BAB 5

Short Story Completed 43158

"Kenapa layan Marwah macam tu Safa?"soal Puan Hajar yang muncul dibiliknya.Safa meletakkan buku yang dibacanya dia memandang wajah Puan Hajar.

"Safa rasa dah layan dia dengan baik.Umi boleh nampak macamana petang tadi.Dia layan Elina"ucap Safa.

"Dia perlukan masa Safa.Jangan layan dia macam tu.Dia tak sengaja sebab dia tak tahu"

Safa mengeluh kecil.

Dia rasa serba salah juga dengan Marwah.Sebab dia sendiri terkejut petang tadi terlepas cakap macam tu dekat Marwah.

Bertambah terluka hati Marwah.

*******

Puan Nor membawa dulang makanan ke dalam bilik Marwah.Dia melihat anak gadisnya termenung jauh.

Sikapnya tidak tumpah seperti dua belas tahun lepas.Dia mendekati tubuh itu.Lalu dulang makanan diletakkan diatas meja.

"Ibu Marwah ni teruk sangat ke?"soal Marwah pada Puan Nor yang sedang memerhatinya.

Tangan itu digenggam erat.Lalu diusap lembut.

"Marwah tak teruk tapi keadaan sekarang ni yang buat Marwah macam ni.Ibu rasa sedih sangat dengan apa yang jadi petang tadi.Anak ibu yang ibu rasa seorang yang tidak pernah tinggikan suara.Tiba-tiba meninggikan suara lebih-lebih pada anak kecil yang tak tahu apa-apa"ucap lembut.

Airmatanya terus menerus mengalir di pipi.Dia pun rasa macam tu.Dia rasa insecure dengan apa yang ada depan matanya.

"Marwah nak tahu kenapa Elina panggil-panggil ibu pada Marwah?"soal Puan Nor.
Marwah memandang wajah itu.

"Sebab dia...tak ada ibu macam Marwah.Sebab dia mengharapkan kasih sayang seorang ibu"ungkap Puan Nor.

Marwah mengesat air mata yang mengalir dengan belakang tangannya.

"Apa maksud ibu?"soal Marwah.

Puan Nor menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memberanikan diri untuk bercerita.

"Nayla meninggal sebab kanser payudara setahun lepas melahirkan Elina"cerita Puan Nor pada Marwah.

Marwah memeluk kedua-dua lututnya.Ya Allah....apa aku dah buat ni?.Dia memegang tangan Puan Nor.

Airmatanya mengalir lebih lebat sebaik sahaja Ibunya bercerita tentang Nayla.Tubuh Marwah dipeluk.
"Ibu...kenapa Marwah tak tahu tentang ni.Kenapa Ibu tak bagitahu Marwah?"soal Marwah sambil menggoncang badan Puan Nor.

Marwah mahu bangun dari katil.

"Marwah nak pergi mana?"soal Puan Nor memegang tangan Marwah.

"Marwah nak jumpa Nayla"ucap Marwah.

"Dah malam ni Marwah jangan buat macam ni"Puan Nor mengusap rambut anaknya.Marwah memeluk tubuh ibunya menangis teresak-esak.

***********

Loceng rumah ditekan, dia menarik nafas sedalam-dalamnya.Pintu dibuka dan muncul Puan Nor.

Safa memberi salam pada Puan Nor.

"Asalamualaikum.. Acik Nor.Maaf ganggu pagi-pagi ni.Macam ni saya datang nak jumpa Marwah"ucap Safa dengan hati-hati.

"Walaikumusalam...nak jumpa Marwah untuk apa ya?"soal Puan Nor.

Safa menggaru keningnya.

"Saya nak minta maaf pasal semalam.Saya tak sengaja nak marah dia.Saya terkejut bila dia marah Elina"ucap Safa.

Puan Nor mengeluh kecil.

"Acik nor minta maaf dengan kamu juga pasal Elina.Kamu nak jumpa Marwah tapi dia tak ada dekat rumah"

Safa mengerutkan dahi.

"Dia balik Jepun ke?"soal Safa yang risau kalau Marwah merajuk lagi.

Puan Nor tersenyum manis.

"Taklah dia pergi lawat kubur Nayla"ucap Puan Nor.

"Kubur Nayla?"

Safa terdiam seketika.

"Tapi tulah Acik Nor rasa dia dah pergi lama tapi tak balik lagi"ucap Puan Nor.

"Takpelah kalau macam tu saya pergi jemput dia"ucap Safa pada Puan Nor.

Puan Nor mengangguk perlahan.

Safa berlari kembali ke rumahnya dan menuju ke keretanya.

*********

Dia melabuhkan punggung di kubur arwah Nayla.Dia mengusap perlahan batu nisan itu.

"Kenapa kau tipu aku? Kau janji dengan aku yang kau akan jaga dia? Kenapa kau tinggalkan dia disaat dia cintakan sangat-sangat?"ucap Marwah.

"Dia sanggup tinggalkan aku demi kau.Dan sekarang kau tinggalkan dia.Mana janji kau nak bahagiakan dia.Kenapa kau tinggalkan aku?.Kenapa kau tak bawa aku dengan kau sekali supaya aku tak rasa sakitnya menunggu dia"

"Aku minta maaf sebab marahkan Elina.Aku minta maaf sebab sakitkan Elina.Aku minta maaf sebab.....sebab marahkan kau".

Airmatanya jatuh untuk keberapa kali dia sendiri tidak tahu.Dia membersihkan pusara itu.

"Aku mengaku yang aku tak kuat macam dulu.Sebab separuh kekuatan diri aku kau dah ambil.Aku ...aku tak tahu aku kuat atau tidak sekarang.Safa mesti bencikan aku sangat-sangat"ucapnya.

Dia berteleku lama disitu membaca surah Yasin.Ada rintik-rintik kasar jatuh, tapi dia hanya membiarkan sahaja.

Selesai membaca ,Hujan mula lebat.Marwah bangun dari duduknya dan memakai selipar.

Dia berlari-lari anak untuk keluar dari kawasan perkuburan itu.Telefon bimbitnya dikeluarkan tapi tak boleh hidup dia lupa nak pesan grab untuk balik.

Hujan sangat lebat, dia cuba berjalan ke depan untuk mencari tempat berlindung.Dalam dia menunduk berjalan dia terasa ada satu bayang gelap menutup jalannya.

Rintik hujan juga tiada.Dia mendongak memandang ke atas.Rupanya Safa memayungkan dirinya.

Dia berundur sedikit tapi tangan Safa laju menariknya supaya tidak terkena hujan.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.Marwah melihat wajah Safa yang sedikit basah mungkin terkena tempias hujan.

*******

Marwah yang berada disebelahnya hanya diam sahaja.Dia menunggu Safa masuk ke dalam kereta.

Bajunya basah lencun dan dia terasa mengigil kesejukan.Pintu sebelah pemandu dibuka, Safa melangkah masuk ke dalam dengan tangannya memegang tuala muka dan jaket kulit.

"Nah awak lap dulu keringkan muka awak sementara sampai rumah dan ni jaket ni pakai baju awak tu nampak badan"ucap Safa menghulurkan tuala muka dan jaket kulit miliknya menutup badan Marwah.

"Terima....kasih...."ucap Marwah sedikit mengigil.

Tangan Safa memperlahankan sedikit penghawa dingin keretanya dia perasan Marwah terketar-ketar menahan kesejukan.Dia menekan pedal minyak dan memutarkan stereng kereta bergerak meninggalkan kawasan perkuburan islam itu.

Tiada suara mahu pun bicara antara mereka berdua.Safa leka memandu, tapi dia tahu Marwah memandangnya.

"Saya nak minta maaf pasal semalam.Saya tak sengaja nak marah awak"ucap Safa sambil menelan air liur.

Safa menanti reaksi Marwah.

"Saya yang salah sebab lepaskan kemarahan pada orang yang salah.Saya pentingkan diri saya sendiri.Kenapa awak tak cakap yang Nayla dah meninggal?"soal Marwah pada Safa.

Safa mengigit jarinya.

"Sebab arwah Nayla tak nak susahkan awak.Bagi dia cukuplah kami sebagai beban pada awak.Dia tak nak menambah beban pada diri awak."ucap Safa dengan nada suara sedikit goyang.

"Elina? Nama dia..."

"Ya nama dia...Arwah ambil dari nama awak dan dia.Nayla Elina binti Safa Anaqi pilihan terakhir dari Arwah Nayla"ucap Safa memandang Marwah disebelahnya.

Marwah memalingkan mukanya ke luar tingkap.Dia rasa kekok dengan Safa.

Safa hanya tersenyum sedikit.Melihat muka pucat Marwah yang menahan sejuk itu.Dia menekan punat radio bagi menghilangkan rasa sunyi antara mereka.

*******

Pintu kereta dibuka dan Marwah mahu memberi jaket kulit miliknya semula tapi dia menghalang.

"Lain kali aje awak pulangkan.Saya rasa awak patut masuk dalam terus"ucap Safa sambil memandang sekeliling takut-takut ada yang sekodeng badan Marwah pulak.

"Terima...kasih..."ucap Marwah.

Safa hanya mengangguk kepala.

Marwah melangkah masuk ke dalam rumah.Safa memalingkan mukanya ke arah lain.Mengelak dari memandang badan Marwah yang basah.

Setelah selamat baru dia masuk ke dalam rumahnya.Dengan langkah kakinya menuju ke pintu masuk rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience