Harini dia masuk pejabat semula.Kerja-kerja sebelum ni nasib baik Raid ada terangkan padanya.Dengan bertongkat dia tetap memandu sendiri.
Memandangkan Elina nak pergi sekolah dengan Marwah dia hanya membiarkan sahaja.Lepas ni kalau Marwah dah jadi isteri Ilyas kemungkinan Elina tidak merasa lagi peluang itu.
Tablet didepannya dibuka dan dia mula membaca satu persatu jadual mingguannya.Raid masuk ke dalam pejabatnya menghulurkan lakaran.
Dia mengambil lakaran ditangan Raid."Safa ada orang nak jumpa dengan kau"ucapnya dengan wajah serius.
"Siapa?"
Safa menunggu didalam pejabatnya.Langkah kaki memasuki ruang pejabatnya.Dia mendongak sedikit terkejut melihat susuk tubuh yang dia kenali.
Dia tersenyum menghampiri Safa.
"You looking good bro"ucap lelaki itu.Dengan gaya tangan dalam poket seluarnya.Dia duduk di sofa dengan kaki bersilang.
"Kau buat apa dekat sini?"soal Safa.Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Aku saja jumpa kawan lama.Kau mesti dapat hidu kenapa aku datang sini"ucapnya dengan nada belagak.
"Aku tanya kau apa aku buat dekat sini!!!"jerit Safa yang menahan amarah.
Lelaki itu tersenyum sinis.
Dia berdiri dan mendekati tubuh Safa.Dia memandang dari atas sampai bawah.
Dia berbisik ditelinga Safa.
"Aku datang nak ambil hak aku"ucapnya perlahan tapi cukup membuatkan gegendang telinganya panas.
Tangan Safa mencengkam kolar baju Zach.Dadanya turun naik.Zach hanya senyum sinis pada Safa.
"Apa hak kau?.Kau tak layak untuk dia"ucap Safa.Zach merentap tangan Safa.
"Nayla Elina she is my daughter"ucapnya dengan nada tenang.
Safa menggenggam penumbuknya.
"Aku akan ambil dia dari kau.Kalau tak boleh dengan cara halus aku akan ambil dia dengan cara kasar.Ingat aku akan ambil dia"ucap Zach sebelum meninggalkan Safa disitu.
Safa berjalan ke arah mejanya.Semua barang atas mejanya dicampak ke lantai.Apa lagi ujian yang nak datang padanya.Lepas satu-satu ujian untuknya.
*********
Rasanya sudah beberapa hari juga Safa tidak bersua secara dekat dengan Marwah.Jika ada pun, dia curi pandang gadis itu.Tak lama lagi dia akan jadi milik Ilyas,redhakah aku dengan semua ni?.
Jujur rasanya dia banyak makan hati dengan perjalanan hidupnya sendiri.Makan hati kerana tidak dapat memberi yang terbaik untuk dirinya.
Tapi dia bersyukur waktu subuh ini dia dapat berpeluang beribadah bersama dengan kejiranan tempat tinggalnya.Inilah antara kemanisan dari keresahan hatinya.
"Safa...." Imam Jalil menggamit Safa mendekati sebaik sahaja habis kuliah subuh.Yang lain sudah beransur keluar.Hanya anak muda ini masih berteleku di sini.Sepertinya ada sesuatu yang begitu menganggu hati pemuda ini.
"Sini.."
Safa mengesot mendekati Imam Jalil sebaik sahaja dia tutup kitab Al Quran.
"Kenapa? Hati kamu rasa tak tenteram?" Bahu Safa dipegang kemas.
Perlahan, dia hanya membalas dengan senyuman.Dia bersila didepan Imam Jalil.Jari-jemarinya digenggam erat.
"Imam.. kadang-kadang saya rasa Allah itu menguji hambanya terlalu kerap.Lepas satu masalah tambah masalah lain.Sampai saya fikir apa tujuan saya hidup kalau hanya sekadar untuk menghadapi ujian yang saya mampu nak lalui"
"Manusia ni ujian diberi sama rata.Dan setiap ujian yang diberi pada kita mengikut kemampuan kita.Dan kamu tanya kenapa Allah uji kamu?.Kerana mungkin kamu mampu.Mampu untuk hadapi ujian tersebut.Dan percaya cakap Imam setiap ujian yang kamu lalui ini akan ada kemanisan di akhirnya nanti"
Safa mengangguk perlahan.
"Terima kasih Imam sebab tolong saya.Sekurang-kurangnya terluah apa yang ada dalam hati saya sekarang?"
"Luah dan mengadu dalam solat dengan bersungguh-sungguh.Insyallah kamu akan jumpa kebahagiaan yang kamu cari.Itu janji Allah untuk orang yang berusaha.Dia adalah pegangan yang paling utuh untuk kamu berpaut"ucap Imam Jalil.
Safa mengangguk kepalanya.
*********
Pagi ni Safa berpeluang menghantar Elina ke taska.Dia membuka tali pinggang.Dan memandang wajah Elina yang duduk disebelahnya.
"Elina Ayah nak pesan ni.Jadi dengar cakap Ayah boleh?"soal Safa dengan memegang tangan Elina.
Elina mengangguk perlahan.
"Jangan ikut sesiapa yang Elina tak kenal.Kalau balik tunggu Ayah, Tok Umi atau Ibu.Kalau Elina ikut, Elina takkan jumpa Ayah, Tok Umi dan ibu.Ingat pesan ni, Elina anak Ayah sorang aje.Ayah ada Elina saja"ucap Safa.
"Elina pun sayang Ayah"ucap Elina mencium pipi Safa.
"Dah jom masuk sekolah.Kawan semua dah masuk"ucap Safa.Sampai didepan pintu, Marwah yang berbaju kurung moden menanti kehadiran murid lain dan Elina.
Elina bersalaman dengan Safa dan Marwah sebelum masuk dalam sekolah.Safa mendekati Marwah.
"Minta maaf ganggu awak, boleh saya nak cakap sekejap dengan awak?"soal Safa pada Marwah.
*******
Apa?????
"Zach bekas kekasih arwah Nayla.Dan bapa kandung pada Elina"ucap Safa.
"Jadi awak nak saya buat apa?"soal Marwah.
"Saya nak awak halang sesiapa yang nak ambil dia.Yang hanya boleh ambil dia saya, Umi dan kalau dia balik dengan awak"ucap Safa menerangkan hal berkaitan "Bapa kandung" Elina.
"Kenapa awak tak report polis je?"soal Marwah.
"Tak boleh Marwah.Saya takut kalau dia bertindak kasar dengan Elina"
"Habis awak nak tunggu dia cederakan Elina.Apa motif dia cari Elina balik?"soal Marwah.
"Saya tak sure pasal tu.Please Marwah tolong jaga Elina untuk saya"ucap Safa.
Marwah memeluk tubuh.Safa mendekati tubuh itu.
Dia mendongak memandang Safa.
"Dia je saya ada sekarang.Saya dah tak sanggup nak hilang apa lagi lepas ni.Awak orang yang saya percaya untuk jaga dia"bisik Safa merenung mata Marwah.
Marwah menelan air liur.Dadanya berombak kencang seakan mahu keluar.Dia nampak kerisauan diwajah lelaki itu bila memikirkan tentang Elina.
"Saya janji saya akan jaga dia macamana awak jaga dia"ucap Marwah.
Safa tersenyum lalu mengundurkan diri ke belakang dan berlalu meninggalkan kawasan taska.
Nafas dihela perlahan.Sambil memegang pipinya yang bahang.
********
Dia memicit kepalanya yang berdenyut dari tadi.Kerja diatas meja dibiarkan berlambak sahaja.Dia buntu dengan apa yang Zach itu.
Raid masuk membawa beberapa fail sambil menarik kerusi dalam bilik Safa.Dia memandang sekilas wajah yang sedang serabut itu.
Safa seakan hilang fokus pada kerjanya.Dia bingkas bangun dari duduknya.Dan membuka laci ditepi meja.Dia mengeluarkan botol putih berisi ubat.Dia mengambil ubat untuk dimakan.
"Safa kau ada masalah ke?"soal Raid.
"Entahlah aku rasa serabut semacam"ucapnya.
Safa membaringkan badannya diatas sofa panjang.Tangan diletakkan diatas kepala.
"Aku nak lelap kejap.Nanti kau tolong cover"ucap Safa.Raid hanya mengangguk sambil menyambung kerjanya.
*******
Panggilan telefon pintarnya mengejutkan Safa yang sedang terlena.Dia mencapai telefon diatas meja dan menjawabnya separuh mamai.
"Asalamualaikum...siapa ni?"soal Safa yang mamai.
"Walaikumusalam... awak dekat mana?. Sekarang dah pukul berapa?"soal satu suara yang dia kenal.Dia melihat skrin telefon tertera nama panggilan yang diletaknya "Ibu Marwah".
"Saya dekat pejabat.Ada apa ni?"soal Safa.
"Awak balik sekarang.Elina dia...."panggilan terputus.Safa melihat telefonnya sudah gelap.Bateri telefonnya habis.Dia bingkas bangun terus keluar dari pejabat.
*********
Keretanya meluncur masuk ke dalam laman rumah.Dia memandang luar rumah keluarganya.Kenapa gelap semacam?.Takkan semua orang dah tidur atau aku yang terlebih tidur?.Dia melihat jam dipergelangan tangan baru pukul lapan malam.
Dia melangkah keluar dan menutup pintu kereta.Jarang rumahnya sesunyi ini,dia rasa tak sedap hati terus menuju ke pintu.
Pintu dikuak dari luar, betul rumahnya gelap gelita.
"Elina....Umi...."panggil Safa cemas.Tiada yang menyambut panggilannya.Dia mencari suis lampu berdekatan dengannya.
"Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu...."
Safa berpaling dan dalam gelap gelita bertukar jadi cerah.Dia melihat Marwah membawa kek ke arahnya.Dan ada Elina disisi gadis itu.
"Allah selamatkan Safa Anaqi..Allah selamatkan kamu..."nyanyi Marwah untuk Safa yang masih blur.
"Happy birthday Ayah"ucap Elina.Safa tersenyum lalu mendukung Elina.Dia sendiri macamana boleh lupa harini hari jadi sendiri.Rasanya lama juga dia tak sambut.
Marwah menghulurkan kek untuk ditiup.Sebaliknya Safa mematikan lilin menggunakan jarinya.
"Terima kasih sebab sudi sambut hari jadi saya.Awak tak pernah lupa tarikh penting tu.Minta maaf susahkan awak.Saya hargai"ucap Safa memandang Marwah.
"Dahlah tu jom makan.Kami dah tunggu lama dari petang tadi"ucap Puan Hajar yang menghidang makanan.
"Betul tu Safa.Mari kita makan"panggil Puan Nor.
"Jom..."
Safa mengikut langkah Marwah ke meja makan.
********
Selesai makan Safa menuju ke dapur.Dengan baju kerja yang masih berada dibadannya dia melipat sampai ke siku.
Dia menarik kerusi dan duduk.Marwah memandang Safa yang sedang duduk tidak bersuara.
"Saya telefon Encik Raid tanya pasal awak.Dia kata awak tidur.Awak tak sihat ke?"soal Marwah yang baru selesai menyusun pinggan.
"Tak adalah saya cuma serabut dengan masalah saya.Lepas satu-satu masalah timbul.Naik pening kepala saya"ucap Safa.
"Saya kan ada awak boleh luahkan apa awak nak.So awak tak pendam dalam hati awak"ucap Marwah.
Safa tersenyum manis.
"Tak semudah tu Marwah.Antara kita ni dah tak macam dulu.Saya nak lebih terbuka pun saya kena fikir banyak perasaan kena jaga.Lagi dua minggu Ilyas akan balik dan jadikan awak isteri dia.Kalau tak mungkin saya yang berada dekat tempat Ilyas"ucapnya dengan nada perlahan.
"Saya doakan awak jumpa orang yang betul-betul cintakan awak"
Safa menggelengkan kepalanya.Yang aku cinta itu kau Marwah.Yang aku ingin miliki itu kau.Aku tak pernah rasa selesa dan bahagia selain dengan kau.Dan bila kau, aku dan Elina ada.Aku rasa keluarga aku dah sempurna.Tapi kau bawa seluruh hati aku bersama-sama kau.
"Entahlah saya rasa cukup setakat tu aje.Elina pun tak salah rasanya tumpang kasih sayang awak walaupun awak dah jadi isteri Ilyas nanti"ucap Safa merenung dalam mata Marwah.
Marwah terdiam.Dia yakin mulut Safa cakap lain.Tapi dalam hati dia cakap lain.Safa masih menaruh harapan pada dirinya.
Tapi takdir dia sendiri tidak tahu apa pengakhirannya nanti......
Share this novel