BAB 17

Short Story Completed 43158

Nasib ada Raid boleh bawanya pergi terapi dekat hospital setiap kali ada appointment doktor.

Dia menarik tali pinggang dan dipakainya.Raid memusingkan stereng keretanya dan keluar dari kawasan hospital.

"Safa aku nak tanya kau sikit boleh?"soal Raid.

"Tanyalah apa dia?"

"Kau dengan Marwah macamana ya?"soal Raid.

Safa memandang Raid yang sedang memandu disebelah.

"Asal kau tanya macam tu?. Sejak bila aku dengan dia declare ada hubungan.Dia tu tunang orang kot.Dia suka Ilyas and yes Ilyas the best man for her"ucap Safa sambil membelek telefonnya.

Raid gelak kecil.

"The best man for her.Kalau Ilyas The Best Man.Kau tu apa?"soal Raid.

"Kejap aku tak faham.Kau boleh straight to the point.Tak payah basi-basi"ucap Safa dia pening.

"Okay-okay aku nak tahu masih suka dekat Marwah ke?"soal Raid.

"Bukan aku tak suka dia tapi apa lagi rasa cinta pada dia.Aku juga selayak manusia lain yang ingin dicintai dan mencintai.Bila aku takdirnya mungkin kita akan berjumpa seberapa banyak kali pertemuan pun"ucapnya dalam hati sambil memandang ke luar tingkap .

Raid memandang Safa.Setiap kali persoalan itu diajukan mesti Safa memilih untuk berdiam.Mungkin tidak mahu menyakiti atau menunjukkan bertapa lemahnya dia.

********

Suasana dipadang permainan penuh dengan orang-orang dari kejiranan rumahnya.Dia duduk dikerusi batu berdekatan dengan gelongsor Elina bermain.

Tongkatnya diletakkan disisi dirinya.

"Elina jangan main lasak sangat nanti jatuh"pesan Safa.

Marwah berjalan ke arah Safa yang duduk berseorangan.Dia melabuhkan punggung di sebelah Safa.

"Eh...awak buat apa dekat sini?"soal Safa yang sedikit terkejut.

"Saja...Elina ajak saya sekali datang sini.Tak boleh?.Kalau tak boleh takpe saya balik"ucap Marwah mahu bangun.

"Sebab Elina takpe saya ingat awak datang sini sebab.."
"Sebab awak?.Jauh lagi rasanya"ucap Marwah.

Safa gelak besar.

"Mana mungkin awak datang sini sebab saya.Mesti sebab Elina"ucap Safa.

Marwah memandang Safa yang beriak tenang seperti biasa.

"Awak....saya nak tanya sesuatu pada awak boleh?"soal Marwah.Lelaki itu memandang redup padanya.

"Kenapa awak sanggup korbankan kebahagiaan awak untuk orang lain?"soal Marwah pada Safa.

Safa terdiam seketika.Lidahnya kelu mahu berbicara.

Dia menundukkan wajahnya.

"Mungkin sebab Allah dah rancang untuk saya sebegini.Takdir supaya orang yang sayang semua pergi dari hidup saya lepas dah tinggalkan kesan mendalam dalam hidup saya"ucap Safa dalam getar suaranya.

"Macam tu juga awak korbankan diri awak untuk Elina?"soal Marwah.

Dahi Safa bercantum.Dia cuba menahan air matanya.

"Elina Anugerah untuk saya jaga, lindung dan didik dia.Walaupun tak sesempurna yang dia impikan.Awak tahu tak dia pernah cakap dengan saya.Dia suruh saya kahwin dengan awak supaya dia ada ibu yang dia boleh kenalkan pada kawan-kawan dia"

Marwah sedikit muram.

"Tapi saya cakap awak ni hak orang.Awak milik uncle Ilyas.Takpe lama-lama nanti dia akan faham"ucap Safa.

Marwah memandang arah lain menyembunyikan rasa.

"Saya nak tanya awak jujur dengan saya? Awak betul-betul pernah cintakan saya dulu?"soal Safa.

Marwah mengangguk perlahan.

Safa tersenyum manis.

"Alhamdulilah...saya dapat rasa cinta awak tapi saya tak dapat nak memiliki.Ilyas akan jaga awak dengan baik lebih baik dari saya"ucap Safa mengalirkan airmatanya.Dia seka dengan jarinya.

Kedua-dua mereka hanya diam memandang tempat lain.Hati mereka masing-masing dalam kekeliruan.

*********

Ilyas memandang langit malam di Eropah.Dia rasa banyak kali dia mengeluh harini bukan sebab kepenatan bekerja tapi jauh disudut hatinya dia sendiri tak tahu betul ke dengan keputusan untuk dia kahwin dengan Marwah.

Sepertinya idea kahwin ni hanya dia yang mahukan tapi Marwah nampak tidak begitu memberi perhatian.

Taufiq yang melihat Ilyas berseorangan diluar.Dia mendekati kawan baiknya itu.

"Bro buat apa dekat luar ni sorang-sorang?"soal Taufiq.

"Tak ada apalah.Aku okay je"

"Okay macam ni.Kau dah macam orang putus cinta Tau?.Aku ingat masa cuti haritu kau balik sini dengan suasana yang gembira.Ini aku tengok kau banyak termenung.Cuba cerita dengan aku apa masalah?"soal Taufiq ingin tahu.

"Aku nak tanya kaulah.Kalau kau dah tunang dan tunang kau masih ada simpan perasaan pada orang yang dia pernah sayang.Apa kau nak buat?"soalnya.

Taufiq berfikir sejenak dengan soalan Ilyas.

"Kalau aku, aku dah usaha untuk pastikan dia bakal milik aku.Tapi tiba-tiba jadi macam tu, one thing je jawapan dia yang aku fikir solat istikarah minta petunjuk.Kita akan jumpa jawapannya"ucap Taufiq.

Ilyas memandang Taufiq.

"Lagi satu aku ada ingat quotes ni.Tidak semua cinta akan bertemu dengan pelaminan beberapa diantaranya justru akan menemui sebuah perpisahan"

Ilyas memandang laut yang dalam sedalam-dalamnya hatinya sekarang.

********

Hujung minggu mereka tidak kemana-mana.Kerana harini hari tuisyen Elina dengan Marwah.

Safa sengaja menyelinap masuk ke dalam bilik Elina.Marwah memandangnya yang bertongkat duduk di katil Elina.

"Takpe teruskan ajar Elina, saya cuma nak tengok proses pengajaran awak.Saya tak ganggu awak"kata Safa membelek buku yang dibawa dari biliknya.

Dalam sepuluh minit Safa memeluk tubuh memandang Marwah yang tekun mengajar Elina.Matanya tidak lepas memandang wajah itu.

Hanya cara ini je dia mampu menatap wajah gadis itu.

"Marwah!!!" panggil Safa.Marwah menoleh memandangnya.

Tapi dia pelik kenapa Safa tidak berkata apa-apa.Lalu dia fokus kembali pada Elina.

Safa diam.

"Marwah...."panggil Safa lagi sekali.Marwah memandangnya dengan persoalan.

Ketika memanggilmu.Aku tidak benar-benar ingin memanggilmu.Aku hanya ingin membuatmu melihat mataku.Ya melihat mata mu.

Marwah kembali pada Elina.Baru mulut Safa mahu memanggil Marwah dah menjeling maut padanya.Jatuh rahangnya bila Marwah memandangnya.

"Lagi sekali awak panggil saya?.Saya tolak awak keluar walaupun kaki awak macam tu"ucap Marwah memberi amaran.

Safa menunjukkan aksi menzip mulutnya untuk diam.Dia kembali pada bacaannya.

Dalam menunggu Elina membaca, dia terdengar bunyi kuat dibelakangnya.Dia dan Elina berpaling memandang sesama mereka.Safa sudah terlena siap pakej berdengkur.

Elina dan Marwah sudah tersenyum sinis.Mereka membawa pen marker dan mendekati Safa yang lena.

Dia melukis sesuatu dimuka Safa tanpa lelaki itu sedar.

Ketukan pintu menghentikan perbuatan mereka.Puan Hajar masuk memandang Safa.Anak lelakinya itu bangun mengosok matanya.

Dia pelik kenapa mereka menggelakkan dirinya.Apa yang kelakar sangat?.Tak pernah tengok orang tidur ke?.

Safa terpandang ke arah cermin bilik.Dia memegang wajahnya yang diconteng.

"Elina....elina buat apa dekat muka Ayah?"soal Safa menggosok mukanya.

Elina sudah gelak besar.Menyorok dibelakang Marwah.

"Ibu pun buat muka Ayah macam tu"ucap Elina.

"Apa?"soal Safa.Terus dia bangun dengan bantuan tongkatnya mahu mengejar Marwah.Marwah cuba larikan diriTapi entah macam mana dia terpijak marker pen dilantai dan hampir terlentang ke belakang.Nasib Safa menariknya supaya tidak jatuh.

Mereka terdiam seketika.Safa merasakan tangannya berada di pinggang Marwah.Dia terus melepaskan tangannya.

"Saya pergi...cuci muka dulu"ucap Safa terus meninggalkan bilik itu dengan jantungnya laju.

"Ermmmmmm... Elina Ibu rasa cukup harini.Ibu kena tolong nenek dekat rumah.Nanti kita jumpa lagi"ucap Marwah mencium dahi Elina.

Dia berdiri didepan cermin bilik airnya.Memandang wajahnya yang diconteng.Dia tergelak kecil dengan adegan tadi.

Pencuci muka diambil lalu dipicit dan mencuci mukanya berkali-kali untuk menghilangkan kesan conteng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience