BAB 6

Short Story Completed 43158

Akhirnya Marwah dapat kerja disebuah taska yang tidak jauh dari rumahnya.Berita gembira itu dikongsikan kepada Puan Nor.

Dia tak sabar rasanya mahu memulakan kerja.

"Ni Marwah ada baju kurung ke nak pergi sekolah nanti?"soal Puan Nor yang sedang menuang air sirap selasih ke dalam cawan.

"Tak adalah Ibu.Baju Marwah pun tak banyak bawa balik sini.Dekat sana kan cuaca berubah.Nampaknya kena beli dulu."ucap anaknya.

Puan Nor berfikir sejenak.

"Apa kata Ibu bawa pergi beli baju?"soal Puan Nor.

"Ibu okay ke?.Kalau tak boleh takpe Marwah naik grab je"ucapnya.Dia tidak mahu menyusahkan ibunya.

"Insyallah nanti kita pergi"ujarnya.

**********


Safa membuka topi keselamatan dikepalanya.Terasa bahang betul cuaca harini.

Dia meletakkan topi diatas meja berdekatan.Raid meluru ke arahnya membawa minuman mineral.Dia meneguk air mineral sampai habis membasahkan tekaknya yang kering.

"Ada masalah ke?"soal Raid yang melihat Safa bercekak pinggang memikirkan sesuatu.

"Jay salah dengar pasal wainscoting tu.Aku tak nak wainscoting PVC roll tu.Kau cakap dengan dia tukar pada wainscoting hard plastic"ujarnya sambil mengambil semula topi dimeja.

Raid mengikut langkah Safa.

"Kau nak pergi mana?"soal Raid melihat Safa membuka pintu kereta Toyota C-HR miliknya.

Safa berpaling memandang Raid yang sedang menunggu.

"Aku nak balik dah.Kerja aku dah settle.Kau pergi settle dengan Jay pasal wainscoting tu.Aku nak ambil Elina dekat sekolah"ucapnya sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Raid berdiri di tepi memerhati kereta Safa menghilang dari pandangan matanya.

********


Marwah mengemas barang dalam biliknya.Mana yang dia tak perlukan dia buang sahaja.

Dia terjumpa satu kotak bercorak polkadot ditepi meja belajarnya dulu.Dia mencapai kotak itu.

"Kotak apa ni?"soal Marwah membawanya ke arah katil.Keadaan kotak itu nampak tidak terusik.

Dia membukanya dan baru dia teringat ini kotak yang dia buang ke dalam tong sampah dua belas tahun lepas.

Isi dalamnya terdapat diari lama miliknya yang masih ada dan kepingan gambar Safa yang dia curi-curi ambil sewaktu zaman sekolah dulu.

Satu persatu gambar itu dibeleknya.Tanpa sedar senyuman terukir di bibirnya.Dia menutup semula kotak itu.

Telefon bimbitnya berbunyi dia mencapai tertera nama Ilyas di skrin.Dia segera menjawab.

"Asalamualaikum.....sayang..."ucap Ilyas didalam talian.

"Walaikumusalam....lama tak dengar suara awak"ucap Marwah.

Ilyas melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Sayang dengan ibu sihat?"soal Ilyas dengan lembut.

"Alhamdulilah kami sihat dekat sini.Awak tu sihat ke? Macamana dekat Amsterdam?"soal Marwah.

Ilyas mengeluh berat.

"Alhamdulilah sihat cuma faktor cuaca ni tak menentu.Saya rehat dekat Amsterdam sebelum kami sambung belayar ke Liverpool pulak.Saya ada masa nak telefon awak ni"ucap Ilyas.

"Lambat lagilah saya dapat jumpa awak.Saya nak bagitahu yang saya dah dapat kerja dekat sekolah tadika swasta"ceritanya.

"Alhamdulilah..... insyallah awak boleh buat.Nanti kerja rajin-rajin.Ingat pesan saya kalau rasa susah luahkan pada sesiapa yang awak rasa boleh dengar isi hati awak.Nanti ada bungkusan untuk awak.Kira hadiah hari jadi advance untuk awak.Saya harap awak suka"ucapnya sambil tersenyum.

"Oh yeke.Okay saya tunggu hadiah awak.Awak jaga diri awak untuk saya"ucap Marwah.

"Insyallah nanti kita jumpa kalau ada rezeki.Saya cintakan awak Marwah"ucapnya dengan suara garau.

Marwah tersenyum manis.

"Saya pun.Bye...."ucap Marwah sebelum mematikan panggilan telefon dari Ilyas.

Dia memandang cincin belah rotan di jarinya.

*********

Elina menerpa ke arah Safa yang sedang duduk menonton filem.Dia memegang muka Safa.

"Kenapa sayang?"soal Safa mencium anak kecilnya.

"Elina nak aiskrim... Ayah"ucap Elina.

"Aiskrim? Kan Ayah cakap Elina kena makan aiskrim hujung minggu je"ucapnya.

"Nak aiskrim makan dengan Ibu"rayu Elina mencium-cium pipi Safa.

"Amboi kuat bodek Ayah siapa ajar?"soal Safa mencuit hidung Elina.

Elina hanya tersenyum menampakkan giginya yang jarang.

Safa meletakkan alat kawalan jauh.

"Elina nak makan dengan"Ibu"?"soal Safa pada Elina.

Elina angguk perlahan.

Safa membisikkan sesuatu pada Elina.

*********

Marwah yang sedang duduk memandang telefonnya terdengar bunyi pintu pagar kecil terbuka.Lalu dia dengar suara orang memanggil.

Dia bingkas bangun dan melihat siapa.

Elina yang memakai gaun merah jambu dan berikat rambutnya memandangnya.

"Elina buat dekat sini?.Nanti Ayah cari?"soal Marwah pada Elina.

"Elina nak ajak"Ibu" makan aiskrim"

Marwah terkebil-kebil memandang wajah si kecil itu.Dia menunjukkan pandangan pada Elina.

"Makan aiskrim?. Dengan siapa?"soal Marwah.

Elina memandang ke arah pagar kecil itu.Safa berdiri sambil meletakkan kedua tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Bukan saya yang ajak? Elina yang nak makan aiskrim tapi dengan awak.Kalau awak tak nak takpe saya boleh pergi sendiri tapi saya risau kalau dia merajuk nanti"ujar Safa mengawal riak wajah.

Marwah memandang wajah Elina yang menanti jawapan daripada mulut Marwah.

*******

Akhirnya mereka buat keputusan untuk ke KL East Mall.Elina begitu teruja dari dalam kereta hanya mulut dia yang bersuara.

Safa beratur memesan aiskrim untuk Marwah dan Elina.Dia memandang Marwah yang melayan Elina dengan tidak kekok.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan secara diam-diam mengambil gambar mereka.

"Ya encik nak aiskrim apa ya?"soal pekerja Baskin Robbins.

"Saya order Jamoca Almond Fudge, Rainbow sherbet dan Vanilla"ucapnya selesai membuat pesanan.

Safa meletakkan aiskrim didepan Elina dan Marwah.

"Silakan menikmati aiskrim"ucap Safa pada Marwah.

Marwah memandang aiskrim itu lalu memandang Safa yang sedang menyuap Elina aiskrim.Dia masih ingat favourite Marwah.

"Sedap tak?"soal Safa pada Elina.

Elina mengangguk laju.

"Ibu... aiskrim ibu sedap tak?"soal Elina pada Marwah.

Marwah tersenyum.

"Elina nak rasa..."

"Nak..."

Safa hanya memerhati mereka berdua sambil dia menikmati aiskrim ditangannya.


Marwah menyuapkan aiskrim ke mulut Elina.Elina teruja sangat dengan mulut comot dia mencium pipi Marwah.

"Sorry... Awak....Elina tak sengaja"ucap Safa mengambil tisu didepannya dan dia mengelap comot diwajah Marwah.

"Tak apa saya boleh buat sendiri"ucap Marwah mengambil tisu ditangan Safa.

Mereka canggung.

Safa memandang Elina.

"Sayang Ayah nak pergi mana lepas ni?"soal Safa.

"Nak tengok movie boleh?"soal Elina dengan menunjukkan riak muka comel.

"Ermm.....cuba tanya "Ibu"?"soal Safa sambil membuat gaya berfikir.

Elina memandang Marwah.

Marwah mengangguk perlahan.Elina bersorak gembira.

Selesai makan aiskrim, mereka menonton wayang bersama Elina.Marwah dan Safa duduk antara Elina.

Marwah memandang Elina yang begitu seronok harini.Rupanya Safa turut memandang ke arahnya.

Marwah mengalihkan pandangan.

*********

Jam di keretanya menunjukkan jam sudah pukul sembilan malam.Safa memandu tenang sambil melihat cermin pandang belakang.Dia tersenyum manis.

Mereka berdua terlelap mungkin kepenatan.Elina nampak selesa baring di atas riba Marwah.

Dia memperlahankan sedikit radio supaya tidak menganggu tidur mereka sementara sampai ke rumah.

********


Marwah menggeliatkan badannya sambil mengosok matanya yang masih mamai.Macamana dia boleh terlelap sekali pun dia tidak tahu.

Safa menghulurkan beg kertas padanya.Marwah membelek beg itu.

"Apa ni?"

"Itu hadiah dari saya untuk awak mula kerja nanti"

"Tak payah susahkan diri beli untuk saya"

"Takpe saya ikhlas.Lagipun harini awak dah pinjamkan masa untuk layan Elina.Saya nak ucap terima kasih"ucap Safa.

"Kebetulan saya tak buat apa-apa"ucap Marwah.

"Erm....okay"

"Oh yeah saya lupa nak pulangkan jaket awak"ucapnya.

"Takpe awak nak simpan pun boleh.Mana tahu boleh hilangkan rindu pada saya"ucap Safa selamba.

Marwah mati senyum.

"Takpelah awak bawa Elina masuk kesian dia dekat dalam kereta tu lama-lama"ucap Marwah menukar topik perbualan mereka.

Safa mengangguk kepala.

"Selamat Malam Asalamualaikum..."

"Selamat malam.Walaikumusalam"jawab Marwah memandang Safa yang masuk ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience