BAB 11

Short Story Completed 43158

Safa masih tercegat didepan pintu rumah Marwah.Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi.Kejutan yang hampir mengelapkan dunianya.

"Encik tolong saya.... tunang saya pitam"ucapnya dengan muka cemas.

Kata-kata lelaki yang tinggi lebih kurang dirinya dan badan sedikit tegap dan berkulit sawo matang itu.

Puan Nor keluar muncul di pintu dan melihat Safa masih ada lagi.Dia mendekati anak jirannya itu.

Bahu Safa disentuh oleh Puan Nor.Dia berpaling dek sentuhan itu.

"Safa baliklah dulu.Marwah okay dekat dalam doktor dah periksa dia.Lagipun...tunang Marwah ada dekat sini"ucap Puan Nor memandang wajah Safa.

Safa melepaskan keluhan berat.

"Boleh Safa tahu berapa lama dah Marwah bertunang?"soalan itu akhirnya muncul dari mulutnya.

Puan Nor serba salah mahu memberitahu tentang itu.Tapi sampai bila dia nak berahsia pada Safa.

"Lebih kurang enam bulan sebelum dia balik sini.Pertunangan diaorang berlaku dekat Jepun.Makcik harap Safa banyak bersabar ya?"ucap Puan Nor memegang bahu Safa.

Safa mengigit jarinya dan tangannya digenggam kuat.

Enam bulan??. Maknanya selama ni sia-sia dia berharap untuk dapatkan cinta Marwah.

"Takpe Acik Nor saya balik dulu.Kesian Elina tunggu saya"ucap Safa terus berlalu meninggalkan rumah itu.

Puan Nor mengeluh kecil.Dia tahu Safa kecewa sekarang.

********

Pintu bilik dihempas kuat, tali lehernya dibuka dan kancing bajunya turut dibuka.Dia duduk dibirai katil.

Puan Hajar tersentak dengan bunyi kuat itu.Mesti Safa tengah marah sekarang ni.

Tangannya menggeletar menahan amarah.Dia membuka laci ditepi katilnya dan mengambil kotak baldu berwarna biru cair itu.Lalu dibuka sebentuk cincin dari Tiffany and co itu dipandang.

"Kenapa kau tipu aku?.Kau memang nak balas dendam dekat aku ke?"ucap Safa sudah membuat andaian yang tidak-tidak.

Dia mengeluarkan telefon pintarnya didalam kocek seluarnya mendail nombor Raid.

"Hello Raid aku nak cari kau cari maklumat seseorang?"soal Safa dalam talian.

"Boleh Safa.Apa nama dia?"soal Raid.

"Ilyas Badri"

Sebut Safa sebelum mematikan panggilan telefon.Dia bangun menuju ke arah pintu balkoni biliknya.Dia merenung tajam pada tingkap bilik Marwah yang tertutup rapat.

Otaknya ligat berfikir sejenak.

********

Marwah tersedar dari lenanya dan terasa tangannya sakit.Dia memandang ada jarum pada tangan kanannya.

"Asalamualaikum....awak dah sedar?"soal Ilyas yang duduk tidak jauh dari Marwah.

Marwah cuba mengingat apa yang terjadi padanya.Dia memandang Ilyas yang menghampirinya.

"Awak dah rasa okay ke?"soal Ilyas yang risau dengan keadaan Marwah.

Dia tak mimpi rasanya.Dia menyentuh lembut tangan Ilyas.Ilyas mengenggam tangan Marwah.

"Bila awak sampai sini?"soal Marwah.

Ilyas tersenyum manis.

"Saya sampai malam tadi.Pastu saya ingat nak surprise kan awak dekat taska.Tapi saya yang terkejut pulak"cerita Ilyas.

Marwah baru teringat pasal Safa.Rasanya sebelum dia pengsan tadi dia sedang bercakap dengan lelaki itu.

"Awak yang bawa saya balik ke?"soal Marwah lagi.

Ilyas angguk perlahan.

"Tadi ada jiran awak yang ambil anak dia pun tolong saya.Apa nama dia?. Safa tolong saya tadi"ucap Ilyas.

Marwah cuba untuk duduk dibantu oleh Ilyas.

"Saya minta maaf sebab susahkan awak.Mesti penat awak tak hilang lagi.Terus jumpa saya dekat sini"ucap Marwah memandang redup.

Ilyas hanya tersenyum nipis.

"Penat saya akan hilang kalau jumpa orang yang saya sayang.Lagipun awak tak pernah susahkan saya.Kan saya dah janji nak jaga awak.Jadi janji saya harus ditunaikan"ucap Ilyas.

Muka Marwah yang pucat itu tersenyum.

"Dah bangun dah Marwah?"soal Puan Nor membawa dulang makanan ke dalam bilik Marwah.

"Alhamdulilah dah ibu.Ramai risaukan dia pitam tadi"ucap Ilyas mengambil pinggan berisi bubur ayam itu dikacau terlebih dahulu bagi minyak bijan yang diletakkan sebati dengan bubur.

Ramai risaukan dia??.Termasuk Safa jugak ke?.Dia memandang ke arah tingkap biliknya.Mesti lelaki itu sedang marah sekarang.

Ilyas menyuapkan makanan ke dalam mulut Marwah.Marwah cuba menelan bubur ayam yang dibuat oleh ibu.

"Awak kena makan banyak sikit baru cepat baik.Tadi doktor kata awak kurang tidur dengan tekanan darah awak rendah.Habis makan nanti makan ubat lepas tu awak rehat"ucap Ilyas.

"Terima kasih sebab layan saya baik"ucap Marwah pada Ilyas.

"Anything for you..."balas Ilyas.

********

Beg pakaiannya dicampak sebaik sahaja sampai di apartment miliknya..Disumbat sahaja baju tidak peduli.Dia tinggalkan Elina pada Uminya untuk sementara sampai dia betul-betul reda.Kalau ikutkan perasaan nak sangat dia bersemuka dengan Marwah.Tapi dia tidak sanggup kerana amarah dalam hatinya sekarang menebal.

Tuhan....apa lagi?"

Safa meraup wajah berkali-kali.Dia rasa nak menangis sekarang.Dia tak salah dengar apa yang diberitahu oleh Raid.

Melihatkan Safa yang masih termenung dengan putung rokok masih ditangannya.Ni mesti pasal Marwah.Sejak tahu Marwah dah bertunang dengan lelaki bernama Ilyas Badri seorang kelasi kapal Tentera laut itu, Safa terdiam.

Dia mahu menegur pun takut.Bukan dia tak tahu Safa kalau marah mahu terpatah giginya kalau salah tanya.

"Safa...."

Pandangan Safa teralih pada Raid yang sedang duduk di sofa.Suara dan wajah Marwah hilang.

"Kau betul suka dekat dia ke?"soal Raid.Safa dia tak berkata apa-apa.

"Aku rasa macam tak ada harapan untuk aku dapat cinta dia...." Dia fikir dengan kepulangan Marwah akan mengukir kemanisan dalam hatinya tapi pahit pula yang mendatang.

Biarpun Safa tidak menzahirkan,dia tahu Safa betul-betul cintakan gadis itu.Dan betullah kata Marwah, yang dia akan terduduk kecewa.

Sekarang dia akan menjauh.

"Safa..."

"Kenapa kau nak putus asa terlalu awal sebelum berjuang?"

"Dia dah jumpa pengganti aku sedangkan aku menagih cinta dia kembali.Salah aku ke takdir aku macam ni?"

Mata Safa kembali merah.Di tubir mata kuyu itu meniti air jernih hangat yang hampir jatuh.

Tapi kenapa dia terasa seperti ditipu oleh Marwah?.Seperti Marwah mempertahankan dia.Membalas apa yang jadi dulu.

"Dia cuma nak balas dengam pada aku kan Raid?" Air mata Safa jatuh setitis.Penat dia menahan, tapi akhirnya...tumpah.

"Balas dendam apanya Safa?" Raid kerut dahi.Tak mengerti maksud Safa.

"Dulu aku khianat dia demi cinta aku pada arwah Nayla.Sekarang ni aku kena batang hidung aku sendiri....sebab tu dia sengaja sembunyi yang dia tunang orang..."

"Astagfirullah Al- Azim.....Safa..."Raid menggelengkan kepalanya.

"Jangan tuduh sebarangan....nanti kau sendiri yang sakit hati...."

""Dia memang dah lama rancang kan?"sambung Safa bila Raid diam.

Nafas berat dilepaskan.Raid hilang kata-kata.

"Jawapan yang kau nak ada pada Marwah.Pergi jumpa dia... bincang elok-elok.Sebagai lelaki yang berani...."

Safa ukir senyum senget.Jumpa Marwah? Dahlah hatinya sakit bertambah dua kali ganda sakit.

"Aku tak boleh nak fikir.Dia benci aku.Memang patut dia benci aku..."Safa angkat tubuh.

"Kau nak biar macam tu?.Mudahnya kau mengalah?.Dia baru tunang dengan Ilyas tu...belum tentu jadi suami isteri lagi.Takdir jodoh bukan atas diaorang....Jadi Kau pilih nak menjauh dari Marwah?"Raid bersuara agak keras.

Tajam Safa merenung Raid.Ya...betul juga cakap Raid.... bercinta tak semestinya bersama.Bertunang...belum tentu akan berkahwin..Dia berpaling dan bercekak pinggang memandang ke arah luar jendela rumahnya yang luas itu.

Rokok diletakkan dimulutnya lalu dia menghidupkan api.Disedut dan dihembus lepas perlahan......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience