BAB 14

Short Story Completed 43158

"Kejadian tanah runtuh di bukit tinggi telah mengakibatkan kawasan tapak perkhemahan musnah dan mengorbankan nyawa penunjung.Setakat jam lapan pagi ini, sebanyak 10 mayat dijumpai tertimbus dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.Bagi ahli keluarga yang terlibat dengan bencana ini boleh segera membuat laporan kehilangan mangsa.Setakat itu sahaja perkembangan tentang kejadian bukit tinggi"

Berita itu melemahkan lutut Puan Hajar.Dia terduduk dilantai dengan rasa terkejut.Kak Mek menenangkan Puan Hajar.

Puan Nor yang mendengar berita itu terus datang ke rumahnya bersama dengan Marwah.

"Nor tolong aku....cucu dengan anak aku"ujarnya menangis memegang tangan Puan Nor.

Puan Nor memeluk tubuh Puan Hajar.

"Marwah tolong acik kita pergi cari Safa dan Elina jom"ajak Puan Hajar.

Dia memapah Puan Hajar keluar dari rumah.Pintu kereta dibuka baru sahaja dia mahu masuk kereta sebuah kereta Mitsubishi triton berhenti.

Ilyas keluar menuju ke arah Marwah.

"Awak nak pergi mana?"soal Ilyas.

"Elina dengan Safa terlibat dengan bencana tanah runtuh dekat tapak perkhemahan tu.Kami nak pergi sana bawa Puan Hajar"ucap Marwah.

Ilyas mengambil kunci kereta ditangan Marwah.

"Saya bawa kereta awak"ucap Ilyas terus menyuruh Marwah duduk masuk ke sebelah penumpang.

Marwah memandang Ilyas yang masuk ke arah sebelah pemandu.Tali pinggang ditarik mereka bergerak ke lokasi kejadian.

**********

Riuh rendah kawasan itu dengan kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih terselamat dan ops mencari mereka yang masih hilang.

Puan Hajar tidak mampu membendung perasaan sedih.Dia tidak tahu keberadaan orang yang dia sayang.

Marwah memandang kawasan tapak perkhemahan yang dipenuhi tanah.Hatinya dirundung pilu.

Ilyas memeluk bahu itu.Dia memandang Ilyas yang turut risau.

********

Dia membuka matanya perlahan-lahan.Dia cuba bangkit kerana kepalanya berpusing.

"Encik dah sedar?"soal seorang lelaki yang menerpa ke arahnya.

"Anak saya....anak saya mana?"soalan itu muncul pertama kali setelah dia sedar.Kali terakhir dia lihat Elina menangis.

"Ada Encik jangan risau dia dekat sana"ucap lelaki itu menunjukkan arah berdekatan dengannya.Elina sedang duduk ditemani oleh pengunjung perempuan yang ada.

"Kenapa saya tak boleh bangun?"soalnya.Lelaki itu memandangnya dengan wajah penuh persoalan.

"Saya rasa Encik kena tunggu bantuan.Semalam encik jatuh terlentang dan kaki kiri Encik kemungkinan patah.Saya tak berani nak angkat takut ada bahagian lain patah"ujarnya.

Dia memandang langit yang membiru.Apa lagi ujian yang melanda diriku.Elina berlari ke arahnya dan memeluknya.

"Sayang....ayah ada sakit dekat mana-mana tak?"soal Safa memegang wajah comot itu.Dia mencium tangan anaknya berkali-kali.

Bagai mahu hilang nyawanya semalam dengan keadaan yang begitu cepat berlaku.

Dia terdengar salakan anjing dari jauh.Begitu juga dengan mereka yang lain.Yang berada disitu.

Mereka terperangkap disebalik pohon besar.Mereka menjerit memanggil bantuan.Dia memandang kakinya yang diikat dengan kayu.Dia sudah tidak merasa apa-apa lagi.Dia cuma mahu cepat keluar dari sini.

Tangan Elina digenggam erat seperti tidak mahu lepas lagi.

Pihak bomba menunjukkan barang milik Safa dan Elina yang penuh dengan kesan tanah.Puan Hajar pengsan sebaik sahaja dia melihat anak patung kegemaran cucunya itu.Nasib ada Ilyas dan Puan Nor yang memegang.

"Ya Allah....kenapa kau ambil mereka berdua disaat ini?"ucap Marwah menutup mulutnya dengan tangan.

"Kalau awak nak mati pergi mati sorang-soranglah"

"Kalau saya mati boleh awak maafkan saya"

Dia masih ingat wajah kecewa Safa tempoh hari apabila dia melontarkan kata-kata itu.

"Alpha section D kami jumpa target ada beberapa pengunjung yang terkandas disana.Hantar pasukan medik sekarang"

Bergegas seramai dua puluh orang anggota bomba dan penyelamat ke kawasan itu.Ilyas memandang Marwah yang terduduk sambil menitiskan air matanya.

*******

Safa rasa tulangnya terasa sejuk.Genggaman tangan Elina tidak lepas langsung.

Salakan anjing semakin kuat, dia dapat dengar suara bantuan sampai.Seorang medik turun ke arah Safa yang terbaring.Dia melihat kaki Safa yang mula bengkak.

Lampu disuluh ke anak matanya.

"Encik boleh dengar saya?"soal Medik sambil menampar lembut pipinya.Safa mengangguk perlahan.

"Anak saya? Tolong rawat dia"pinta Safa.Medik itu memeriksa Elina.Hanya terdapat kesan luka dipipi mungkin terkena serpihan batu.

"Anak Encik okay.Sekarang saya nak Encik jangan tidur.Jangan lelap mata.Kami akan bawa Encik keluar dari sini dengan segera"ucapnya sambil memasang wayar oksigen pada Safa.

Dalam dua puluh minit, mereka berjaya mengeluarkan Safa dari situ bersama Elina dan beberapa pengunjung yang lain.

"Mangsa patah tulang kaki dan kemungkinan ada rusuk yang patah.Short breathing...call OT untuk pembedahan kecemasan"ucap medik pada walkie talkie.

Dari jauh Marwah nampak Elina yang kusut dengan kesan comot dimuka.Dia berlari ke arah Elina.Ilyas turut mengikut langkah Marwah.

"Elina!!!!" jerit Marwah.Elina mendengar suara itu.Lalu dia menangis meluru ke arah Marwah yang mendepakan tangannya.

"Ibu.... Elina takut....Ibu..."ucap anak kecil itu pasti dia trauma dengan apa yang jadi?.Dia mencium pipi gebu Elina.Memanjat kesyukuran Allah lindungnya.

"Ayah.....ibu...."ucap Elina.Ilyas yang berdiri dibelakang Marwah menjadi pemerhati.Dia terkejut juga Elina memanggil Marwah ibu.Tapi riak wajahnya dikawal sehabis baik.

Elina menunjukkan arah lain.Di situ dia melihat para medik menolak seseorang ke dalam ambulans.

"Minta maaf kami kena bawa dia sekali untuk pemeriksaan lanjut"ucap medik yang menunggu.

"Kejap apa jadi pada Ayah dia?"soal Marwah yang risau kelibat Safa tidak ada.

"Kami kena rushing ke hospital mangsa perlu buat pembedahan kecemasan.Apa-apa Cik boleh ke hospital terus"ucapnya.

Tubuh Marwah lemah.Bahunya dipaut Ilyas, Ilyas memandang Marwah yang pucat risaukan Safa.


********

Marwah memegang tangannya erat.Dia takkan maafkan dirinya sekiranya apa-apa berlaku pada Safa.Betul cakap Ibu, sebenarnya bukan Safa yang tak boleh terima kenyataan hidup tapi sebenarnya dia yang tak boleh terima kenyataan itu.Kenyataan yang berlaku pada dirinya ini akan lebih menyakiti hatinya bukan menggembirakan dia.

Dia memandang ke arah pintu bilik pembedahan itu yang masih belum terbuka dari mereka sampai tadi.

Ilyas mendekati Marwah.Dia melutut dihadapan Marwah.Tangan yang mengigil itu digenggam kuat.

Marwah memandang Ilyas yang tenang.

"Semua akan baik-baik saja.Kita doa banyak-banyak supaya dia kuat lawan semua ni.Dia perlu kuat untuk anak dia"ucap Ilyas.

Marwah menundukkan wajahnya menangis penuh penyesalan.Ilyas menahan air matanya dari mengalir.Dia menepuk belakang badan Marwah bagi menenangkan tunangnya itu.

Kenapa dia rasa Marwah begitu ambil berat dengan Safa?.Betul ke mereka hanya sekadar kawan biasa?.

********

Doktor bertungkus-lumus melakukan pembedahan ke atas Safa.

"Mungkin memang takdir hidup ku untuk memberi mereka rasa kehadiran ku buat sementara sahaja.Aku hadir sebagai pilihan untuk mereka.Aku hadir untuk menyakiti dia dan meninggalkan dia.

Mungkin juga memang takdir untuk tidak merasa apa itu kebahagiaan sebenar.Mungkin juga memang takdir aku hanya sekadar menjadi hiasan dihati dia.... maafkan saya... sebab lukakan hati awak.....mengikhlaskan kepergian awak mungkin cukup susah bagi diri saya tapi..itu yang sedang saya...lakukan sekarang.Sekarang juga saya faham kenapa Allah itu menjauhkan saya dari orang yang saya sayang sebab dia ingin menggantikan aku dengan kemanisan yang tidak akan habis....

Airmatanya mengalir dalam tidur yang baginya akan terasa lama...

Tit....tit....tit..........

Doktor segera memberi bantuan kepada Safa yang mengalami shock ketika pembedahan dilakukan.

,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience