Safa berjalan ke arah taman permainan membawa Elina keluar.Kesian Elina sejak Marwah sakit dia banyak habiskan masa di hospital.
"Elina main elok-elok sayang.Jangan jauh-jauh"pesannya.
Dia menundukkan wajahnya seketika.Hatinya gusar dari hari ke hari.Memikirkan kesihatan isterinya yang semakin merosot.
"Safa...."panggil satu suara dihadapannya.Dia mendongak memandang Rania kawan baik Marwah.
Mereka duduk di bangku.
"Kau buat apa dekat sini?"soal Safa pada Rania.
"Tu bawa anak aku main playground.Hilangkan bosan"
Safa memandang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain bersama Elina.
"Dulu masa zaman sekolah Marwah selalu datang sini suka bersenam walaupun dia ada asma dia nak juga bersenam macam orang biasa tapi lepas dia kahwin dengan orang yang dia suka iaitu kau"ucap Rania sebak.
Safa memandang wajah Rania.
"Setelah dia kahwin dengan kau.Kami tak datang sini dah.Lagi-lagi sejak dia mengandung ni"ucap Rania.
Safa menahan tangis.
"Jangan risau dia mesti sembuh punya.Dia akan baik-baik saja"ucap Rania mengalirkan airmatanya.
Mereka berdua menangis dalam diam.Kalau itu keajaiban untuk Marwah dia berharap ada untuk isterinya.
********
Safa menunggu ketibaan seseorang di KLIA.Rasanya dah hampir enam bulan mereka tidak berjumpa.Dia menanti penuh sabar.
Sekumpulan anggota tentera laut keluar dari pintu utama.Dia mencari kelibat itu.Dari jauh tangan dilambai ke arahnya.
Safa tersenyum.
Mereka bersalaman sesama mereka.Ada hikmah daripada perkahwinan yang tidak jadi dulu.Kini Safa dan Ilyas menjadi kawan.
"Jom masuk kereta"
Perjalanan dari KLIA menuju ke rumahnya mengambil masa setengah jam sekiranya tidak sesak.
"Kau nampak kurus?.Susah hati"soal Ilyas pada Safa.Dari KLIA tadi dia nampak badan Safa susut.
"Biasalah makan tak menentu kadang"
"Marwah macamana?"soal Ilyas.
Safa memandang Ilyas disebelah.
"Macam tulah dia tak boleh terlalu penat.Kena sentiasa pantau.Aku pun tak tahu apa nak buat"ucap Safa.
"Dia nak ke jumpa aku?"soal Ilyas.
"Mestilah dia happy jumpa kau.Kali terakhir kau jumpa dia enam bulan lepas.Sekurang-kurangnya kau boleh bagi semangat dekat dia"
Ilyas mengangguk perlahan.Dia memandang ke arah luar tingkap.
*********
Marwah duduk sambil mengusap perutnya yang semakin besar.Hari demi hari dia rasa sedikit gusar.
Dia selalu berfikiran negatif tentang dirinya.Suara orang memberi salam membuatkan dia berpaling.Safa masuk ke ruang tamu bersama dengan seseorang yang dia kenal.
"Ilyas..."
Lelaki itu hanya tersenyum penuh.
"Asalamualaikum... Marwah.How you doing?"soal Ilyas yang duduk dikerusi.
"Walaikumusalam..saya okay.Macamana awak boleh ada dekat sini"
"Tanyalah suami awak ni.Dia yang bawa saya kesini.Nampaknya makin hari makin besar perut awak"ucap Ilyas melihat perut Marwah.
Marwah memandang Safa disebelahnya.
"Abang yang bawa Ilyas jumpa Sayang.Kebetulan Ilyas balik Malaysia nak buat persiapan pernikahan dia"
Marwah ternganga mendengarnya.
"Serius awak nak kahwin dah?. Siapa calonnya?"
Muka Ilyas blushing.
"Dia doktor tentera.Sabrina nama dia.Insyallah nanti saya jemput awak datang"ucap Ilyas.
"Wah tak sabarnya"
"Tapi awak kena janji dengan saya yang awak kena sihat dan kuat"
"Insyallah kalau tak ada apa masalah atau halangan ada rezeki kita jumpa"
Mereka bertiga berborak sakan.
*********
Marwah rasa tak selesa dengan perutnya.Dia cuba berpusing ke kiri dan kanan tapi tak boleh.Safa terjaga dia melihat Marwah cuba bangun dari katil.
"Sayang....nak pergi mana?"soal Safa separuh sedar.
"Saya tak boleh tidur sebab perut saya tak selesa"
Safa duduk memandang Marwah.
"Sayang nak Abang tolong apa-apa?"soal Safa.
"Saya nak awak baca surah at taubah dan surah yusuf boleh?"soal Marwah.
"Boleh kejap saya ambil wuduk kejap"ucap Safa bingkas bangun dari katil.
*******
Alunan bacaan surah dari Safa melegakan sikit gusar dan sakit pada dirinya.Dia membaringkan badan.Cuba untuk melelapkan matanya dengan mendengar alunan bacaan surah At taubah dan surah yusuf.
Bayi dalam kandungannya seperti faham Ayahnya membaca surah untuknya.Dia rasa sakit pada perutnya.
Dia membuka mata terasa seperti ada sesuatu mengalir dicelah kakinya.Dia mahu menjerit tapi dia memandang wajah Safa yang masih membaca al Qur'an.
Bahu Safa disentuh, dia mendongak memandang Marwah.
"Abang....tolong...."rintih Marwah menunjukkan tangannya ada darah merah.
Safa menutup Al Quran dan diletakkan di atas meja.Lalu dicempung tubuh isterinya lalu keluar dari bilik.
**********
Semua menanti penuh debar di luar wad kecemasan.Puan Hajar dan Puan Nor turut ada membawa Elina sekali.
Dah dekat satu jam dia tak dapat apa-apa berita lagi.
Seorang doktor keluar dari wad kecemasan.
"Encik Safa boleh masuk ke dalam kerana Puan Marwah akan bersalin secara pembedahan kecemasan"ucap doktor.
Safa terus masuk ke dalam wad mengikut langkah doktor.
Peluh renek sudah membasahi dahi Marwah.Dia sudah diberikan oksigen oleh doktor.
Safa yang sudah lengkap berpakaian mengikut prosedur dalam bilik pembedahan berdiri disebelah Marwah.
Tangan isterinya digenggam kuat.Marwah membuka oksigen di hidungnya.
"Saya minta maaf dengan awak....sebab mungkir janji saya pada awak...saya nak minta halalkan makan minum saya"ucap Marwah.
"Sayang tak buat salah dengan Abang pun.Sayang isteri abang yang baik dan ibu yang baik untuk anak-anak kita"
Marwah mengalirkan airmatanya.
"Jangan nangis sayang.Sayang fokus lahirkan anak kita.Kita nak jaga dia sama-sama kan"ucap Safa memberi kata-kata semangat buat isterinya.
Doktor berusaha mengeluarkan bayi dalam perut Marwah.Dalam tiga puluh minit akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat.
Tangisan bayi itu melegakan hati Safa.Dia mencium ubun-ubun isterinya.
"Sayang anak kita dah lahir sayang"ucap Safa pada Marwah.
Marwah tersenyum penuh.Ya Allah aku bersyukur kau memberi aku peluang untuk melahirkan anak untuk Safa.
Aku bersyukur.....
********
Safa keluar berjumpa dengan Puan Hajar dan Puan Nor.
"Macamana dengan Marwah?"soal Puan Nor.
"Alhamdulillah ibu dan bayi okay"
"Alhamdulillah"
"Marwah okay ibu.Dia tak ada apa-apa"
Marwah rasa mengantuk tiba-tiba.Dia teringatkan sesuatu.
"Maafkan Abang"
"Kenapa Abang minta maaf?"ucap Marwah memegang pipi suaminya.
"Abang rahsiakan sebab tak nak saya risau.Saya tahu itu buat Abang tertekan.Saya nak ucapkan terima kasih dengan Abang.Sebab Abang bukan hanya suami saya tetapi juga ayah yang baik di dunia ni.
Saya tak tahu macamana saya boleh dapatkan lelaki yang baik dan tampan macam awak, kan?"soal Marwah.
Puan Nor sudah menangis teresak-esak dengan Puan Hajar.
Dia memejamkan matanya perlahan-lahan.
"Doktor tekanan darah pesakit naik"ucap jururawat.
********
Puan Hajar dan Puan Nor seronok melihat gambar cucu mereka.Safa tersenyum memandang ke arah laluan.Ternampak doktor yang merawat Marwah.
"Doktor kenapa ni?.Apa yang tak kena?"soal Safa pada doktor itu.
"Puan Marwah tak sedarkan diri.Dia mengalami pendarahan secara tiba-tiba.Kami akan cuba untuk selamatkan dia"ucap doktor.
Safa meraup rambutnya ke belakang.Dia mula risau dengan keadaan isterinya didalam.
Dia mundar-mandir diruang menunggu.Hatinya sudah resah menanti penuh debar berita tentang isterinya.
Doktor keluar dari bilik pembedahan.Dia membuka penutup mukanya.Bahu Safa dipegang oleh doktor.
"Saya minta maaf sangat sebab tak dapat nak selamatkan isteri Encik.Puan Marwah mengalami pendarahan yang sangat teruk.Jadi kami ucapkan takziah pada Encik"ucap doktor itu.
Safa rasa lututnya lemah.Puan Hajar dan Puan Nor sudah mula menangis semahu-mahunya.
"Ya Allah Sayang....Kenapa sayang mungkir janji dengan Abang.Saya kata nak jaga anak-anak kita sama-sama.Ya Allah kau ampunkan segala dosa isteriku" ucap Safa dalam hati.
********
Safa masuk ke dalam bilik pembedahan itu.Keadaan sunyi dan hanya ada dia dan Marwah yang sudah tidur untuk selamanya.Dia membuka kain dimuka Marwah.
Wajah isterinya cukup tenang.Dia mengusap perlahan-lahan pipi isterinya.
"Sayang....lepas ni sayang tak sakit dah.Sayang boleh rehat sekarang.Abang janji akan jaga anak-anak.Saya tidurlah biar Abang tengok anak-anak kita
Abang ampunkan segala dosa sayang.Abang akan sentiasa ingat pesan sayang pada Abang"ucap Safa mencium ubun-ubun isterinya kening.
Dia benar-benar redha kalau ini memang takdir perjalanan hidupnya.Orang yang dia sayang pergi meninggalkan dirinya.
"Berehatlah sayang tunggu Abang dan anak-anak di syurga.Sayang betul cinta Abang sampai mati"ucapnya dalam hati sebelum dia rebah....
Dia cuba berharap ini semua hanya mimpi atau sebuah khayalan sahaja.Tapi takdir siapa boleh lawan?"
Share this novel