BAB 1

Short Story Completed 43158

Troli bagasinya ditolak keluar dari balai ketibaan dan beg galas dibahunya dipegang kemas.Marwah mengadah wajah ke dada langit yang begitu terang.Merasai hangatnya mentari pada saat ini.Peralihan cuaca yang akan menjadi satu perubahan pada Marwah.Mata dipejam rapat.Betapa bersyukurnya dia atas segala peluang yang masih mampu dikecapinya.Berkat bantuan Aunty Rose dia mampu bangkit kembali untuk kuat.

Mata memandang ke kiri dan ke kanan.Arah mana dia perlu pergi, masih tidak pasti lagi.

Tuhan....Hanya satu destinasi hambabu.Hanya pada keluarga ku yang menanti kepulangan ku.Moga aku terus kuat.

Setelah sepuluh minit berdiri di situ,dia akhirnya memilih hala ke kanan.

Dia harus pandang ke hadapan.Di belakang terlalu banyak kesakitan dan tangisan.Dia sekarang mahu senyum sepuasnya.Mahu lupakan semuanya.

Sebuah teksi berhenti dihadapannya Terus dia masuk ke dalam grab dan mengukir senyum kepada pemandu.

"Nak pergi mana, cik?"

Marwah koyak senyuman nipis.

"Titiwangsa, Encik"

Tanpa bersuara, pemandu hanya menjalankan tugas biarpun dalam benak diserang satu dua soalan tapi dibiarkan saja.

"Banyak perubahan tempat ni, Encik"Saja.Cuba mencipta suasana dengan masyarakat.

"Banyak Cik,Cik dari mana sebenarnya?"

"Saya baru balik dari Jepun,Encik.Saya sambung belajar dan kerja dekat sana.Baru ada hati nak balik sini"

"Oh untung Cik dapat belajar dekat luar negara.Cik balik kerja sini pulak ke?"akhirnya terluah juga soalan yang berlegar dalam minda.

"Ya saya nak kerja dekat sini.Lagipun dah lama saya tinggalkan keluarga saya"
Pahit senyuman yang terlakar pada bibir Marwah.

"Betullah tu walau sejauh mana kita pergi negara tetap kita dilahirkan tetap akan jadi pilihan terakhir.Lagipun keluarga kita ni satu je tak ada galang ganti.Selagi ada keluarga hargailah keluarga kita"

Kali ini, liur yang ditelan Marwah kembali kelat.Birai mata dia terasa lembap lagi.Dia dah rosakkan bahagia keluarganya.Dia hanya balas kata-kata pemandu dengan beberapa anggukan sahaja.

"Belajar kursus apa?"Soalan lain pula muncul pada saat dada masih terasa begitu sebu.

"Err....pendidikan"Marwah gagap.

"Oh, cikgulah kiranya ni,ya?"Soalan kali ini kedengaran teruja.

"Ya saya minat dalam bidang pendidikan"

"Bagus tu mendidik satu Ibadah fardu kifayah"

Akhirnya dia kalih ke kiri.Dibiarkan sepasang mata memandang keindahan alam yang berada didepan matanya.

*********

"Safa?!"

Mata kuyu itu terbuka separuh daripada terus terpejam.Dipandang wajah lelaki disebelahnya.Menjadi teman setia dia sejak beberapa tahun ini.

"Kita nak ikut dia sampai rumah ke?"

Safa menggelengkan kepalanya.Dia penat kerja terlalu banyak.Cukup sekadar dia melihat wajah itu.Wajah yang dia rindukan selama dua belas tahun.Wajah yang membenci dirinya.

"Hantar aku balik rumah.Aku penat"

"Dia tu, macamana?"soal Raid namun melihat wajah tidak ada reaksi bosnya, dia terus berpaling ke depan.Gear ditukar letak dan pedal minyak ditekan mencari haluan untuk pulang ke apartment milik Safa.

"Raid...."Safa bersuara perlahan.

"Apa?"

"Boleh kau cari apa dia nak buat lepas ni"

"Mesti dia kerja punya.Lagipun dia ada kelulusan pendidikan.Mesti jadi cikgu ataupun buka sekolah swasta ke?"ucap Raid.

Safa menggeluh kecil.

" Apa aku suruh kau buat? Kau buat jelah?"ucap Safa sambil memejamkan matanya kembali.

Raid kerut dahi dengan perangai majikannya.

"Aku tak faham dengan kau.Kau ikut perkembangan dia dari Jepun sampai Malaysia.Sedangkan Kau dengan dia duduk rumah tak jauh pun.Apa hubungan kau dengan dia?"soal Raid yang lama menanti jawapan daripada mulut Safa.

Safa terus tidak menjawab soalan dari Raid.

Dia memalingkan badannya membelakangi Raid.Dia membuka matanya.

"Dia kawan aku.Orang yang aku sayang dan aku rindu sangat"ucapnya dalam hatinya.

********

Bunyi loceng rumah ditekan bergegas Puan Nor membuka pintu rumahnya.Dan dia terkejut melihat susuk tubuh yang dia rindukan selama ini ada depan matanya.

"Asalamualaikum.....ibu"ucap ku.

Puan Nor terus menerpa memeluk tubuh Marwah.Dikucup dahi anak daranya itu.Dia mengusap perlahan pipi Marwah.

"Kenapa balik tak bagitahu Ibu?"soal Puan Nor.

"Saja nak surprise kan Ibu.Ibu sihat?"soal Marwah.

Puan Nor angguk laju.

"Ni balik kejap ke balik terus?"soal Puan Nor.

"Balik teruslah Ibu.Marwah nak duduk sini"ucap Marwah sambil memegang tangan Puan Nor erat.

Linangan air matanya diseka dengan belakang tangannya.

"Jom masuk dalam kita borak dekat dalam"kata Puan Nor menarik tangan anaknya ke dalam rumah.


********

Pintu apartment ditutup rapat.Kunci rumahnya diletakkan dalam laci.Lalu tali lehernya dibuka dan diletakkan dalam bakul baju kotor didapur.

Kancing bajunya turut dibuka dan diletakkan juga dalam bakul.Dia yang hanya berseluar slack hitam berjalan ke arah biliknya.

Lampu dibuka menerangi bilik yang sedikit gelap.Bingkai gambar diatas meja kerjanya dipandang.

Senyuman Nayla yang masih segar dalam ingatannya dan tangan kecil yang menggenggam kuat jarinya.

"Dia dah balik sini.Awak mesti gembira kan?"soal Safa.

Matanya teralih pada gambar dia sedang bermain bola sepak waktu zaman persekolahan dulu.Gambar itu yang dia koyak masa malam itu.

Tapi sebab gambar ni yang terakhir dari Marwah untuknya dia sanggup cantumkan semula dan simpan sebagai kenangan untuknya.

Walaupun kenangan lama itu cukup membencinya.Dia meraup wajahnya berkali-kali.

Dia berjalan keluar balkoni rumahnya.Dan mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.Kotak rokok dikeluarkan dan dia menghidupkan sebatang rokok.

"Saya tak suka lelaki yang merokok.Awak nak ke orang sekeliling mati sebab awak"

Dia memandang rokok ditangannya lalu dia mematikan rokok itu.Kotak rokok ditangannya turut dibuang ke dalam tong sampah.

Bukan sahaja Marwah tak suka dia merokok.Elina turut tak suka dia merokok.Banyak kali dia dibagi amaran daripada Elina.

Rajuk kecil itu kadang turut membuatkan dia rindu.Bila tak ada dekat rumah sunyi bila ada asyik bergaduh saja.

*********

"Semua orang sihat Marwah.Ini kalau Ibu bagitahu yang kamu balik, mesti sekejap je sampai rumah"ucap Puan Nor.

Marwah hanya senyum.

"Jangan bagitahu biar dia orang tahu sendiri.Ni Acik Hajar sihat ke?. Sunyi je rumah sebelah?"soal Marwah.

"Oh diaorang tak ada balik kampung ada kenduri.Itu yang Ibu sunyi sikit tak ada kawan.Tapi ni Marwah dah balik boleh teman ibu sementara nak cari kerja"ucap Puan Nor.

Marwah terdiam seketika.

Puan Nor melihat anak gadisnya itu masih tersimpan banyak persoalan dalam benak hatinya.

"Ilyas tahu ke Marwah balik ni?"soal Puan Nor.

Marwah tersenyum manis.

"Tahu Ibu.Marwah sempat telefon dia sebelum dia belayar haritu.Nanti dia balik sini dia bagitahu"ucap Marwah.

"Sekurang-kurangnya dia tahu kamu dah sampai sini.Ialah kerja macam Ilyas tu banyak sabar lagi-lagi dalam fasa pertunangan ni.Ibu harap anak ibu kuat"pesan Puan Nor.

Marwah angguk kepalanya.

"Ibu selain keluarga kita tak ada sesiapa tahu yang Marwah dah tunangkan?"soal Marwah.

Puan Nor menggeluh berat.Dia tahu Marwah masih bimbang sekiranya Safa tahu tentang perkara ini.

Dia kalau boleh pun tak nak cerita pasal Safa pada Marwah.Dia risau akan menganggu Marwah nanti.Dia cuma mahu anaknya bahagia.

Dia cukup derita dengan apa yang jadi dua belas tahun lepas.Tapi dia yakin yang Marwah dah matang sekarang tak macam dulu.

Puan Nor menggelengkan kepalanya tanda tiada sesiapa tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience