Dia melangkah mencari tempat yang diberitahu oleh Zach.Kawasan kolam renang terbiar itu mengusarkan hati Safa.
Dia terus mencari Elina.Dia masuk ke dalam bangunan tersebut.
Marwah memberhentikan keretanya dibelakang kereta suaminya.Dia memandang arah bangunan dihadapannya terus dia melangkah pantas.
Safa nampak Zach sedang menunggu.Dia berjalan ke arah lelaki itu.Zach senyum sinis pada Safa.
Dia memandang beg ditangan Safa.
"Aku nak kau bagi aku duit tu dulu"ujar Zach.Safa merenung tepat.
"Aku nak anak aku balik!!!.Pulangkan Elina pada aku sekarang"jerit Safa.
Zach menarik Elina yang berikat tangannya.Dia rasa marah dengan perbuatan Zach.
"Kau bagi anak aku dulu baru aku bagi kau duit"kata Zach.
Zach hanya gelak seperti orang hilang akal.Dia mahu menolak Elina ke dalam kolam renang yang ada air.
"Jangan!!! aku bagi kau duit"ucap Safa mula takut.
Elina meronta-ronta cuba melawan Zach.
"Kau boleh diam tak!!!"jerit Zach.
"Kau tak takut dosa ke?.Nak sakitkan anak kau?"soal Safa.
Zach memandang wajah Safa.
"Anak aku?.Aku tak pernah anggap anak aku daripada mana-mana perempuan yang aku mengandungkan.Perempuan ni bodoh macam Nayla tu.Percaya kata-kata aku lepas tu mengandungkan anak aku"ucap Zach dengan megah.
Marwah duduk dibalik dinding belakang Zach.Dia cuba untuk menyelamatkan Elina.
Dia menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.
"Kau memang jantan kurang ajarkan.Sebab tu hidup kau tak pernah tenang sebab dosa kau sendiri"
"Jangan merapu dekat sini.Aku nak duit aku....kalau tak aku tolak budak ni dalam kolam ni"ucap Zach menolak sedikit tubuh Elina.
Safa mencampakkan beg berisi duit itu pada Zach.Nyawa Elina sekarang menjadi taruhan.Walaupun Zach tidak menggunakan senjata apa-apa.Dia tetap kena berjaga-jaga.
Zach mengambil beg tersebut lalu membuka untuk melihat isi dalamnya.Terdapat banyak not duit didalamnya sesuai dengan apa yang diminta.
"Bagi Elina pada aku!!"jerit Safa.
Zach tersenyum sinis.
"Elina nak jumpa Ayah ya?.Jumpa Ayah...dekat syurga"ucapnya sebelum menolak tubuh Elina ke dalam kolam.
Marwah memberi isyarat pada Safa.Suaminya terkejut dia berada disitu.
Zach sudah gelak besar seperti dirasuk.Safa terus menuju ke arah Zach.Satu tendangan tepat ke arah muka Zach.Membuatkan dia jatuh ke lantai.
Marwah berlari ke arah kolam dan terjun masuk ke dalam kolam.Dia berenang untuk selamatkan Elina.Tubuh Elina dicapai lalu dia bawa Elina naik ke atas.
Safa memandang ke arah kolam.Dia ternampak Marwah berjaya selamatkan Elina.Terus dia mencengkam baju Zach lalu ditumbuk muka lelaki itu.
Tubuh Elina diangkat ke atas.Ikatan pada tangan Elina dibuka.Dia melihat si kecil itu terbatuk-batuk.Dia rasa lega dapat selamatkan anaknya.
Dia rasa nafasnya terlalu laju.Dia mahu naik ke atas.Tangannya mencapai besi ditepi tapi besi yang dipegangnya tercabut membuatkan dia terlepas.
Dia memejamkan matanya rapat.Dan tubuhnya perlahan-lahan masuk ke dalam air.
Safa menumbuk Zach berkali-kali sebelum dia sedar yang Marwah tiada disitu.Dia memandang Zach yang lemah ditumbuknya.Lalu dia berlari ke arah Elina yang terbaring lemah.
Matanya terpandang ke arah dalam kolam.Dia turut terjun ke dalam kolam tersebut.
Dia mengoncang badan Marwah.Pinggang isterinya dirangkul dan naik ke atas.Tubuh Marwah dibaringkan.Dia menekan dada isterinya berkali-kali.
"Marwah!!!! bangun!!!!"
Lagi sekali dia menekan dada Marwah.Dia membuat pernafasan mulut ke mulut pada Marwah.
Marwah terbatuk-batuk mengeluarkan air dalam mulutnya.Safa memegang pipi isterinya.
Marwah membuka matanya.Safa rasa lega sekali.
Bunyi siren diluar, membuatkan dia menarik nafas lega.
Tubuh Marwah dan Elina dipeluk kuat.Dia hampir kehilangan kedua-kedua mereka.
Zach meronta-ronta digari oleh pihak polis.Dia memandang Safa dengan wajah tidak puas hati.
"Encik boleh ikut saya untuk buat laporan di balai?"soal anggota polis.
Safa mengangguk perlahan.
*********
Safa menunggu diluar wad kecemasan.Dia melihat tangannya.Kenapa setiap yang bernyawa akan merasai kesakitan akibat dirinya.Kenapa Allah uji dia dengan ujian hampir kehilangan orang yang dia sayang?.
Wad kecemasan yang sibuk seakan tidak dihiraukan oleh Safa.Puan Nor dan Puan Hajar belum mengetahui tentang perkara ini lagi.Dia takut akan merisaukan mereka berdua.
Pintu wad kecemasan dikuak, muncul seorang doktor berbangsa India.Dia tersenyum pada Safa.
"Macamana dengan isteri dengan anak saya?"soal Safa.
"Everything is ok.Saya dah buat pemeriksaan ke atas anak Encik tiada apa-apa yang serius paling pun dia akan demam.Encik kena pantau nanti.Manakala isteri encik pula..."kata-katanya terhenti.
Safa menanti penuh debar.
"Isteri encik ada masalah sikit. saya nak bagitahu yang dia mengandung sekarang ni.Tapi keadaan dia sangat lemah.Dan denyutan jantung bayi pun agak lemah sekarang ni.Buat masa sekarang ni dia kena tahan dulu untuk kami pantau sampai keadaan dia stabil"terang doktor.
Safa rasa bersyukur dan dalam masa yang sama dia sangat risau dengan keadaan isterinya.
********
"Takpe Safa kami bawa balik Elina dulu.Jangan risau kan dia.Kamu fokus pada Marwah"kata Puan Hajar.
Safa jadi serba salah dengan Elina.Dia menundukkan badannya.Bahu Elina dipegangnya.
"Elina... duduk Tok Umi dan Nenek ya?. Nanti ibu dah sihat.Ayah bawa balik ibu"ucap Safa mengusap pipi Elina.
"Ibu sakit ke ayah?"soal Elina.
"Ya sayang ibu sakit.Nanti ibu dah sihat kita pergi jalan-jalan dengan ibu"ucap Safa.
Elina mengangguk kepalanya.
Safa memeluk tubuh si kecil itu.
"Kami gerak balik dulu.Apa-apa pasal Marwah bagitahu kami.Kamu jaga kesihatan juga"pesan Puan Nor pada menantunya.
Safa mengangguk dan bersalaman dengan kedua-kedua mereka.
*********
Ilyas rasa tak sedap badan harini.Dia meminta kebenaran untuk ke pusat perubatan.Kakinya dah berhenti dihadapan pusat perubatan.
Dia mengetuk pintu sebelum masuk.Terdengar suara wanita memanggilnya masuk ke dalam.
Dia melangkah masuk dan terpana melihat seorang doktor tentera wanita duduk dikerusi.Wanita itu memandangnya dengan senyuman.
"Ya Tuan ada apa-apa masalah?"soal doktor yang bernama Sabrina.
Ilyas menarik kerusi dan duduk.
"Doktor Kyril tak ada ke?"soal Ilyas pada wanita itu.
Dia senyum.
"Doktor Kyril besok baru masuk.Harini tugas saya.Boleh saya tahu Tuan sakit apa?"soal Sabrina.
"Ermmmm...saya rasa tak sedap badanlah.Macam nak demam.Saya datang sebab malam ni saya bertugas"cerita Ilyas.
"Boleh Tuan buka baju uniform Tuan"ucapnya.Ilyas membuka baju uniform bagi memudahkan pemeriksaan.
Tangan Sabrina mengambil stestoskop lalu dipakainya dan diletakkan pada jantung Ilyas.
"Jantung awak laju.Saya cek tekanan darah awak"ucap Sabrina mengambil alat cek tekanan darah.
Ilyas hanya diam sahaja.
"Demam biasa aje ni.Tekanan darah awak tinggi.Nanti saya bagi ubat makan ikut masa.Pastikan ubat dihabiskan"pesan doktor Sabrina bangun dan mengambil beberapa ubat di rak.
Ilyas memakai semula uniformnya.Butang dikancing.
"Ini ada ubat demam, antibiotik dan darah tinggi"
"Terima kasih Doktor..."
"Sama-sama.Nama saya Sabrina"ucapnya sambil memberikan senyuman manis.
Ilyas turut membalas senyuman gadis itu.
*********
Tangan Marwah dipegang erat tidak mahu lepas.Dari kejadian semalam, doktor bagi isterinya rehat dahulu.
Matanya dibuka perlahan.Dia memandang sisinya Safa yang sedang terlena disisinya.Dia mengusap rambut suaminya.Airmatanya mengalir kejadian semalam bagai mimpi ngeri.Tapi Safa janji selamatkan dirinya.
Safa terasa tangan Marwah memegang pipi.Dia mengangkat kepalanya dan memandang Marwah yang sedang berkaca matanya.
Dia mula risau.
Share this novel