BAB 12

Short Story Completed 43158

Dah seminggu sejak peristiwa dia pitam dan seminggu juga dia tidak nampak kelibat Safa.Mana agaknya lelaki itu pergi.

Elina pun pergi sekolah dengan Puan Hajar.Dia tidak pula bertanya apa-apa.Mungkin dia sudah biasa dengan keadaan itu.

Pesanan minumannya sudah siap.Dia mengambil pesanannya dan berjalan ke arah keretanya yang diparkir di bawah tanah.

Baru saja dia membuka pintu keretanya ada satu tangan menghalang pintu itu.Marwah sedikit terkejut.Mata itu memandangnya tajam.
"Safa awak buat apa dekat sini?"soal Marwah pada Safa yang didepannya.Tangan Marwah dipegang kuat.

"Apa ni?" tepis Marwah kuat.

"Kenapa kau takut tunang kau nampak?"soal Safa menekan ayat terakhir.

Marwah menggosok pergelangan tangannya yang sakit.

"Apa masalah awak ni?. Datang-datang terus marah orang.Ada masalah hati?"soal Marwah yang geram.

Safa tersenyum sinis.


Dia mendekatkan diri pada Marwah.Kedua-dua tangannya melekap pada kereta.

"Apa awak nak buat ni?"soal Marwah yang gugup.Dia menolak tubuh itu.Safa terdorong ke belakang dek tolakan Marwah.

Matanya teralih pada cincin yang ada pada jari Marwah.

"Cantik cincin tu"

Marwah turut memandang.Dia menyorokkan tangannya ke belakang.

"Tapi sayang bukan cincin daripada saya"ucapnya perlahan.Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Apa maksud awak ni?"soalnya lagi.

"Marwah saya nak tanya awak soalan.Tapi saya nak awak jujur dengan saya"

Marwah memandang Safa yang menunduk sedikit.

"Awak masih simpan perasaan awak pada saya?"soal Safa dengan berani.


Marwah melemparkan air yang dipegangnya pada muka Safa.Safa memejamkan matanya terasa sejuk air yang kena pada dirinya.

"Jangan ganggu hidup saya seolah-olah awak dengan saya dekat.Awak boleh je pura-pura tak kenal saya.Siapa awak nak persoalkan perasaan saya.Kalau awak rasa nak mati pun pergi mati sorang-soranglah"ucap Marwah dengan ketar.

Safa mengigit bibirnya.

"Kalau saya betul-betul mati boleh ke awak maafkan saya?"soal Safa pada Marwah.

Gadis itu hanya diam.

Dia memandang wajah Marwah lalu berpaling dan berjalan meninggalkan tempat parkir itu.

"Bagus!!! Pergi!!!"jerit Marwah pada Safa yang sudah jauh darinya.

***********

Elina termenung jauh memandang ke arah kawan-kawannya yang sudah balik dijemput oleh ibu bapa masing-masing.

Ilyas menyinggah ke taska Marwah membawa makanan tengahari.Dia tahu tunangnya itu belum makan tengahari.

"Asalamualaikum...."ucap Ilyas memanggil orang didalam taska.

"Walaikumusalam....eh awak"ucap Marwah meluru ke arah Ilyas.

"Saya ada bawa makan tengahari untuk kita.Saya tahu awak mesti belum makan"ucap Ilyas.

"Macam tahu-tahu je"ucap Marwah.

Ilyas memandang ke arah budak kecil yang duduk berseorangan di buaian.Wajah kanak-kanak itu muram tiada senyuman.

"Dia memang balik lambat ke?.Kejap tu bukan cucu jiran awak apa nama dia?"soal Ilyas baru teringat.

"Nayla Elina"

"Ahhh.... sekarang dah pukul berapa.Ayah dia tak datang ambil ke?"soal Ilyas.

Marwah mengeluh kecil.

"Tok Umi dia ambil tapi lambat sikit"

"Kalau macam tu kita ajak dia makan sekali.Kesian dia mesti lapar dah"ucap Ilyas menuju ke arah Elina.

Elina mengangkat mukanya melihat wajah lelaki yang bercakap dengan Ibu tadi.

"Elina....jom kita makan nak?"soal Ilyas.

Elina tidak bersuara dia hanya memandang wajah itu.

"Kita makan dulu nanti Tok Umi datang ambil.Nanti Elina lapar perut sakit kalau tak makan"pujuk Ilyas.

Tangan Elina menyambut huluran tangan Ilyas.Dia menarik tangan Ilyas masuk ke dalam taska.

Mereka makan tengahari bersama-sama.Ilyas tidak kekok melayan Elina.Mesti dia rindu Ayah dia.

**********

Raid mengetuk pintu pejabat.Dia masuk sahaja melihat wajah ketat Safa yang tidak berhenti kerja.

"Safa...aku rasa kau rehatkan diri jangan push diri kau macam ni"ucap Raid.

Tapi kata-katanya hanya angin yang lalu dicuping telinga Safa.Lelaki itu tidak berganjak.Wajah yang sudah tumbuh kumis halus itu menampakkan yang Safa sedang serabut.

Rasanya dekat dua minggu dia tak balik ke rumah keluarganya.Melepaskan rindu pada Elina melalui panggilan video sahaja.

Telefon pintarnya berbunyi tertera nama Umi diskrin.Dia menekan untuk menjawab.

"Asalamualaikum... Umi"ucap Safa.

"Walaikumusalam... Safa bila nak balik sini.Kesian dekat Elina ni hari-hari menunggu kamu"ucap Puan Hajar.

Safa menggaru keningnya.

"Insyallah Safa balik nanti"ucap Safa perlahan.

"Dahlah tu Safa jangan bawa diri macam tu.Raid bagitahu Umi yang kamu tu menyiksa diri dengan kerja tak rehat"ucap Puan Hajar.

Safa merenung tajam pada Raid yang berdiri tersengih didepannya.

"Okay-okay nanti Safa balik"ucap Safa mematikan panggilan.

Dia bingkas bangun dari kerusi dan mengambil blazernya disarungkan ke badan.

"Kau settlekan kerja tu"arah Safa meninggalkan ruang pejabatnya.

**********

Safa memusingkan keretanya memasuki lorong rumah keluarganya.Dan dia ternampak sebuah kereta dihadapan rumah Marwah.Dan terdapat seorang lelaki dan wanita sedang bercakap.

Di sisi Marwah, anak kecilnya turut ada bersama.Mereka terpandang pada keretanya yang berhenti dihadapan rumah Umi.

Safa menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum keluar dari keretanya.Spek mata hitam tersemat dibatang hidungnya.Dia menutup pintu kereta dan berjalan ke arah dua pasangan itu.

Marwah mati senyum melihat penampilan Safa yang sedikit kusut dan kurus.

Ilyas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Safa.Safa menyambut huluran tangan itu tanpa getar.

Elina terus ke arah Safa.Dia mengangkat tubuh kecil itu dan didukung.

"Elina rindu Ayah"ucap Elina memegang pipi Safa.

"Rindu sangat dengan Ayah dia nampaknya"ucap Ilyas yang tersenyum melihat dua beranak itu.

Marwah hanya diam menjadi pemerhati.Safa langsung tidak memandang ke arahnya.Mungkin masih sakit hati dengannya.

"Terima kasih sebab bawa dia balik.Elina jom kita balik.Ayah ada hadiah untuk sayang ayah ni.Salam Cikgu dengan Uncle"ucap Safa pada Elina.

Elina turun dan bersalaman dengan Marwah dan Ilyas.

"Anyway bro saya nak ucap terima kasih juga sebab tolong saya haritu"ucap Ilyas.

Safa hanya mengangguk perlahan.Sebelum tangan Elina diraih dan berjalan ke arah rumahnya.

Marwah memandang mereka berdua.

"Comel je tengok Elina tu.Nampak betul dia rindukan Ayah dia.Kalau kita ada anak nanti mesti macam tu juga kalau saya balik belayar"ucap Ilyas.

Ilyas memandang Marwah yang diam dari tadi.

"Sayang..... dengar tak saya cakap ni?"soal Ilyas.

Ahhh???. Marwah mengiakan sahaja.

*******

"Ayah boleh tak Elina nak pergi camping?"soal Elina sambil duduk diatas perut Safa yang sedang baring.

"Camping.Sejak bila pulak anak ayah ni minat bercamping"ucap Safa.

"Bolehlah Elina nak tengok air terjun"ucap Elina sambil mencium pipi Safa.

Safa membetulkan kedudukannya.

"Air terjun?.Ermmmm....tapi Ayah kena tengok cuaca dulu.Sebab bahaya kalau pergi masa cuaca hujan"

Elina tersenyum manis.

"Ni sepanjang Ayah tak ada.Elina buat apa?.Ada susahkan Tok Umi tak?"soal Safa.

"Elina pergi school, balik school pastu Uncle Iyas main playground dengan Elina.Seronok!!!"cerita anak itu dengan begitu teruja.

"Seronoknya...."

"Tapi lagi seronok kalau Ayah dengan Ibu ada sekali teman Elina main.Ayah pujuk ibu...."ucap Elina sambil menundukkan wajahnya.

Safa memegang kedua-dua pipi Elina.

"Sayang Ayah ni doa banyak-banyak supaya Ibu tak marah Ayah.Dah tidur kata nak pergi camping.Kalau lambat bangun kita camping dekat taman Tok Umi bertemankan air terjun kolam ikan jelah"ucap Safa sambil menggeletek badan Elina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience