BAB 3

Short Story Completed 43158

"Mari kita makan dulu" ajak Puan Hajar.Safa terus ke meja makan selepas menidurkan Elina.

Kak Mek sudah siap menghidangkan makanan.Dia melihat hidangan diatas meja.Tapi matanya tertumpu pada hidangan masakan ikan.

"Dah siap Mek?" Puan Hajar labuhkan punggung diikuti dengan Safa.Terus Kak Mek sendukkan nasi ke dalam pinggan.

"Eh semua lauk Safa tahu Umi dengan Kak Mek masak tapi ni yang satu ni nak kata sambal macam bukan?"mata Safa tak lepas memandang pada hidangan di depan matanya.

"Rasa dulu lepas tu Komen"Tersenyum Puan Hajar.Dia pun tak pernah rasa masakan itu.Tapi harini aromanya memikat selera betul.

"Itu bukan Umi yang masak, Acik Nor bagi bagi tadi sebelum Umi keluar dengan dia"

Baru saja mula suapan pertama, ia terhenti.Dia pandang mata Puan Hajar agar berhenti berbicara.Sekadar senyuman itu, sudah cukup memberi makna.

Suapan pertama masuk ke dalam mulut.Dikunyah perlahan kemudian tersenyum.Pandai betul Marwah masak. Sedap.

"Sedap kan dia masak, Safa.Betul tak?"Soalan Puan Hajar beralih pada Safa.

Sedap masakan Acik Nor.

"Sedap tapi lauk ni apa nama dia?"soal Safa pada Puan Hajar.

Lama Puan Hajar memikirkan namanya.

"Ahh...ikan bakar Portuguese"jawab Puan Hajar.

Safa mengangguk kepala.

Dia memandang anaknya yang begitu selera dengan hidangan itu.Jarang nak tengok anaknya makan dengannya sekali sebab terlalu sibuk dengan urusan.

"Safa tahu ke Marwah dah balik sini?"soal Puan Hajar tiba-tiba.Suapannya terhenti apabila nama itu disebut oleh Umi.

"Tahu Kenapa?"soal Safa.

"Safa jangan terburu-buru jumpa dia Umi tak nak perkara yang lepas jadi lagi?"

Senyuman Safa terukir sinis.Dia suapkan nasi ke mulut.Membiarkan soalan Umi tergantung tak berjawapan.

Memang itu tujuan dia sekarang.Dia mahu kejar Marwah.Sampai bila Marwah nak lari dari masalah, dia tak akan ada tujuan lain.

"Safa. ...."Panjang Umi menyeru.

"Safa nak bersemuka muka dengan dia.Dua belas tahun tu dah cukup lama untuk dia, Umi.Arwah Nayla sampai tak ada pun, dia tak tahu"

Apabila masing-masing diam tak berkutik.Safa kembali tunduk menyuap nasi tanpa henti.Hingga licin satu pinggan, dia menyenduk lagi nasi tambah.Lama betul dia tak menikmati masakan Acik Nor.Dulu kalau waktu kecil dia selalu makan masakan Acik Nor sebab Marwah.

"Jangan sampai menyakiti lagi nanti Safa yang rugi"balas Puan Hajar dan suasana kembali sepi biarpun dia tahu, Safa memandang dia penuh persoalan.

*********

Safa duduk sambil membelek telefonnya diluar.Sengaja dia mahu mengambil angin malam.

Matanya teralih sebaik sahaja lampu rumah sebelah terbuka.Dia menggelabah lalu bangun dan menyandar disebalik dinding.

"Coco...coco..."panggil satu suara yang amat dirinduinya.Dia membelek disebalik dinding ternampak gadis yang berambut panjang kemas diikat itu terbongkok-bongkok mencari sesuatu.

Apabila tubuh itu menegak, dia terus menyorok kembali.

"Coco mana awak ni.Dah malamlah suka merayau.Kau ingat rumah ni hotel?"soal Marwah sambil bercekak pinggang memikirkan dimana kucing peliharaan Puan Nor.

Dia duduk di kerusi setelah penat mencari.Dia menarik nafasnya sedalam-dalamnya.

Safa memerhati wajah itu.Marwah nampak lain jauh dari penampilannya yang dulu.Kalau dulu kacamata tidak pernah lepas.Harini dengan penampilan biasa pun, Gadis itu nampak cantik.

"Ke Coco pergi sebelah?"soal Marwah terus bingkas bangun dari duduknya menuju ke pintu pagar kecil.Safa kelam kabut dan hampir terlentang.

Marwah memerhati sekeliling laman tapi tiada bunyi kucing.Safa rasa jantungnya mahu meletup apabila jarak antara mereka begitu dekat.

Safa menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memberanikan diri bermuka dengan Marwah.

Dia memalingkan badannya menghadap Marwah buat pertama kali selama dua belas tahun.

Marwah terkejut dan terkesima apabila muncul entah dari mana wajah itu.Wajah yang dia tidak mahu jumpa buat masa ini.Segala kenangan yang lepas muncul satu persatu.Disebabkan itu dia terlentang kebelakang dan jatuh ke lantai.

Marwah kelu lidah.Lelaki berkaca mata bulat itu dipandang lama.Waktu seakan terhenti dan hanya terdengar bunyi jantung masing-masing.

Safa pantas membuka pagar dan meluru ke arah Marwah yang terduduk dilantai.

"Asalamualaikum..... Marwah Elina"ucap Safa sambil merenung tepat mata Marwah.

"Walaikumusalam...."jawabnya.Dia menjarakkan diri sedikit ke belakang.

Walaupun dia kenal orang didepannya.Tetap dia rasa canggung dengan pertemuan ini.

"Awak cari Coco ke?"soal Safa dengan berani.Marwah tidak memandang mata Safa.

Marwah mengangguk perlahan sambil mengenggam jarinya.

"Coco tak ada dekat sini.Tapi selalu Coco dia akan balik sendiri.Awak jangan risau"ucap Safa memandang Marwah yang menunduk.

"Tak apalah saya masuk dulu"ucap Marwah terus bangun dan menuju ke pintu masuk rumah.

"Marwah...."panggil Safa.Langkahnya terhenti sesaat.Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Safa mengeluh kecil.Hanya melihat Marwah yang melangkah laju ke dalam rumah.

"Ayah...."seru satu suara dari belakangnya.Dia berpaling dan tersenyum melihat Elina dengan botol susu ditangan.

Dia mendukung Elina.

"Sayang kenapa ni?"soal Safa mengusap rambut anaknya.

Elina menghulurkan sebuah buku padanya.Maknanya dia mahu Safa membacakan buku untuknya.

"Okay jom Ayah bacakan cerita untuk Elina.Lepastu Ayah nak buat kerja sikit"ucap Safa sambil memandang ke arah rumah sebelah sebelum masuk ke dalam rumah.

********

Marwah menutup pintu bilik dengan cepat.Dia memegang dadanya yang masih terkejut dan berdebar kuat.

Dia cuba menarik nafas beberapa kali.Dia rasa dah lama dia tak macam ni.Tangannya sedikit menggeletar.Laju dia menuju ke arah laci meja soleknya.Mencari ubat untuk menenangkan dirinya.

Pil itu dikeluarkan dan ditelan.Dia duduk dibirai katil cuba bertenang.Safa yang dulu dia kenal sangat berbeza penampilannya sekarang.Mungkin sebab faktor umur, lelaki itu turut berubah.

Kenapa aku jumpa dia tadi?.Kenapa dia dengan tak ada serba salah menegur aku?.Aku cuba lupakan semuanya.Tapi kenapa malam ni dia muncul depan mata Aku.

Dia memegang tangannya dan merenung pada sebentuk cincin yang kemas di jarinya.Cincin pertunangan dia dan Ilyas masih utuh dijarinya.


*********


Safa memicit kepalanya sambil menyiapkan lakaran.Jam menunjukkan pukul dua pagi, dia masih menelaah design didepannya.

Fikirannya melayang teringatkan Marwah tadi.Dua belas tahun tak jumpa pun Marwah masih tak nak tengok mukanya.

"Jadi yang tengahari tadi Elina panggil-panggil ibu?.Tu dia panggil Marwah ke?"soal Safa dalam hati.

Wajah Elina yang sudah lena memeluk anak patung pemberian Ibu Marwah itu direnung dari jauh.

"Sayang....kalau awak ada sekarang kan? Mesti awak orang paling happy nak jumpa dengan Marwah.Saya minta maaf tak dapat nak tunaikan permintaan terakhir awak nak jumpa Marwah"ucapnya membuka kaca matanya dan mengosok matanya yang sudah penat.

Dia bingkas bangun dari duduknya menuju ke arah katil tempat Elina lena dibuai mimpi.Dahi anaknya itu dikucup dan dia membetulkan selimutnya.

Dia turut membaringkan badannya yang rasa penat.Tangan kanan diletakkan diatas kepala.

"Marwah... Aku akan pujuk kau sampai kau maafkan aku.Aku dah cukup sunyi sejak kau tinggalkan aku hari tu"ucapnya.

Dua belas tahun lepas, lepas Marwah keluar hospital dia dapat tahu yang Marwah membuat keputusan untuk duduk dengan ibu saudaranya di Jepun.Pada awalnya Safa rasa tak kisah tapi bila terlalu lama dia pergi baru Safa rasa kehilangan sebenarnya.

Sebab itu dia nekad menunggu dan terus menunggu khabar tentang Marwah setiap hari.

Apa perkembangan Marwah semua dia tahu.Rasa bersalah itu cukup menebal dalam hatinya sehingga kadang lena malamnya tidak pernah lena.

Kerana Marwah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience