Hari yang dinanti penuh debar akhirnya tiba jua.Harini Marwah akan menjadi milik Ilyas sepenuhnya.
Dia duduk dibirai katil cuba mengawal perasaannya yang sedang berkecamuk dengan pelbagai persoalan.Dia mematikan telefon pintarnya harini.Dia benar-benar tidak bersedia untuk terima sebuah lagi kehilangan.
Baju melayu berwarna biru gelap yang tergantung pada almari biliknya itu dipandang kosong.Puan Hajar menyuruhnya untuk pakai semasa Marwah nikah nanti.
"Baju melayu ni pakai esok.Makcik Nor nak kamu ada pada majlis tu nanti"ucap Puan Hajar padanya.
"Kalau Safa tak pergi tak jejaskan pernikahan diaorang kan Umi?"soal Safa dengan muram.
Puan Hajar mendekati anaknya itu.Dia tahu pasti punah sudah harapan untuk memiliki Marwah.
"Safa kena ikhlaskan dia baru kebahagiaan dia dan Safa akan ada.Percayalah cakap Umi.Anak Umi bukan tak laku cuma masa belum tiba.Lagipun kamu dengan Marwah dah lama kenal.Jadi tunjuk support pada dia"ucap Puan Hajar memegang bahu Safa yang jatuh itu.
Dia kembali menatap bekas cincin yang tidak sempat diberi pada pemiliknya.Dia bingkas bangun.
**********
Ilyas membersihkan sedikit habuk pada songkoknya.Dia meletakkan barang diatas katilnya.
Dalam masa beberapa jam sahaja, detik paling dia nanti.Menjadi suami kepada Marwah Elina.
Dia memandang jarinya yang ada inai.Rasa bagai mimpi dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati.
Fikirannya melayang teringatkan pertemuan dengan Safa malam semalam.Dia memang berniat mahu berjumpa lelaki itu sebaik sahaja balik dari Eropah.
Mereka memilih kedai mamak berdekatan sahaja.Bak kata orang putih sesi luah perasaan men to men.
Dari jauh Safa melambai tangan pada Ilyas yang bertopi hitam menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Safa.
Mereka bersalaman.
"Sihat?. Macamana dengan kaki kau?"soal Ilyas.Kali terakhir dia melihat lelaki itu terbaring atas katil hospital.
"Alhamdulilah cuma kaki aku tak boleh berdiri lama sangat.Sebab besi tu nak serasi dengan aku.Kau macamana belayar okay?"soal Safa pula.
"Okay pelayaran kali ni lebih smooth sikit cuma main dengan cuaca"cerita Ilyas.
Mereka diam seketika.
"Tahniah... besok nak nikah.Dapat title barulah esok"ucap Safa sambil menghirup air teh panas.
Ilyas memandang Safa.Betul kata orang yang rapat dengan Safa, dia lelaki yang suka pendam perasaan.
"kau okay ke?"
"Okay apa?"
"Ialah Aku nikah dengan Marwah.Aku tahu kau dengan dia dulu"ucap Ilyas tapi tidak menghabiskan ayat.
"Itu dulu Ilyas.Dah jadi bubur dah.Yang ada sekarang ni.Kau pilihan dia bukan aku"ucap Safa.
"Kau tak menyesal lepaskan dia buat kali ni?"soal Ilyas menguji tangkai hati lelaki didepannya.
Safa tersenyum manis.
"Memiliki Marwah mungkin memang bukan menjadi takdir aku.Untuk teman dia pun mungkin bukan menjadi tugas aku.Dia hadir dalam hidup aku untuk aku belajar apa itu maksud melepaskan dan mengikhlaskan.Dan doakan dia yang terbaik itu adalah pilihan terbaik yang aku boleh bagi pada dia"ucap Safa panjang lebar.
Ilyas memandangnya dengan pandangan yang sedih.Tapi kenapa?.
"Jadi kau tak cintakan dia?"soal Ilyas.
Safa berfikir sejenak dengan soalan itu.Tipu tak pernah.Dengan arwah Nayla dulu dia hanya rasa sakit kehilangan seorang sahabat.Dia kahwin dengan Nayla dulu untuk jaga Nayla.Tapi Marwah gadis bertuah berjaya buatnya pada dirinya yang dulu.
"Cinta yang paling tulus adalah ketika kita cintakan seseorang tu dan kita tahu dia takkan pernah jadi milik kita.Bahagia dia adalah kebahagiaan kita"ucap Safa.
Dia mencapai telefon pintarnya mendail nombor Safa.Dalam hitungan detik tapi tidak diangkat.
*********
Safa melangkah dengan perasaan penuh debar.Dia menyarungkan songkok dikepalanya.
Puan Nor memberitahu yang Marwah mahu berjumpa dengannya sebelum majlis pernikahan.
Dia melangkah ke arah taman bunga milik Puan Nor yang terletak dibelakang rumah.Dari jauh dia nampak Marwah dengan baju berwarna putih dan bertudung.
Safa berdeham sedikit.Marwah berpaling memandang lelaki itu.
Safa mendekati Marwah.Dia memandang wajah gadis dihadapannya itu.
"Tak sangka akhirnya awak akan kahwin dengan pilihan hati awak. Awak cantik sangat harini"puji Safa ikhlas.
"Dekat rumah nilah kali pertama kita jumpa dan dekat sini juga akan jadi kali terakhir untuk kita"
Marwah menitiskan air matanya.Dia menundukkan wajahnya ke bawah.
"Saya minta maaf sebab buat awak nangis.Habis mekap awak"ucap Safa mengeluarkan tisu dalam poket baju melayunya.Dia mengelap air mata itu.
"Awak tak patut nangis dihari bahagia awak.Mulai harini, awak mungkin tak perlu nangis untuk saya lagi.Lagi sekali Tahniah..."ucap Safa sambil menahan tangis.
Air mata Marwah terus mengalir.Safa berpaling dan berlalu.Airmatanya mengalir jua akhirnya.
Dia mengesat air matanya.Mengenal awak adalah anugerah buat saya Marwah.Anugerah yang saya takkan lupa.
*********
Langkah Safa terhenti apabila tangannya dipegang Puan Hajar yang baru nak ke rumah Marwah.
Puan Hajar memandang wajah Safa yang merah mungkin menangis.
"Dia cantik sangat Umi harini. Umi... Safa tak nak Umi fikir yang Safa tak buat yang terbaik.Safa tak mampu...maafkan Safa Umi...Safa betul-betul minta maaf"ucap Safa terus melangkah keluar menaiki keretanya.
Puan Hajar turut menitiskan air matanya melihat Safa.
**********
Rombongan sebelah lelaki sudah sampai.Mereka semua duduk diruang tamu.Ilyas duduk ditempat yang sepatutnya.Matanya masih mencari kelibat seseorang yang dia tunggu.Tapi nampaknya tiada.
Bakal pengantinnya Marwah turun dari tangga.Dia memandang wajah bakal isterinya itu muram.
Tok kadi sudah berada didepannya."Awak ni Ilyas Badri pengantin harini?"soal Tok kadi.
"Ya Tok saya pengantin harini"ucap Ilyas.
"Saya nak tanya pengantin perempuan.Setuju ke dengan perkahwinan ni?"soal Tok kadi.
Marwah mengangguk perlahan.
Dengan lafaz Bismillah, tangan Ilyas bersalaman dengan tangan Tok kadi.Acara pernikahan dimulakan.
********
Dia duduk berteleku di atas sejadah.Menunaikan kewajipan pada yang ESA.
Jam dikerling sudah jam tiga petang.Hatinya dirundung pilu.Marwah sudah sah menjadi isteri kepada Ilyas.Seorang lelaki yang hebat kerana dapat memiliki hati dan cinta Marwah.
Dia memeriksa poket seluarnya mencari telefon.Baru dia teringat masa dia bersiap tadi telefonnya dalam bilik.
Dia membaringkan badannya memandangkan surau ini tidak terlalu ramai orang yang singgah solat.
Dia merehatkan fikirannya sebentar.Dia mahu pulang ke rumah apabila semua orang sudah balik.Dia tidak mahu menunjukkan mukanya disitu.
Ada penyesalan dalam dirinya kerana tidak berusaha untuk mendapatkan semula cinta Marwah.
Tapi dia serahkan pada takdir Allah untuknya.Dia tidak mahu berharap atau menanti.
********
Puan Hajar membuka pintu bilik Safa yang gelap tiada cahaya kerana Safa menutup seluruh langsir dalam biliknya.
Dia membuka lampu dan ternampak telefon Safa diatas katil.
"Ya Allah telefon tinggal dekat dalam bilik.Mana pulak dia pergi ni?"soal Puan Hajar dalam hati.
"Tok Umi.... Ayah mana?. Kenapa bukan Ayah dengan Ibu?"soal Elina yang tidak tahu apa-apa.Dia fikir Safa yang akan bernikah dengan Marwah.
Muncung sedepa kedua-dua beranak ni harini.
"Sini dekat Tok Umi"panggil Puan Hajar.Elina memeluk Puan Hajar.
"Ayah...kejap lagi balik.Elina tunggu Ayah"ucap Puan Hajar.
"Elina nak Ibu dan Ayah"Elina memegang tangan Puan Hajar.
Dia buntu.
Safa entah mana pergi.Elina pula meragam sejak balik dari rumah Marwah tadi.Apalah nasib keluarga dia?.Dia sedih memikirkan perkara ini.
Share this novel