Dua minggu kemudian....
Dari pagi lagi, rumah besar itu agak sunyi.Aku tak tahu mana suamiku menghilangkan diri.Lepas sarapan bersama tak nampak batang hidung mungkin dalam bilik kerjanya.
Hari ahad yang sepatutnya berehat pun orang sibuk cari suaminya.Aku pula tak tahu nak buat apa.Nak buat kerja rumah Safa tak bagi sebab dia dah upah orang bersihkan rumah setiap dua kali sehari cuma masak je dia buat itupun atas permintaan dia sendiri.
Nak keluar dengan Rania, dia pulak tak ada dekat KL.Elina pulak tak ada ikut Umi keluar.Mungkin berehat je la dekat rumah.
Aku menyarung selipar dan berjalan ke kebun sayur dan bunga ditepi rumah.Aku tersenyum lebar melihat kebunku.
Masa mula-mula Safa bawa dia ke sini.Dia paling suka tempat ni.Sebab dia memang teringin nak ada tempat bercucuk tanam.Nasib ada bantu dari Pakcik Sham suami kepada Kak Lijah pembantu rumah ni.
Aku menyangkung memandang sayur-sayur yang baru nak menghijau.Rasa udara sangat segar harini.
"Sayang...awak selalu tersenyum bila tengok kebun ni.Kalau awak hilang saya dah tahu nak cari awak dekat mana"Suara garau itu mengejutkan diriku.Senyum bila nampak Safa mendekatiku.
Safa turun mencangkung disebelahku.
"Sebab cantik dan segar.Saya suka bau organik"jawabku.
Safa betul.Tiap kali aku rasa moody ke atau hilang mesti aku dekat sini.Sebagai terapi untuk diriku.
"That's why abang bina kebun dan taman ni untuk sayang"
Aku tersenyum nipis.Tahu. Apa aje yang Safa lakukan untuk aku, aku amat hargai.Macamanalah lelaki sehebat Safa boleh bertahan dengan kerenah dia.
"Abang terima kasih sebab terima saya walaupun terpaksa tunggu dua belas tahun"ucapku ikhlas pada Safa.
Kita sama-sama berkorban untuk masa depan kita.Kita sama-sama merasainya kesakitan sebelum kemanisan.
"It's my pleasure, sayang.Walaupun saya akan tua sekali pun saya tetap akan pilih awak"
Marwah menghulurkan tangannya.Safa mencapai tangan itu dan memegangnya erat.
********
"Ibu...."panggil Elina berlari meluru ke arahnya.Tubuhnya dipeluk oleh Elina.
Marwah memegang pipi Elina.Si kecil itu berpeluh-peluh mungkin asyik berlari sahaja.
"Sayang Ibu ni kenapa berpeluh?.Mesti masam bau dia ni"ucap Marwah mencium anaknya itu.
"Ibu....Elina lapar.Nak makan?"soal Elina.Marwah tersenyum dengan kecomelan Elina.
"Lapar?.Kesian anak ibu.Jom kita pergi dapur makan"ucap Marwah.
Mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
Sebuah kereta berhenti dihadapan rumah besar itu.Cermin tingkap diturunkan,Zach tersenyum akhirnya dia jumpa juga rumah Elina.
"Aku akan dapatkan dia demi selamatkan nyawa aku.Kau tunggu Safa.Kau ingat kau boleh lari"ucapnya sambil membuang putung rokok yang sudah pendek keluar tingkap.
Pedal minyak ditekan meninggalkan kawasan itu.Risau kalau ada yang nampak tindak-tanduknya nanti.
**********
Marwah menutup pintu bilik setelah selesai melihat Elina tidur.Dia membawa segelas air untuk Safa yang sedang duduk menghadap kerjanya.
"Abang....air"ucap Marwah.Safa mendongak memandang isterinya.
"Terima kasih...sayang.."
Marwah melabuhkan punggung di atas katil.Matanya masih memandang suaminya yang tidak lepas dengan kertas kerja.
"Abang...dah lah kerja tu.Esok boleh sambung lagi.Sekarang waktu tidur"ucap Marwah.
"Sikit lagi.Sayang kalau nak tidur sayang tidurlah"ucap Safa.
Marwah menggigit bibirnya mengawal riak geram.
"Suka hati abanglah"ucap Marwah dengan suara merajuk.
Dia terus baring membelakangi Safa.Suaminya memandang Marwah yang nampaknya merajuk.Dia menutup kerja kerjanya dan pensel diletakkan ditepi.Spek mata dibuka juga diletakkan atas meja.
Dia meluru ke arah katil.Marwah dapat rasakan tilamnya kedalam sikit.Dan nafas hangat pada tubuhnya itu semakin dekat.
Dia memejamkan matanya.
"Sayang.... abang minta maaf sangat sebab lately ni Abang jarang spent time dengan sayang"ucap Safa mencium belakang badan Marwah yang terdedah dek lingerie yang dipakainya.
Tangan suaminya meliar dipinggangnya membuatkan dia geli.Lalu dia berpaling pada suaminya yang sudah hilang bajunya.
"Abang tak sejuk ke?"soal Marwah sambil memandang tepat ke anak mata Safa.
"Kalau dengan sayang Abang tak pernah sejuk.Sebab cinta sayang menghangatkan badan abang"ucapnya sambil mencium ubun-ubun isterinya, kening isterinya yang sedikit lebat terus jatuh pada bibir.
Marwah terasa blushing di pipinya.Safa baru mahu merapatkan dirinya.Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan membuatkan mereka berdua tersentak.
Elina berdiri didepan pintu dengan muka masam.
Safa memandang wajah Marwah.
"Kenapa ni sayang?"soal Safa menyarung semula bajunya.Dia duduk memandang Elina.
"Boleh tak Elina nak tidur sini malam ni?.Elina takutlah ibu ayah"ucapnya sambil mengendong anak patung ditangannya.
"Ahhhh?"tercengang Safa.
Marwah tergelak kecil melihat wajah Safa yang kecewa itu.Marwah memandang Elina.
"Boleh sayang...mari dekat Ibu"panggil Marwah.
Elina melangkah menaiki katil.Marwah merapatkan dirinya pada Safa.Membiarkan Elina tidur disebelahnya.
Safa hanya tersenyum.Dia membaringkan badan sekali lagi.
Dan memeluk tubuh isterinya.
"Kenapa sayang tak kunci pintu?"bisik Safa ditelinganya.
"Sayang lupa.... sorry.."balas Marwah.
"Kena ganti balik Ni.Sayang hutang dengan Abang sekarang"ugut Safa sambil tangannya meliar dipinggangnya.
*********
Awal lagi Zach sudah menunggu diluar taska.Dia menunggu kawasan ini selamat baru dia culik Elina.
Ini hari dia mesti dapatkan budak tu.Tak kira apa nak jadi.Tepat jam sepuluh pagi Zach nampak kanak-kanak bermain di taman permainan.
Dia mencari jalan untuk masuk ke dalam.Dia duduk ditepi tembok.Dia ternampak seorang wanita dalam 40 an menjinjing plastik sampah hitam.Mungkin pembantu taska.
Pintu pagar kecil dibuka dan pembantu itu membawa sampah keluar.Laju Zach melangkah ke dalam mencari Elina.Dia mengangkat Elina keluar dari situ.
Semua murid tidak perasaan kecuali Dira kawan Elina menjerit kuat.Membuatkan pembantu taska berpaling lalu melihat seorang lelaki mengambil Elina.
Zach menghunuskan pisau pada pembantu tersebut.
"Jangan dekat kalau tak aku bunuh kau"ucap Zach terus menuju ke keretanya.Elina meronta-ronta cuba melepaskan diri.Tapi Zach terus menekup dengan kain berisi chloroform.
Marwah sedang memeriksa buku muridnya terkejut Kak Nora masuk dalam keadaan cemas.
Dia hampir pengsan dengan apa yang diberitahu oleh Kak Nora.
Lantas telefon pintarnya dikeluarkan mendail nombor suaminya.
***********
"Safa aku rasa kita dah cukup survey harini.Kita sambung esok jelah.Lagipun ni dah pukul berapa dah.Kita pun belum makan lagi"ucap Raid.
Safa menggulung kertasnya.Dia melihat jam ditangannya.
"Kalau macam tu kita pergi makan nanti sambung balik"
Telefon pintarnya berbunyi.Dia memandang skrin.Lalu tersenyum.
"Asalamualaikum... sayang.."jawab Safa terlebih dahulu.
Safa panik dengar tangisan isterinya.Dia menjauh sedikit dari Raid.
"Sayang Kenapa Ni?.Sayang sakit ke?"soal Safa
"Elina awak...Elina kena culik"ucap Marwah.
"Apa???..abang datang sana sekarang"ucap Safa menamatkan panggilan.
Dia pergi ke arah Raid.
"Raid aku nak kau pergi cari Zach.Elina kena culik.Aku nak pergi dekat Marwah kejap.Aku nak kau cari kereta Toyota Vios nombor plat WA 3358 S" ucap Safa.Nasib masa kejadian Marwah hampir kena Zach dia menghafal nombor plat itu.
Safa berlari ke arah keretanya.Elina....tunggu Ayah dengan Ibu.
********
Marwah menanti Safa.Dari jauh dia nampak Safa berlari ke arahnya dan memeluk tubuhnya.
"Elina...tolong cari Elina.Saya rasa Zach yang culik dia" ucap Marwah.
"Sabar sayang..."
Dia menerima panggilan daripada seseorang yang dia tidak kenali.Lalu dia menjawab.
"Hello"
"Mesti kau tengah hilang sesuatu kan?.Aku nak kau datang tempat aku bagitau kau ni.Bawa duit lima puluh ribu ringgit tunai.Kalau tak atau kau datang dengan polis aku akan benam budak ni dalam kolam"ucapnya sambil tergelak sinis.
"Zach kalau kau sentuh anak aku.Aku akan bunuh kau tahu tak?"Safa hilang sabar.
"Ingat dalam tempoh dua jam"panggilan terus dimatikan.
"Dia nak apa aban"soal Marwah.
"Abangn akan selamatkan Elina"ucap Safa memeluk Marwah dan mencium dahi isterinya.
Dia terus berlari keluar dari kawasan taska.Marwah belum sempat cakap apa-apa.Terus Marwah berlari ke arah keretanya mengikut jejak Safa.
Ya Allah kau selamatkan Elina....
Share this novel