PROLOG 2

Short Story Completed 43158

Kata-kata Acik Nor bagai semilu untuk mencerna.Otak dia membeku.Akal bagaikan tak waras lantas ayat apa yang mampu dia katakan pada saat ini matanya terpaku pada kepada tubuh yang sedang terbaring diatas katil.

Dia sukar untuk terima kehilangan seorang sahabatnya.Bagaimana dia mahu kehilangan Marwah kawan baiknya yang sudah lama dia kenal.

Terngiang-ngiang di cuping telinga Safa dengan kata-kata Acik Nor tadi.

"Safa buat masa sekarang ni Marwah tak nak kamu jumpa dia?.Acik Nor harap Safa faham keadaan dia?.Tunggu dia stabil baru Safa jumpa dia ya"ucap Acik Nor.

Safa memandang ke arah kaca yang memisahkan mereka.Dia tidak nampak wajah Marwah kerana gadis itu berpaling darinya.Begitu benci Marwah padanya sekarang.

*******

Puan Nor menyentuh bahu anak gadisnya itu yang sedang teresak-esak menangis.

"Marwah jangan macam ni nanti lagi sakit?"ucap Puan Nor.

"Ibu.... Marwah tak nak jumpa dia lagi.Marwah benci dia ibu"ucapnya sambil memegang tangan Puan Nor.

Puan Nor memeluk tubuh gadis itu dan mengusapnya.Dia tahu bertapa sakitnya anak gadisnya itu melalui zaman remajanya.

Dia tahu anak gadisnya itu sangat mencintai Safa.Dia sebagai ibu juga tidak menafikan perkara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience