BAB 9

Short Story Completed 43158

Safa mundar-mandir .Nampak tidak betah.Puan Hajar juga sama.Dari jauh, Marwah sekadar memerhati.Berdiri tenang walaupun hatinya penuh persoalan macamana Elina boleh sakit tiba-tiba?.

Marwah berpeluk tubuh menundukkan wajahnya ke lantai.

Tangannya masih terasa hangat dengan haba tubuh Elina yang panas tadi.

"Macamana dengan anak saya, doktor?"Suara Safa membuatkan Marwah angkat kepala.Dilempar pandangan pada Safa,Puan Hajar dan doktor itu.

"Demam agak panas buat masa sekarang ni anak Encik kena tahan untuk satu malam bagi ubat jalan dulu"jawab doktor kanak-kanak itu.

Safa hela nafas lega.Dia risau betul tadi melihat Elina mengigil tiba-tiba.Safa mendapatkan Elina yang baru selesai dirawat.

"Anak Ayah okay?"

"Sakit"

"Nak baik kan?.Nanti dah baik kita makan aiskrim"

"Ibu?" Elina mencari kelibat Marwah.

"Ada dekat luar..." jawab Safa.

Jujurnya dia tidak tahu kenapa Umi menelefon Acik Nor tadi untuk mengajak Marwah sekali.Kesian ganggu tidur Marwah.Bukan Marwah penyebab Elina sakit pun.

Safa toleh ke pintu kaca.Nampak Marwah di situ dengan wajah risau.Safa boleh nampak jelas perasaan itu.Sejauh mana dia mahu menidakkan perasaan itu.

"Malam ni Ayah teman Elina okay?"

Elina geleng kepalanya.

"Elina nak ibu.."

"Mana boleh Ayah kan ada.Kesian Ibu penat"

Safa memujuk anaknya.

"Nak ibu..."

Safa memandang Puan Hajar disebelahnya.

"Takpe bincang dengan Marwah dulu"ujar Puan Hajar.

Dia faham Safa berat hati mahu meminta pertolongan Marwah.Anaknya itu jelas serba salah dengan Marwah.Boleh nampak jelas biarpun Safa menidakkan perasaan.

Safa keluar dari wad.Dia hampiri Marwah berwajah risau.

"Elina okay kan?"

Kepala Safa angguk.

Marwah hela nafas lega.

"Kalau macam tu boleh baliklah"ajak Marwah.

"Ya saya akan hantar Umi balik.Tapi awak kena jaga Elina malam ni"

"Ahh?"Dahi Marwah berkerut.

"Kata tak teruk?"

Safa senyum.

"Elina nak awak teman dia malam ni.Saya akan hantar Umi dulu nanti saya datang balik"ucap Safa.

Marwah memandang Elina yang baring atas katil itu.

"Saya tunggu sini sampai awak datang balik"balas Marwah akhirnya.

"Marwah"seru Safa perlahan.

"Past is past.Buka hati awak untuk terima semua ni"Dalam maksud Safa.

Marwah melangkah masuk ke dalam wad Elina.

"Ibu.."

Marwah mendekati katil Elina.Dia memegang tangan Elina sambil mengusap belakangnya.

Dalam dia menepuk Elina dia turut terlelap dikerusi.Menahan tidur yang terganggu tadi.

******

Safa yang kembali dari rumah melihat Marwah yang lena disamping Elina.Dia menyentuh hidung Marwah.Dia rasa gatal hidungnya lalu membuka matanya.

"Dah kenapa awak ni sentuh saya?. Tolong hormat saya boleh?"suara Marwah sedikit kuat.

"Kenapa? Tak boleh?" Safa tersengih canggung.

"Awak tu tak ada ikatan dengan saya jadi jaga sikit adab awak tu depan Elina"tegas Marwah.

"Okey"Safa angkat tangan Mengalah.

"Kalau saya tak boleh sentuh awak.Kita kahwin.Jadi isteri saya"cadang Safa.

Marwah ukir senyum.Kecewanya dia dengan Safa.Rupanya Safa masih sama seperti dua belas tahun lepas suka sakitkan hatinya.

"Ohh jadi awak menghalalkan nafsu awak dengan cara menikah.Macam tu awak buat dekat Arwah Nayla?.Macam tu?"soal Marwah tenang.

Geram dia.

Safa salah cakap lagi.Damn!!

"Marwah saya tak maksudkan macam tu?"

"Apa yang awak maksudkan?"

"Saya suka awak dan Elina pun suka awak.Suka untuk ambil awak jadi isteri saya dan ibu pada anak saya"ujar Safa separuh berbisik.

Dia betul-betul maksudkan hasrat hatinya.

Bibir Marwah koyak senyuman.Senyum pada diri sendiri.Besar dan indah angan Safa.Tapi bukan pada dia.

"Saya tak boleh kahwin dengan awak"ucap Marwah.

"Tapi kenapa?. Saya cukup kenal awak Tau"

Kenal???..

*****

Malam kian larut....

Dari mengantuk terus segar matanya duduk dalam wad.Kalau dia bawa kereta sendiri tadi dah lama dia lari.Dia memandang Safa melelapkan mata sambil duduk disebelah Elina.

"Tak puas lagi pandang saya?"Safa buka mata.Sejak tadi ada yang memerhati siapa lagi kalau bukan Marwah.

Marwah memandang tempat lain sambil melirik pada jam tangannya.Kenapa rasa lambat pulak jam ni?.

"Kenapa layan saya dingin?"soal Safa.

"Saya memang dingin lagi-lagi kalau orang tu ada pada masa lalu saya.Mungkin awak yang tak terbiasa dengan sikap dingin saya ni.Saya setuju sebab Elina bukan sebab awak.Jadi tolong jangan sibuk dengan hal peribadi saya"pinta Marwah lebih pada merayu.

"Saya percaya pada kebetulan...."

Wajah Marwah sedikit tegang.

"Tak ada kebetulan dalam dunia ni sebab semua ni takdir yang Allah dah atur untuk awak.Dia yang tahu mana yang baik dan buruknya"

Marwah ketap bibirnya.

"Kalau betullah saya ni nak kahwin baru dah lama saya kahwin tapi saya tahu awak masih simpan perasaan pada saya"

Marwah sedaya upaya menahan dada yang sedang berombak.Dia takkan termakan dengan kata-kata Safa.

"Kalau awak ayat orang lain mungkin... mungkin ada yang akan termakan.Tapi dengan saya...."Marwah senyum dan menggelengkan kepalanya.

"Saya bukan Marwah yang dulu..."

"Bagi saya awak tetap Marwah yang saya kenal.Walaupun dua belas tahun awak hilangkan diri.Tapi dekat sini, awak tak boleh tipu" ucap Safa sambil menunjukkan jari pada dadanya.

Marwah tergamam lagi.

Sepertinya nyawanya hampir hilang dengan persoalan Safa .Dia menolak telahan Safa.

"Kalau itu awak rasa tentang saya,tolong jauhkan diri awak dari saya sebelum awak akan terduduk kecewa"pesan Marwah sebelum dia angkat tubuh dan berlalu ke pintu kaca.

Malas dia nak berhadapan dengan Safa.Harapan Safa terlalu tinggi.Mana mungkin tangannya menggapai.Yang pasti dia tak nak bagi harapan.Kerana dia tahu Safa pasti akan kecewa nanti....

******

Dia memandang Elina yang lena.Dah lama juga Marwah keluar dari wad tapi tak masuk balik.Takkan dia balik tengah-tengah malam ni.

Persoalan berlegar dalam minda.Apakah dosanya hinggakan Marwah langsung tak nak beri peluang kedua pada dia?.

Dia keluar dari wad dan nampak Marwah yang sedang terlentok-lentok di kerusi menunggu.

Dia menundukkan badannya.Dia renung wajah penat itu.

Ya,aku cintakan dia.Kenapa sukar untuk dia terima perasaan aku.

Sweater dibuka dan ditutup tubuh itu.

"Maafkan saya Marwah.... saya minta maaf..."

Rambut Marwah yang terjatuh diselitkan pada belakang telinga.

Kelopak mata Marwah terbuka.

"Apa awak buat dekat sini?. Bukan awak dekat dalam ke?"

Sweater dibuka dan diberi pada Safa.Dia membetulkan rambutnya yang serabut.

"Sekurang-kurangnya pakai sweater ni.Nanti awak sejuk awak pulak sakit"ucap Safa.

"Saya bukan tak sudi...tapi"

"Tapi apa?"

Lama Marwah membiarkan soalan itu tergantung.Dia berdiri menghadap Safa.

"Saya tak nak awak kecewa"

Dahi Safa berkerut.Apa maksud Marwah?.

Dia renung lagi bening mata yang nampak berkaca-kaca itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience