BAB 2

Short Story Completed 43158

Dah lama tak bau masakan ibu.Rindu betul.Dia bawa langkahnya perlahan ke dapur mendekati ibu yang sedang sibuk memasak.Senyap-senyap pinggang ibu diraih kemas seraya diletakkan dagu di atas bahu ibu.

"Hesy.. Marwah ni.Nasib tak terpelanting timun ni"Dekat nak melatah dah dia apabila dipeluk oleh Marwah.

"Lapar? rindu masakan Malaysia.Tak mampu nak hadap masakan Jepun"

Marwah angguk."Kejap lagi ibu nak keluar,kamu nak ikut tak?"soal Puan Nor.

Marwah geleng kepalanya.

"Kalau macam tu duduk rumah pastikan pintu kunci kalau tak nak keluar.Kalau tiba-tiba rasa bosan kunci kereta dengan motor ada aje dekat laci"

"Okay Ibu.Tapi ibu nak keluar dengan siapa?"soal Marwah.

"Dengan Acik Hajar kamu.Biasalah aktiviti bulanan persatuan ibu-ibu.Adalah survey barang sikit"ucap Puan Nor.

"Owh kejap bila masa Acik Hajar balik? Kata balik kampung ada kenduri?"

"Sampai malam tadi lagipun tak boleh lama cucu Acik Hajar tu dia kena pergi nursery"ucap Puan Nor.

Cucu????...setahu aku Abang Zaid aje yang dah kahwin.Takkan....lantaklah.

"Owh kecil-kecil dah hantar nursery.Kenapa Acik Hajar tak jaga dia?"soal Marwah.

Pelukan pinggang ibu terlerai.Dia membalikkan tubuh ibunya supaya berhadapan dengannya.

"Lain orang lain didikannya"

Wajah Ibu dipandang lama.Senyuman itu nampak tulus biarpun tak seceria mana.

"Apa kata Marwah masak untuk ibu?" Ibu kena rasa air tangan anak dara ibu"Terus dia tolak tubuh ibu keluar dan mengambil alih tugas ibu.

"Marwah masak spesial untuk ibu nanti Ibu boleh sedekah dekat Acik Hajar.Sebagai lauk tambahan.Mana tahu sedap kita repeat lagi?"Keningnya naik tinggi.

"Nanti kalau Marwah kahwin jarang orang dapat rasa air tangan anak ibu ni"Sempat dia mengusik ibu yang hanya menggeleng kecil tanda tak dapat melarang.

Apabila ibu angguk dan tersengih dia lebih lagi tersenyum lebar.

Tangan Puan Nor naik menyentuh rambut halus anaknya.Ada sesuatu yang dia mahu tanya namun dia membatalkan niat.Biarlah dulu,Tak sampai hati pula dia mahu bertanya Marwah dengan pelbagai persoalan.

"Ibu...."

"Hah?" Puan Nor Tersentak dengan suara Marwah.

"Cucu acik Hajar tu anak siapa? Abang Zaid?"soal Marwah.Hujung matanya mengerling ibu sambil mencuci ikan yang sudah disiangnya.

Dada Puan Nor berdebar-debar.Dia dah agak anaknya akan bertanya tentang perkara ini.Tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia beritahu tambahan pula anaknya itu ada kaitan dengan jawapannya.

"Erhhh ..Marwah ibu baru teringat.Ibu nak pergi gosok baju.Nanti kita sembang lagi.Cepat sikit masak ibu tak sabar nak rasa masakan anak ibu"ucap Puan Nor meluru keluar dari ruang dapur.

Rasa debaran itu dibawa pergi.Andai Marwah tahu....

*******

"Semalam pukul berapa dia sampai rumah,Raid?"

"Dekat pukul dua belas juga Safa.Dari jauh saya nampak dia dengan seorang wanita mungkin mak dia."jawab Raid mendatar.

Safa mengangguk perlahan.Laporan daripada projek landskap perumahan yang sedang diusahakan ini berselerakan didepan mata.Dah hampir seminggu dia tidak menjenguk Elina di rumah keluarganya mesti merajuk lagi nanti.

Kepala dipanggung.Memandang tepat pada Raid di depan mata yang sedang berdiri tegak menanti arahan dia yang seterusnya.

"Tengahari ni aku nak balik rumah keluarga aku.Kau tolong tengokkan apa yang patut."Keluhan lepas kasar melalui rengkung.Dirapatkan belakang tubuh pada kerusi.

********

Marwah duduk bersila sambil memegang novel ditangannya.Rasa penat badannya belum hilang lagi dengan perit tekaknya mungkin faktor cuaca.

Dia rasa macam ada yang memerhatinya.Dia melihat keliling tapi tiada orang pun.Pastu telinganya menangkap bunyi loceng.Seperti bunyi loceng gelang kaki, lalu dia mendekatkan diri pada pagar kecil yang boleh ke rumah Acik Hajar disebelah.

Dia menoleh ke kiri dan ke kanan tapi tiada orang.Baru dia mahu beralih tangannya ditarik membuatkan dia menjerit kuat.Dia memandang wajah kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia empat tahun tersenyum manis memandangnya.

Dia memegang jantungnya laju akibat terkejut dek budak perempuan dihadapannya.

"Ibu....ibu..."panggil budak itu sambil cuba mencapai tangannya.

"Diam...boleh tak?.Sejak bila aku jadi ibu kau?.Aku tak kenal siapa kau?"bisik Marwah pada budak perempuan itu.

"Ibu...ibu..."panggilnya lagi kuat.Marwah dah gelisah memerhati dalam rumah Acik Hajar tapi tiada orang.

Dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan budak perempuan itu yang masih memanggilnya "Ibu".Laju langkah kakinya menaiki anak tangga ke bilik.

Pagar automatik terbuka, kereta Safa memasuki laman rumah keluarganya.Dia mematikan enjin kereta yang mengaum kuat.Dia keluar dari perut kereta terdengar sayup-sayup suara budak.

Setahu Safa anaknya pendiam dan jarang bercakap.Sejak arwah isterinya meninggal Elina jadi pendiam tidak bercakap atau dia lebih bercakap dengan orang yang rapat sahaja.

Dia mencari suara itu yang kedengaran jelas.Langkahnya menuju ke arah tepi ruang lepak berdekatan pagar mahu ke rumah Acik Nor.

Dia melihat anaknya Elina menjerit memanggil sesuatu.Dia mendekati anaknya.

"Ibu...ibu..."

Safa terus memegang bahu anaknya.Dan dipeluk erat.

"Dah sayang....."ucap Safa sambil mengusap rambut anaknya.

Dia memegang pipi anaknya.Muka merah anaknya menahan tangis.

"Kenapa ni sayang?.Kenapa sayang Ayah duduk sorang-sorang dekat luar ni?"soal Safa yang cemas.

"Ibu..ibu....."ucapnya dengan pelat sedikit sambil menunjukkan jari ke arah pagar.

"Tak ada Sayang.Ibu tak Ada.Ayah ada ni.Kak Mek!!!"panggil Safa.

Kak Mek datang dengan tergesa-gesa.Memandang wajah merah menahan amarah Safa.

"Ya tuan.Saya minta maaf tak perasaan Elina keluar tadi"ucapnya.

"Bawa dia masuk.Cuci kaki dan tangan.Nasib saya balik rumah kalau tak apa jadi dengan dia.Umi mana?"soal Safa.

"Umi lagi keluar sama Bu Nor.Saya bawa Elina ke dalam dulu Tuan"ucapnya mendukung Elina masuk ke dalam.

Safa mencekak pinggang.Dia memandang ke arah rumah sebelah.Apa yang Elina nampak tadi?.Dia terus masuk ke dalam rumah.

*******

Marwah melabuhkan punggung di atas katil.Dia mengeluh kasar.

"Kenapa budak tadi panggil aku ibu?.Aku belum kahwin mana datang anak pulak?"soal Marwah dalam hatinya.

Dia memejamkan matanya sejenak dan terpandang ke arah kerusi dalam biliknya.Dia bangun dan memandang anak patung berwarna merah jambu itu.Terdapat tulisan nama padanya.

"Setahu aku ni bukan aku punya?. Anak siapa punya pulak ni?"soal Marwah lagi musykil.

Dia meletakkan kembali dan menuju ke bilik air.

******

Safa menyikat rambut anaknya lalu diikat kemas.Dia masih tertanya-tanya apa yang anaknya nampak tadi.

"Elina... pandang ayah kejap"ucap Safa sambil memusingkan badan anaknya.

Elina memandang wajah ayahnya.

"Sayang Ayah..boleh Ayah tanya?"

Elina geleng tidak angguk pun tidak.Dia hanya memandang tanpa berkata-kata.

"Kenapa Elina panggil-panggil ibu tadi?"soal Safa.

Elina berpaling dan dia membuka laci meja belajarnya lalu membawa sesuatu kepada Safa.

Apa yang ada ditangan anaknya itu diambil.Lalu dia melihat bingkai gambar lama itu.Ianya gambar Nayla dan Marwah ketika zaman sekolah dulu.

Safa memandang Elina.Dia tidak faham kenapa Elina menunjukkan gambar itu.

Tangan kecil itu menunjukkan pada gambar Marwah.

"Ibu...ibu..."ungkapan itu keluar dari mulut anaknya.Safa memeluk tubuh kecil itu.Dia faham perasaan anaknya yang rindukan arwah Nayla.

"Maafkan Ayah sayang...."ucapnya lalu mengucup dahi Elina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience