"Sayang.. Kenapa Ni?. Sayang rasa sakit ke?"soal Safa mula cemas.
Marwah menarik lengan suaminya dan memeluk tubuh itu.Safa mengusap perlahan-lahan belakang isterinya.
"Sayang"
"Terima kasih sebab selamatkan saya...saya betul-betul takut kalau berpisah dengan awak"ucap Marwah.
"Abang yang patut terima kasih pada Sayang sebab Sayang sanggup korbankan nyawa Sayang untuk selamatkan Elina"ucap Safa.
Marwah melepaskan pelukan.Dia mencari Elina dalam wad.
"Elina mana?"soal Marwah.
"Elina ada dengan Umi dan Ibu.Mereka tengokkan Elina.Sekarang ni sayang kena fokus yang dalam ni" Safa menyentuh perutnya.
"Ahhh??"
Marwah keliru.
"Saya mengandung..."ucapnya.
Safa tersenyum.
"Tapi doktor pesan sayang kena banyak rehat sebab kandungan sayang lemah.Jadi abang tak nak sayang buat kerja banyak"ucapnya mencium tangan isterinya.
********
Pulang dari hospital Marwah banyak menghabiskan masa diatas katil sahaja.Untuk kemana-mana dia perlu dipimpin oleh Safa.
Pernah sekali dia cuba untuk ke bilik air.Dia pitam nasib ketika itu Umi dan Ibu ada dirumah.
Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya sekarang.Terlalu penat dan tidak mampu untuk bangun sendiri.
Dia memandang Elina yang terbaring disebelahnya.Dia begitu kesian dengan anaknya kerana kurang perhatian darinya.
Safa memandu keretanya untuk pulang ke rumah.Rintik hujan diluar membuatkan dirinya rasa sebak tiba-tiba.
Dia memberhentikan keretanya ditepi jalan.Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi.
"Puan Marwah mengalami komplikasi kehamilan.Dia akan rasa penat, pening dan kerap demam"
"Apa saya patut buat doktor?"
"Encik kena berikan perhatian pada Puan Marwah dari segi pemakanan dan berat badan.Ia akan memberi kesan pada janin dan ibu"
Safa memejamkan matanya.Hujan diluar seakan sama dengan apa yang dia rasa sekarang.
Dia tak sanggup mahu beritahu pada Marwah.Tapi dia yakin Marwah tahu keadaan dirinya sekarang.
Ya Allah Kenapa kau uji aku lagi?.Aku nak merasa bahagia itu dengan dia dan anak-anak ku.
Dia mengesat air matanya yang mengalir.Dia cuba untuk kuatkan hatinya untuk cintanya pada Marwah.
Lampu isyarat kanan diberi dan dia meneruskan perjalanan menuju ke rumah keluarganya.
***********
Ilyas merenung ke arah laut yang membiru.Angin laut menyapa wajahnya.Dingin dan berangin.Disini tempat kegemarannya sekiranya dia rasa sunyi.
Nak borak dengan Taufiq.Taufiq cuti belayar katanya nak balik jumpa keluarga.Suara seseorang berdeham dibelakangnya.
Dia menoleh ke sebelahnya.Wanita itu tersenyum nipis padanya.
"Jauh Tuan termenung teringatkan sesiapa ke?"soal Sabrina.
Ilyas kelu.
"Ahhh tak ada saja duduk sini ambil angin sekali-sekala.Doktor tak pesakit ke harini?"soal Ilyas.
"Tak ada.Tak semestinya hari-hari ada orang sakit"ucap turut memandang arah laut.
Ilyas masih memandang wajah Sabrina.
"Sebelum saya tak pernah nampak doktor wanita bertugas dekat sini?"soal Ilyas ingin tahu.
"Baru lagi saya ditukarkan ke sini.Sebelum ni saya ulang alik sama ada di Lumut atau di Kuantan.Ini kali pertama saya belayar jauh dari keluarga"
Ilyas menangguk perlahan.
"Tuan pulak dah lama belayar jauh?"soal Sabrina.
Ilyas mengangguk.
"Lama dah tahun ni masuk tahun ke lima.Sebelum ni saya banyak dekat Kem Lumut je"
"Mesti keluarga Tuan rindukan Tuan.Termasuk isteri dan anak-anak"ucap Sabrina.
Ilyas gelak kecil.Menampakkan sebaris senyuman manis.
"Doktor mesti ingat saya dah kahwin kan?"soal Ilyas.
"Lah Tuan belum kahwin.Minta maaflah saya tahu"
"Takpe lagipun susah kalau orang biasa kahwin dengan saya.Saya takut tak dapat nak lindung orang yang saya sayang"
"Insyallah mesti ada punya jangan risaulah.Atas kapal ni ada je pegawai wanita yang masih single lagi"
Ilyas tersenyum penuh.
******
Dari pintu pagar Safa melihat Marwah duduk dibuaian sambil melihat Elina bermain.Dia menguntumkan senyuman pada isterinya.
Marwah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya.Safa menyambut huluran tangan itu.Lalu dia hadiahkan kucupan di dahi isterinya.Dia melabuhkan punggung di sebelah.
Dia melihat wajah pucat isterinya itu.Dia memegang dahi untuk merasa suhu badan.Tiada demam.
Marwah hanya memerhati tingkah laku suaminya.Safa memeriksa kaki Marwah.Bengkak semacam.Dia meletakkan blazer di buaian.
Marwah turut melihat kakinya.
"Kaki Sayang bengkak Ni?"
Dia melihat kakinya.Betul kata Safa kakinya bengkak.
"Sayang tak ada rasa sakit ke jalan tadi?"soal Safa cemas.
Marwah geleng kepalanya laju.
Safa teringatkan sesuatu.Dia masuk ke dalam rumah mencapai alat penimbang.Dibawa ke arah isterinya.
"Sayang cuba cek berat"
Safa menghulurkan tangan pada Marwah untuk bangun.
Dia melihat meter berat naik dari semalam.
"Abang rasa kita kena pergi kena pergi hospital"
Marwah tidak tahu mahu bercakap apa.Dia tidak merasa kakinya sakit pun sepanjang berjalan.Safa cakap baru dia perasan kakinya bengkak.
*******
Mereka berdua menunggu keputusan ujian yang dilakukan pada Marwah dengan penuh debar.
"Hasil ujian dah keluar.Menunjukkan tekanan darah Puan Marwah tinggi.Protein dalam urin pun tinggi.Dua gejala ni adalah gejala preeklampsia"
Marwah terkejut dengan apa yang disampaikan dia memandang Safa.Safa mengenggam jari jemarinya untuk bertenang.
"Saya sarankan Puan Marwah segera dirawat dihospital.Risau Puan pengsan akan berisiko pada ibu dan kandungan"terang doktor.
********
Safa berjalan ke arah kerusi menunggu setelah menghantar Marwah ke wad.Dia menelefon Puan Hajar.
"Asalamualaikum "
"Walaikumusalam..Safa macamana dengan Marwah?"
Safa hanya diam.Dia tidak tahu mahu mulakan dari mana.
"Kenapa kamu nak diam Safa.Cakaplah bagitahu Umi.Pelik kamu Ni"
Safa tersedu sedan dalam talian cuba mengawal perasaan tapi dia sendiri tak kuat.
"Umi... doktor jalankan ujian darah tadi.Keputusan tak baik Umi.Doktor pantau Marwah dulu.Kalau keadaan dia tak baik dan semakin buruk.Marwah kena lahirkan bayi pramatang"
Puan Hajar memegang dadanya.
"Ya Allah beratnya ujian buat Marwah.Umi dan Ibu Marwah akan ke sana.Kamu tunggu dia Safa"ucap Puan Hajar.
********
Safa menuangkan air pada Marwah.Dia menyambut gelas ditangan suaminya.Wajah muram Safa jelas terlihat.Dia tahu suaminya sebenarnya sedih tapi dia cuba simpan.
Safa hanya menundukkan wajahnya.Dia tak kuat untuk melihat wajah isterinya sekarang.Safa memegang kedua-kedua tangan isterinya.
"Abang jangan sedih.Ini semua bukan salah Abang.Allah uji saya"ucap Marwah perlahan.
"Abang tahu tapi abang nak minta maaf.Tak ada apa yang boleh buat untuk kurangkan sakit sayang"ucap Safa.
Marwah memegang pipi suaminya.
"Abang dah jadi suami yang baik untuk saya dan ayah yang terbaik untuk anak-anak saya.Saya gembira sangat sebab Abang jaga saya"ucap Marwah.
Safa mencium tangan isterinya.Dia bingkas bangun.
"Abang ada bawa jus untuk saya.Insyallah boleh kurangkan sakit sayang"
"Abang kalau apa-apa jadi dekat saya.Tolong jaga anak-anak ya"pesan Marwah.
Safa mengenggam tangannya.
"Tak Marwah.Apa yang awak merepek?"Safa meninggikan sedikit suaranya dengan getaran.
Marwah terdiam.
"Awak nak tinggalkan saya dan anak-anak?.Saya tak rela awak nak tinggalkan saya"ucap Safa mengenggam botol air mineral yang kosong.
Marwah bangun mendekati suaminya.
"Abang...."
Safa meraup wajahnya.
"Setiap yang hidup pasti akan berpisah"
"Tak!!!! Awak!!!"jerit Safa.
Marwah rasa serba salah.
Suaminya memandangnya.
"Kita dari kecil sama-sama Marwah.Awak dengar tak?.Awak tak nak tengok anak kita berjalan?.Awak tak nak dengar anak kita bercakap?.Kita sentiasa bersama, Sayang.Kita tengok diaorang membesar bersama-sama"ucap Safa melepaskan apa yang terpendam dalam hatinya.
Marwah sudah mengalirkan air matanya.Dia menangis teresak-esak.Safa mendekati Isterinya.
"Marwah..."isterinya dipanggil lembut.Marwah terus menghambur dengan esakan.Safa memeluk tubuh isterinya.Dia mengusap perlahan-lahan belakang isterinya.Kedua-dua mereka berpelukan dengan cukup lama.Hati masing-masing tidak tenteram.
Share this novel