Sepuluh puluh tahun kemudian...
"Abang..... sayang tak tahu nak luah macamana dengan Abang.Sayang suka tengok Abang berusaha untuk jadi ayah dan suami yang baik.
Minta maaf sebab saya tak dapat jadi ibu yang baik untuk anak-anak dan isteri yang baik untuk Abang"
Surat yang ditulis oleh arwah Marwah pengubat hatinya setiap kali dia merindukan Marwah.
Dia meletakkan surat itu didadanya.Benar kita kena menghargai seseorang itu saat dia masih ada.
Kehilangan Marwah menutup pintu hatinya untuk menerima sesiapa lagi.Cukup anak-anak yang semakin membesar.Dapat kasih sayang daripada Nenek dan Umi.
Dia tak mahu terluka lagi.
Raid memasuki pejabatnya.Dia menyimpan surat tersebut.
"Safa...semua dah sedia tinggal tunggu Kau je Ni"ucap Raid.
Spek matanya dipakai terlebih dahulu sebelum bangun dari duduknya dan menuju ke luar dari pejabatnya.
********
Melihat Elina dan Elisya membesar sudah cukup menyempurnakan hidup Safa.Dia mahu fokus untuk membesarkan mereka.Dengan segala pesan daripada Marwah akan diterapkan dalam kehidupan hariannya.
Dia kadang berfikir mengapa Allah itu tidak adil untuknya?.Bila difikirkan balik Allah menguji dia kerana dia tahu bertapa hambanya itu cukup kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup.
Nayla....menjadi sejarah persinggahan dalam hidupnya mengajar erti perjuangan.Marwah isteriku....menjadikan aku seorang lelaki yang hebat dan kuat dalam hatinya.
Seandainya Masih Ada cinta Safa mahu kembali ke hari pertama pertemuan mereka.Dan waktu itu dia tidak akan sia-siakan cinta yang diberikan oleh Marwah untuknya.
Buat isteriku kamu akan sentiasa menjadi bidadari dalam hati saya dan anak-anak.Tunggu saya di Sana.....
Safa Anaqi...
Alhamdulillah short story say tamat disini.Saya ambil tajuk daripada lagu Dayang Nurfaizah Seandainya Masih Ada cinta.Runut lagu dan bait lirik sangat mendalam. Nantikan next story saya My Kampung Boy akan release bila-bila masa.Minta maaf sekiranya ada salah silap.Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca NP.
Share this novel