BAB 8

Short Story Completed 43158

Harini hari hujung minggu pertama setelah dia bekerja.Aktiviti harini dia mahu sesuatu untuk Ibu.

Jadi jam sepuluh pagi dia sudah terpacak awal di pasaraya berdekatan dengan rumahnya.

Dia memeriksa senarai barang yang dipesan Ibunya.Lalu dia mematikan enjin kereta dan melangkah keluar.

Kakinya berjalan menuju ke pintu masuk pasaraya.Dia memulakan pencarian bahan kering dahulu.

Tidak lepas memegang senarai ditangannya.Sambil menolak troli mencari barang.

"Ingat Elina pesan Ayah jangan cari junk food banyak sangat sebab apa?"soal Safa menolak troli.

"Nanti yosak gigi"ucap Elina sambil menunjukkan giginya.

Safa mencuit hidung Elina.Dia menolak troli dari satu lorong ke satu lorong.Membeli barang rumah sedikit.Sebab keperluannya juga sudah habis.

Troli berhenti dihadapan buah-buahan.Elina menunjukkan buah anggur shine Muscat yang nampak manis itu.

Dia mengambil dan diletakkan dalam plastik.

Marwah menolak troli ke bahagian barangan basah pula.Dia memilih beberapa jenis ikan dan ayam.

Safa sedang leka memilih ikan mengalihkan pandangan ke arah sebelah.Dia tersenyum melihat Marwah yang sedang menunggu pekerja membersihkan ikan.

Safa memberitahu Elina yang sedang duduk dalam troli.Anak kecil itu berpaling dan memanggil Marwah.

"Ibu... Ibu...."panggil Elina.

Marwah yang sedang berpeluk tubuh mencari-cari dari mana suara itu.Dia berpaling dan ternampak Safa dan Elina.

Elina meminta ayahnya untuk menurunkannya dari troli.Dia terus berlari ke arah Marwah dengan senyuman manis.

Marwah hanya menyambut dengan senyuman.Safa menolak troli ke arahnya.

"Hei...Elina beli apa?"soal Marwah.

"Beli barang untuk Tok Umi"ucapnya.

Safa memandang troli Marwah yang hampir penuh.

"Banyak barang nak buat kenduri ke?"soal Safa dengan suara garau.

Marwah memandang trolinya.Memang penuh kadang niat beli barang Ibu jadi terlebih belanja pulak.

"Kalau nak buat kenduri pun apa asalnya?.Saya rasa tak salah"ucapnya membalas soalan Safa.

Safa berdeham sedikit.

"Kalau kenduri antara awak dengan saya takpelah"ucapnya mengacau Marwah.

Marwah senyum sinis.

"Awak nampak tak ni?"soal Marwah sambil menunjukkan jarinya yang terdapat cincin belah rotan.

Safa tergelak kecil.

"So awak nak cakap awak ni hak oranglah macam tu?.Saya tak percayalah sebab ramai wanita dekat luar sana tu sengaja pakai cincin nak tunjuk yang dia hak orang sedangkan tak pun"ujar Safa dengan yakin.

"Suka hati awaklah....saya malas nak cakap panjang lebar dengan awak"ucapnya

Marwah mengambil ikan yang sudah dibersihkan dan diletakkan dalam troli.

"Marwah....masih ada peluang ke untuk saya?"soal Safa dengan serius.Dia memandang wajah Marwah.

Marwah memandang Elina yang memandang mereka berdua.

"Elina....nanti tengahari datang rumah Nenek boleh?"soal Marwah mengendahkan soalan Safa.

Elina mengangguk kepala.

******

Barang dimasukkan ke dalam but kereta.Ada satu tangan menolongnya mengangkat barang ke dalam but iaitu Safa.Dia fikir lelaki itu sudah balik tadi.

Selesai meletakkan barang, Marwah menutup but keretanya.Dia mahu masuk dalam kereta tapi tangannya disentuh oleh Safa.

Marwah menepis tangan itu.Safa sedikit tersentak.

"Awak marahkan saya lagi ke?"soal Safa pada Marwah.

Marwah diam membungkam.Dia memandang tempat lain.

"Marwah saya tak nak bermusuh dengan awak tau.Saya kalau boleh nak kita berkawan semula macam dulu?"soal Safa.

Marwah merenung tepat pada Safa.

"Kawan macam dulu?. Boleh saya tahu kawan yang macamana?.Dan macamana yang awak maksudkan kawan tu?"soal Marwah dengan soalan bertubi-tubi.

"Okay saya mengaku salah saya tapi tu dua belas tahun lepas Marwah.Saya sayangkan awak macam dulu"ucap Safa yang sambil mendukung Elina.

"Saya baik dengan awak pun sebab Elina.Awak tu lelaki memang boleh cakap apa saja?.Tapi saya ni perempuan, saya yang lalui semua ni.Dan awak tak tahu sakit tu sebab awak lelaki"ucap Marwah sambil menekan ayat terakhir dari mulutnya.

Marwah terus masuk ke dalam kereta.Dia menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan Safa dengan Elina disitu.

Safa mengigit bibirnya.

*******

"Saya yang lalui semua ni.Awak tak tahu sakit tu"

Kata-kata Marwah tadi betul-betul menusuk dalam hati.Dia tahu Marwah sukar untuk melupakan semua yang berlaku dulu.Dia membuka jendela tingkap biliknya yang bertembung dengan jendela bilik Marwah.

Lampu bilik Marwah sudah gelap menandakan dia sudah tidur.Dia mengeluarkan satu batang rokok dan mahu menghidupkannya tapi pemetik apinya tidak bagi kerjasama.

Dia memejamkan matanya lalu rokok dimulutnya dibuang ke dalam tong sampah.Lalu dia terus keluar dari bilik dan turun ke dapur.Lampu dapur masih terbuka, dia menuju ke peti ais dan membukanya.

Matanya teralih pada bekas Tupperware berwarna biru itu.Dia tahu ini yang dibawa Elina balik dari rumah Marwah tengahari tadi.

Lalu dibuka untuk mengetahui isi dalamnya.Rupanya Marwah memberi Elina pudding caramel.

Dia mengambil piring di rak dan sudu untuk merasa pudding caramel yang Marwah buat.

Satu suapan membuatkan dia tersenyum manis.

"Marwah...saya tahu sebenarnya awak masih simpan perasaan pada saya..."

*********


Ilyas membelek gambar ditelefonnya.Dia tersenyum melihat gambar masa hari pertunangannya.

Bahunya ditepuk dari belakang.Taufiq yang memerhati dari tadi wajah sahabatnya itu penuh senyum.

"Buah hati ke?"soal Taufiq.

"Tunang aku"
"Kau dah tunang?.Aku ingat kau single lagi baru aku nak kenalkan kau dengan mana-mana pegawai perempuan"ucap Taufiq.

"Kau ni ada aje.Aku dah tunang dengan dia dalam enam bulan juga.Rindu aku nak jumpa dia.Kesian dia dapat tunang kerja jauh macam aku ni"luah Ilyas pada Taufiq.

"Relakslah Ilyas.Tak lama lagi kita nak balik dah.Lepas ni kau boleh jumpa dia lepas rindu kau tu.Kau doa semoga dia sentiasa dilindungi"ucap Taufiq.

Ilyas mengangguk kepala.

"Cer tengok sikit tunang kau tu?"soal Taufiq.Ilyas menghulurkan telefon pintarnya ke arah Taufiq.

"Padanlah rindu orangnya cantik.Tahniah!!"ucap Taufiq sambil menepuk bahunya.

Ilyas tersenyum lagi.

Lagi beberapa minggu dia dilaut,dia rasa tak sabar mahu turun ke darat untuk berjumpa dengan Marwah.


***********

Pintu biliknya diketuk beberapa kali, dia mamai bangun lalu membuka pintu bilik.Terpacak Ibu depan biliknya.

"Marwah!!!"

"Ya Ibu Kenapa ni?"Dia melihat wajah risau ibunya.

"Acik Hajar bagitahu Elina sakit tiba-tiba"

"Hah?" terkejut juga dia dengan kata-kata Ibu.

"Dia okay ke? Tak teruk kan?"

"Dia orang nak ke hospital tapi Elina sebut nama kamu tadi.Acik Hajar suruh kamu ikut dia pergi hospital sekali"

Dalam terpisat-pisat dia berlalu ke bilik air membasuh muka yang mamai.Dia menukar pakaian tidurnya dengan t-shirt dan seluar biasa.Dan membetulkan rambutnya yang kusut.

Toyota C-HR berhenti didepannya.Puan Hajar membuka pintu menyuruhnya masuk ke dalam kereta.Dia melihat Elina yang terbaring di sisi Puan Hajar.

Safa dengan muka cemas terus memandu kereta.

Dia meriba Elina yang merengek.Kepalanya dan badannya panas.Dia mengusap kepala Elina.

Elina mendepakan tangan memeluk tubuh Marwah.Dia dapat rasakan hangat tubuh si kecil itu.

"Sabar sayang...kita nak pergi hospital"ucapnya membisik ditelinga Elina.

Marwah memandang Safa yang sedang memandu.

"Sayang Ayah kita dah nak sampai hospital.Sayang Ayah good girl kan"ucap Safa cuba menenangkan hatinya juga.

Rasa nak menangis melihat Elina merengek mengadu sakit.Airmatanya jatuh tapi sempat diseka dengan tangan sebelum Safa dan Puan Hajar nampak.

Mata ditala ke sekeliling.Kenapa dia rasa perjalanan mereka ke hospital terasa jauh....tidak lama kemudian dia rasa Elina tidur tapi dia dapat dengar rengekan halusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience