BAB 15

Short Story Completed 43158

Dia terasa seperti kembali ke masa lalu.Dia sangat kenal dengan situasi ini.Situasi di mana hidupnya berubah.Dahinya berkerut dalam koma.

Prague, Itali......

Safa baru sahaja habis kelas.Dia terburu-buru mencari Nayla di kawasan kampus.

Matanya melilau mencari.Akhirnya dia nampak seorang gadis duduk dihujung tangga.

Dari belakang gadis itu seperti teresak-esak menangis keseorangan.Dia mendekati tubuh itu.

"Nayla kau buat apa dekat sini?"soal Safa pada Nayla.Dia mendongak dengan mata berair.

Langsung memeluk tubuh Safa.Safa agak terkejut dengan tindakan Nayla.Dia menolak tubuh itu.Bahu gadis itu dipegang.

"Kau kenapa ni?.Asal kau nangis?"soal Safa dengan nada serius.

Nayla mengesat air mata.

"Safa tolong I.I tak tahu nak buat apa?.I buntu sekarang ni"ucap Nayla.

"Kejap...kejap...apa ni?.Apa yang buntu?" soal Safa dengan seribu tanda tanya.

"I pregnant..."ucap Nayla terus menundukkan wajahnya ke bawah.

Lututnya hampir lemah, Safa duduk di bangku.Dia terdiam seketika.

"Safa tolong I. Mati I kalau family I tahu.I tak tahu nak buat apa?. Zach dia tinggalkan I macam tu aje.Dia tak nak tanggungjawab dengan I"ucap Nayla.

Safa mengenggam tangannya.

"How many that I tell you Nayla?. Don't trust someone like Zach.Tengok apa jadi sekarang?"marah Safa.

Dia berbuih mulut memberitahu Nayla supaya jangan terlalu dekat dengan Zach.Dia tahu lelaki seperti Zach hanya mahu rosakkan perempuan senaif Nayla.

Nayla memegang tangan Safa.

"Safa please tolong I?.I tak nak family I tahu yang I pregnant anak luar nikah.Tolong I"rayu Nayla.

Safa mengeluh berat.Dia mengurut belakang tengkuknya.

"So you nak buat sekarang?"soal Safa.

"I nak gugurkan kandungan ni.Lepas tu I nak focus study.Balik Malaysia macam tak ada apa-apa jadi"ucap Nayla.

Safa senyum sinis.

"Are you mad?.Bayi tu tak bersalah.Yang salah orang yang buat dia.You nak tambah dosa you ke?. Tak cukup dengan maksiat you nak tambah bunuh dia pulak?"soal Safa.

"I tak ada pilihan.Family I takkan terima anak luar nikah.Dari dia besar baik kita buang dulu dia"ucap Nayla dengan mudah.

Safa bercekak pinggang memikirkan tentang masalah Nayla.Dia memejamkan matanya sejenak.

Dia memandang Nayla.

"Kita kahwin aje"ucap Safa.

Nayla terkejut dengan kata-kata Safa.Dia pun tidak percaya akan menyebut soal itu pada Nayla.

"Bukan ke awak nak dapatkan cinta Marwah balik?"soal Nayla.Hubungan cinta monyet mereka hanya bertahan selama enam bulan sahaja selepas kehilangan Marwah.

Mereka buat keputusan menyambung pengajian ditempat yang sama dan bekerja di Itali.

Tapi apa yang dirancang lain dari apa yang jadi?.Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari.

Dia melafaz akad nikah pada usia 24 tahun untuk Nayla bagi membantunya.Walaupun berkahwin hanya sekadar untuk menutup malu.Dan dalam masa itu juga dia menjadi ayah kepada Nayla Elina yang hadir sempurna tiada cela.Dia sedia pikul tanggungjawab itu.Dan merahsiakan tentang perkara itu.

Dia dapat mendengar sayup-sayup bacaan Yasin ditelinganya.Suara itu cukup dekat dengannya.

Begitu banyak wayar yang berada di badan Safa.Terdapat luka di mukanya,dan kaki kirinya bersimen.

Doktor bagitahu nafasnya terhenti semasa pembedahan berjalan tadi.Bersyukur Allah memberi peluang untuknya bernafas walaupun masih menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Mata Safa terpejam rapat.Marwah menatap wajah itu.Ilyas dibelakangnya hanya menjadi pemerhati.

Marwah duduk disebelah Safa.Dia membaca Surah Yasin bersama-sama Ilyas.Ada air jernih jatuh di pipi Safa disaat bahagian akhir surah Yasin dibaca.

Mungkin Safa sedang melawan penyakit untuk bangun.

"Marwah, kita balik dulu rehat.Nanti kita datang besok"ucap Ilyas menegurnya.

"Awak rasa dia boleh sedar tak?"soal Marwah pada Ilyas.

"Doa banyak-banyak supaya dia boleh lawan untuk bangkit"ucap Ilyas.

Bahu Marwah disentuh lembut.Dia akur dia perlu balik kerana sudah terlalu lama dia di sini.Ilyas juga mungkin sudah kepenatan.

Dia bingkas bangun dari duduknya.Dia merapatkan dirinya disebelah Safa.

"Saya maafkan awak Safa..tolong bangun cepat"bisik Marwah ditelinga Safa.

Marwah berpaling dan berjalan keluar.Ilyas memandang tubuh yang terbaring itu.

"Dia tunggu kau"ucap Ilyas sebelum keluar mengikut langkah Marwah.

********

Rumah puan Hajar bergema dengan bacaan surah Yasin.Marwah turut menyertai mereka.Doa sentiasa dipanjatkan agar Safa tabah dan kembali sembuh seperti sediakala.

Sesekali air mata Marwah diseka.Dari arah bertentangan Ilyas dapat melihat kesedihan diwajah tunangnya.

"Hajar sabar ya.Safa mesti akan sedar"ucap Puan Nor.

"Saya reda Nor dengan nasib menimpa Safa.Saya redha kalau Allah nak jemput dia.Mungkin kebahagiaan yang dia cari ada dekat sana" ujar Puan Hajar dengan suara teresak-esak.
Marwah mendengar kata-kata Puan Hajar itu terus menerpa ke arah Puan Hajar.

"Jangan Acik Hajar.Jangan lepaskan Safa pergi.Kesian dekat Elina.Dia perlukan Safa.Marwah yakin dia akan sedar"esak Marwah memandang Puan Hajar.

"Acik Hajar kesian dengan dia.Dia sanggup ketepikan perasaan sendiri, kebahagiaan dia sendiri untuk tengok orang lain bahagia"ucap Puan Hajar.

******

Marwah membuka pintu wad.Harini Ilyas tidak dapat menemaninya.Dia hanya datang seorang sahaja.Dia melihat tubuh itu masih sama.

Sekejap waktu berjalan sudah seminggu Safa masih tidak ada sebarang respon.Dia ibarat seorang putera yang tertidur menunggu untuk dibangunkan.

Marwah duduk disebelah Safa.

"Asalamualaikum...awak....harini hari ke tujuh awak tidur.Elina asyik tanya mana Ayah?.Bila Ayah boleh balik?.Rindu sangat dia dengan awak?"ucap Marwah sambil menundukkan wajahnya.

"Saya pun rindukan awak.Saya....rindu saat kita sekolah dulu.Awak selalu ada untuk back up saya kalau ada yang cuba kacau saya.Dan saya sedar awak bukan layan saya macam tu sorang.Sebenarnya awak layan semua perempuan sama.Awak....masih marahkan saya"ucapnya.

Tapi Safa tiada respon.Wad ini hanya terdengar bunyi mesin alat pernafasan.Pintu wad dibuka muncul seorang lelaki yang tidak dikenali.Berpakaian formal pejabat memasuki ruang itu.

Lelaki itu tersenyum manis memandangnya.

"Encik ni siapa?"

Lelaki itu mengeluarkan kad didalam poket bajunya dan diberikan kepadanya.Dia memandang kad itu.

Safa 2 Raid Interior design.

"Saya Raid mungkin Safa tak pernah cerita tentang saya.Maklumlah Safa ni banyak pendam rahsia.Saya datang ni bawa pesanan daripada Safa"ucapnya.

Marwah memandang pelik pada lelaki bernama Raid.Satu sampul bewarna coklat diberi kepada Marwah.Agak berat.

"Apa ni?"

"Cik Marwah boleh tengok"

Dia menutup mulutnya dengan tangan.Apa yang ada ditangannya ini diari lama miliknya yang hilang.Macamana boleh ada pada Safa? Diari ni hilang sebelum dia memusuhi Safa dan Nayla.Bererti Safa tahu isi hatinya.Tapi memilih Nayla jugak.

"Jangan salah faham.Saya rasa saya patut bagitahu perkara ni.Cik Marwah mesti ingat Elina tu anak kandung kepada Safa dan Nayla kan?"

"kenapa? Memang Elina tu anak kandung Safa kan?"soal Marwah teragak-agak.

Raid menggelengkan kepalanya.

"Nayla Elina Binti Abdul Aziz bukan Safa Anaqi"

Marwah agak terkejut.

"Anak luar nikah?.

Dia memandang Safa yang sedang terbaring diatas katil.

"Ya anak tak sah taraf.Tapi bukan anak Safa.Anak hasil hubungan Nayla dengan kekasih hati dia masa di Prague"cerita Raid.

"Kejap..kejap... sekarang awak nak cakap dengan saya yang Safa jadi pak sanggup untuk Nayla"ucap Marwah dia rasa mahu pitam dengan kenyataan yang terbentang didepan matanya.

"Ya perkahwinan mereka hanya sebagai untuk menutup malu.Setahun lepas melahirkan Elina, Nayla jatuh sakit dan menghidap kanser.

Kenapa Safa?.Ini ke yang dimaksudkan dengan Puan Hajar?.Safa rela melihat orang lain bahagia berbanding diri sendiri.Dan aku salah faham dengan dia selama dua belas tahun ni.Dan selama itu dia menyalahkan Safa atas apa yang berlaku.

Ya Allah ampunkan dosa aku....Safa kenapa?. Kenapa Safa?.Bertapa tidak diduga lelaki ini sanggup menjaga Elina walaupun Elina bukan darah dagingnya sendiri.

Matanya memandang wajah yang lena dibuai mimpi itu.Raid memandang wajah Safa.Dia memberi satu senyuman buat kawannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience