ucapnya.
Marwah mati senyum.
"Tiga bulan?"
Ilyas angguk perlahan.Dia memegang bahu Marwah.
"I know you struggles with everything.I promise, balik dari Eropah kita nikah"ucap Ilyas.
Wajah Marwah sedikit tegang.Marwah menghela nafas berat.
"Saya minta maaf sangat dengan awak.Patutnya cuti yang awak ada ni saya guna untuk habiskan masa dengan awak tapi saya sibuk..."Marwah tak dapat habiskan ayatnya.
"Takpe balik je dari Eropah kita nikah.Dan saya akan bahagiakan awak.Saya janji"ucap Ilyas memegang tangan Marwah.
"Terima kasih sebab awak banyak tolong saya.Pastu awak tolong Safa dan Elina"ucap Marwah.
Telefon pintarnya berbunyi, Marwah menjawab panggilan itu.Ilyas menanti jawapan hajat dia tadi.
Mukanya berubah tatkala nama Safa disebut.Dia rasa bersyukur sangat dengan panggilan yang baru diterima.
Ilyas melihat wajah Marwah gembira.Panggilan ditamatkan, Marwah memandang Ilyas.
"Kenapa ni?"
"Pihak hospital bagitahu yang Safa dah sedar.Saya nak pergi bagitahu Acik Hajar.Mesti dia gembira sangat.Awak tunggu sini kejap saya jumpa Acik Hajar"ucap Marwah terus berlari ke rumah keluarga Safa disebelah.
Ilyas hanya mampu melihat.Jelas diwajah Marwah yang dia turut gembira dengan berita itu.Dia mengigit bibirnya.
Lalu terus berlalu dari situ.
Dia kembali sedar dalam dunia realiti.Beg galas yang sudah siap diletakkan ditepi meja.Dia kembali baringkan dirinya.
*******
Marwah masih duduk berteleku di atas tikar sejadah.Semasa mengaji tadi, hatinya resah.Permintaan Ilyas untuk bernikah selepas tiga bulan dia balik dari Eropah nanti menganggu fikirannya.
Safa pula baru sahaja sedar tadi.Dia tidak berjumpa secara depan semasa menghantar Puan Hajar dan Elina ke hospital tadi.Dia menjadi pemerhati sahaja.
Dia melihat wajah Safa yang tersenyum melihat Elina.Walaupun wayar masih ada lagi dibadannya.
Kebenaran tentang status Elina membuka matanya.Dia banyak salah sangka dengan Safa selama ni.Dia marah dan dia maki sekali pun Safa tetap bersikap tenang.
Hati Marwah berbelah bahagi dengan apa yang ada didepan matanya.Malah sikap Safa yang tidak kisah menjaga dan mendidik Elina seperti anaknya sendiri tanpa memandang status Elina cukup mengkagumkan dirinya.
**********
Pintu wad dibuka muncul Ilyas berseorangan.Safa yang menyandar dikatil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Macamana okay dah?"soal Ilyas.Safa mencari-cari sesuatu disebalik pintu.Ilyas turut memandang ke arah pintu.
"Aku datang sorang je.Marwah bawa Elina pergi rombongan sekolah.Aku kebetulan lalu sini tu aku singgah.Sejak hari kau sedar aku tak datang"ucap Ilyas mendatar.
Saat ini pandangan dua lelaki yang sangat tegang.Ilyas mendiamkan diri sebaik bicaranya habis.
"Dia tak boleh makan lala.Kalau dia termakan nanti dia muntah-muntah"ucap Safa.
Ilyas memandang Safa.
"Dia suka berenang tapi tak suka pantai atau sungai.Katanya sungai dengan pantai sekarang tak selamat.Tapi aku tak sangka dia tunang dengan orang yang suka laut"
Safa tergelak kecil.
"Kenapa kau nak bagitahu aku semua ni?"soal Ilyas mengerutkan dahi.
"Sebab aku ada peluang tu dulu, tapi aku lepaskan peluang tu.Dan sekarang aku takkan dapat peluang tu.Aku harap kau dapat jaga dia dengan baik.Aku tak layak dapat peluang tu.Seandainya aku dapat putar balik masa, aku nak kenal dia lebih dari sekarang aku kenal dia.Tapi chill bro aku gurau je..."ucap Safa.
Ilyas memandang Safa yang sedang tersenyum nipis.
"Ya aku akan jaga dia.Dan aku takkan sakitkan hati dia.Aku akan jadikan dia isteri aku lepas aku balik dari Eropah"ucap Ilyas.
"Tahniah.... untuk korang berdua.Aku doakan kau dengan Marwah temui kebahagiaan yang aku takkan dapat.Mungkin cukup kebahagiaan aku untuk besarkan Elina"ucap Safa dengan ikhlas.
Tapi kenapa Ilyas rasa Safa masih nak sembunyikan perasaan dia pada Marwah?.Kenapa dia tak halang aku dari terus kahwin dengan Marwah?.Kenapa dia masih nak orang lain bahagia dari dia?.
********
Sudah hampir sebulan Safa berada dirumah.Sejak keluar dari hospital perangai Safa jauh berubah.Dia banyak diam dari bercakap.
Dengan hanya mampu bertongkat untuk kemana-mana sedikit menyukarkan pergerakannya.Dia duduk di kerusi tepi kolam.Dengan pencukur dan cermin diletakkan diatas meja.Mukanya sedikit kusut kerana ada kumis dan sedikit jambang tumbuh.
Dia mahu membersihkan wajahnya tapi sebelah tangan kanannya berbalut.Sedikit sukar untuk melakukannya.
Mahu meminta tolong Umi, tapi Umi dekat dapur sedang menyiapkan makan tengahari.Dia mengambil pencukur dan memulakan kerja mencukur.Nasib dia tak baik dia terhiris sedikit pipinya dek agak kekok menggunakan tangan kiri.
"Auchhh...."jerit Safa kecil mengambil kain ditekan pedih.Marwah yang dapat membawa kuih yang dibuat oleh ibunya.Baru mahu memberi salam terdengar suara orang kesakitan.
Dia mencari ternampak Safa yang menahan sakit.
"Kenapa ni?"soal Marwah melihat atas meja ada pencukur,cermin dan gel pencukur.Pastu dia memandang Safa yang sedang memegang kain menutup pipinya.
Dia meletakkan bekas berisi kuih tadi dikerusi kosong berdekatan dan menarik kain pada tangan Safa.Apa lagi menjerit kawan tu.
"Apa awak nak buat?"soal Marwah.
"Saya nak cukur bulu dekat muka saya ni.Tapi guna tangan kiri saya tak pandai.Tu yang tercukur kulit tu"ucap Safa meletakkan semula alat pencukur.
Marwah memandang Safa yang membelek luka tadi.
Dia memandang sekeliling tiada sesiapa.Mungkin Puan Hajar sedang masak didapur.
"Saya tolong awak cukur bulu dekat muka awak"ucap Marwah.
"Ahhh?? Awak nak cukur.Pandai ke awak cukur?.Buatnya bertambah luka.Habis muka saya nanti.Awak tu lainlah dah laku.Saya marketing jatuh nanti kalau muka saya rosak"ucap Safa.
Marwah menunjukkan mata ke atas.Dia berlalu tapi tangannya disentuh oleh Safa.
"Nak pergi mana?"
"Tadi awak kata nanti saya jatuhkan market awak.Jadi saya tarik diri"ucap Marwah.
"Ehhhh... dah tawar mana boleh tarik diri.Tolonglah saya rimas tau"ucap Safa menghulurkan alat pencukur.
Marwah menghela nafas.Dia duduk merapatkan kerusi pada Safa.Gel pencukur disapu dimuka Safa.
Lalu dia mencukur perlahan-lahan kumis dan jambang dimuka Safa.Muka Marwah mendekati mukanya.Dia menggenggam tangannya dan cuba menahan nafas.
Dia sendiri tak faham kenapa dia nak tahan nafas.Marwah perasan Safa mengelak dari memandangnya.
Selesai mencukur, Safa bernafas dengan betul semula.Dia terbatuk-batuk cuba mengawal perasaannya.
"Okay selesai.Puas hati tak?"soal Marwah.
Safa memandang cermin.Baru nampak muka orang kalau tak dah macam memerang duda mukanya.
"Terima kasih sebab tolong saya."ucap Safa menyusun alat pencukur tadi.
Marwah memandang Safa tidak lepas.
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apa.Saya masuk dalam kejap jumpa Umi awak"ucap Marwah.
"Pergilah Umi dekat dapur dengan kak Mek"ucap Safa sambil membelek wajahnya dicermin.
Marwah tidak tahu bagaimana mahu mula bicara.Dia bingkas bangun dan meninggalkan Safa disitu.
Safa memandang ke belakang.Dia tersenyum manis.
Share this novel