BAB 13

Short Story Completed 43158

Safa melihat cuaca yang terang.Dia memacakkan khemah terlebih dahulu.Dia menoleh melihat Elina sedang duduk tidak jauh darinya menikmati keropok udang yang dibeli ketika dalam perjalanan ke sini.

Mereka memilih kawasan perkhemahan di bukit tinggi.Jauh sedikit dari bandar utama.Rasanya sudah lama dia tak berkhemah.

Dia meletakkan barang keperluannya dalam khemah.Dia melabuhkan punggung setelah hampir tiga puluh minit dia bekerja keras.

Air mineral dalam tempat pembeku dikeluarkan dan diteguk.

"Amboi anak ayah ni.Cheat day harini makan keropok"ucap Safa mengelap mulut comot Elina dengan tisu basah.

"Ayah nak sikit"

Safa membuka mulutnya lalu Elina menyuapkan keropok ke dalam mulutnya.

"Suka tak dapat camping dengan Ayah?"soal Safa.

Elina angguk perlahan.

"Kalau ada Ibu lagi seronok"ucap Elina.Dia hanya tersenyum mendengar.Elina sekarang mana boleh tanpa Marwah.Mana-mana dia pergi mulut tak lekang sebut ibu".

"Nak buat macamana orang tak suka.Kita enjoy berdua jelah.Kejap lagi Ayah bakar-bakar.Tu ayam dengan sosej Tok Umi dah siap perap untuk kita"ucap Safa mengelus rambut Elina.

********

Puan Nor melihat Puan Hajar menyiram pokok bunga pagi hari.Dia mendekati pagar kecil itu.

"Sunyi rumah Hajar.Tidur lagi ke diaorang?"soal Puan Nor yang menarik kerusi dan duduk sambil melihat Puan Hajar menyiram pokok.

Dia melihat kereta Safa ada dalam garaj.Tapi rumah itu sunyi, selalu Elina pagi-pagi dah bising.

"Diaorang mana ada Nor.Diaorang pagi-pagi lepas subuh dah keluar pergi bukit tinggi"ucap Puan Hajar.

"Bukit tinggi?. Buat apa ke sana?"soal Puan Nor.

"Elina ajak Ayah dia pergi camping.Tu yang Safa bawa ke sana.Saja nak luang masa dengan Elina katanya.Dia ajak saya tak mahulah"cerita Puan Hajar.Pili air ditutup rapat sebelum melabuhkan punggung di sebelah Puan Nor.

"Ohh kereta satu lagi tak ada.Tak perasan pula dia keluar pagi tadi"ucap Puan Nor sambil melihat kereta Mercedes G wagon milik arwah suami Puan Hajar tiada dalam garaj.

"Nor Marwah ada cakap apa-apa tak pasal Safa?.Bukan apa Safa ni sejak dua menjak lain macam tau.Saya risaulah dengan diaorang berdua ni.Kawan macam musuh"luah Puan Hajar.

"Entahlah Marwah pun banyak diam juga.Dua kali lima dua-duanya keras kepala"ucap Puan Nor.

*******

Marwah yang memasang telinga hanya mengeluh berat.Dia tak tahu kenapa dia rasa sakit hati bila semalam Safa tidak bercakap dengannya.

Adakah dia terkesan dengan kata-kata Marwah.

"Kalau awak nak mati, pergi mati sorang-soranglah"

Dia memejamkan matanya rapat.Kejam sangat ke dia berkata sebegitu pada Safa.Dia mengigit jari jemari.Telefon bimbitnya dikeluarkan dan dia cuba menghubungi nombor Safa.

Dia sudah menukar pakaian yang lebih selesa untuk membakar ayam.Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi tertera nama Marwah.

Dia mencari Elina yang sedang menyusun batu-batu kecil.

"Elina...ni Ibu telefon.Angkat Ayah anak bakar ayam ni"panggil Safa.Dia malas mahu menjawab.

Elina berlari mendapatkan telefon pintar ditangannya.

Dalam beberapa saat, muncul wajah Elina diskrin dengan muka ceria.

"Asalamualaikum....ibu..."sapa Elina.

"Walaikumusalam.... Elina dekat mana?"soal Marwah walaupun dia sudah tahu.

"Elina camping dengan Ayah"ucap Elina sambil menghalakan telefon pada Safa yang sedang membakar dengan muka serius.Telefon diletakkan didepannya dan Marwah boleh nampak jelas pandangan dua beranak itu.

Dia memerhati wajah itu.Senyuman hilang dari bibir lelaki itu.

"Elina hati-hati tau dekat situ.Jangan pergi mana-mana tanpa Ayah"pesan Marwah.

"Okay....ibu tak nak datang sini"

"Tak boleh Ibu sibuk lagipun uncle Ilyas nak jumpa Ibu"

Walaupun sedang menghadap ayam yang dibakar.Dia dapat menangkap perbualan mereka berdua tidak jauh darinya.

"Ibu...ibu gaduh dengan Ayah ya?"soal si kecil itu.Dia sendiri dapat merasakan sesuatu yang tidak kena antara Safa dan Marwah.

Marwah tersenyum nipis.

"Nanti balik kita jumpa ya.Asalamualaikum..."ucap Marwah sambil memandang lagi.

"Walaikumusalam...Elina sayang ibu.Ayah pun sayang ibu"ucap Elina sebelum mematikan panggilan.

Safa membawa beberapa ayam yang sudah dibakar pada Elina

"Bagi telefon Ayah.Ni ayam untuk sayang ayah"ucap Safa.

"Ayah apa kata kita ambil gambar hantar dekat Tok Umi"ucap Elina.

Safa mengangguk kepala.Dia membuka kamera telefonnya dan mengambil gambar mereka berdua lalu dihantar kepada Puan Hajar.

***********

Marwah memandang langit yang gelap tiada bintang itu.Lalu memandang jendela tingkap bilik Safa yang gelap juga.Angin malam ini agak kuat.

Puan Nor yang dari dapur memandang Marwah yang sedang berseorangan di ruang tepi rumahnya.

"Marwah.... Kenapa ni?"soal Puan Nor.

"Entahlah semua apa yang Marwah buat serba serbi tak kena.Tak tahu mana silapnya"ucap gadis itu.

"Macam nilah Marwah.Ibu cakap jujur dengan Marwah.Kalau betul hati kita ni tiada perasaan pada seseorang tu.Sepatutnya kita dah reda.Macam apa yang Ibu tengokkan antara kamu dengan Safa ni.Kamu bukan berdendam dengan masa lalu kamu.Tapi Marwah takut terpaut semula pada Safa kan?. Sebab tu anak ibu ni cuba sedaya upaya untuk lupakan dia sehingga menyakiti hati sendiri"

Marwah menundukkan wajahnya ke bawah.

**********

Safa duduk dikerusi sambil memegang secawan kopi ditangannya.Dia memandang langit yang gelap mungkin akan hujan.Hatinya sedikit gusar dan tidak sedap hati.

Elina sudah lena dibuai mimpi.Jam ditangannya menunjukkan mahu masuk pukul sebelas malam.

Ada beberapa pengunjung masih belum tidur lagi.Mendengar gelak ketawa mereka serba sedikit menghilangkan rasa sunyi.

"Kalau awak nak mati pergi mati sorang-soranglah "

Ungkapan itu terngiang-ngiang di cuping telinga Safa lagi.

Dia meletakkan cawan diatas meja.Tapi apa yang pelik dia terkejut lampu suluh yang diletakkan diatas meja terjatuh.

Dia rasa kepalanya seperti berpusing.Tapi keadaan sekeliling kawasan tiada apa.Dia menundukkan badan mengambil lampu suluh yang jatuh.

Dia mendengar orang menjerit dengan kuat.Dia turut mendengar bunyi seperti guruh yang kuat mengegar tanah.Dia terus membuka khemah dan mengambil beg galas kecilnya.Dan mengangkat tubuh kecil yang sedang lena itu.Lalu keluar dari khemahnya.

Dia menyuluh lampu pada kawasan yang gelap.Dia lihat tanah mengelincir laju menuruni bukit.
Seorang lelaki india menarik tangannya untuk lari.
Dia terhenti apabila melihat seorang bayi lelaki berusia lebih kurang dua tahun menangis ketakutan.Lalu dia mengendong keduanya dengan kudratnya menuju ke kawasan selamat.
"Lari...lari.. bangun...bangun.."jerit salah seorang pengunjung.Safa terus berlari dengan tanpa memandang ke arah belakang dengan lampu suluh ditangannya.

Dia menguatkan kudrat berlari dan hampir terjatuh kerana gegaran pada tanah.

"Ya Allah selamatkan nyawa aku dan anakku..."ucapnya sambil berlari ke arah bawa.Dia menoleh ke belakang.Dia melihat runtuhan tanah yang laju meranap tempat khemah dia.

"Ayah Elina takut...."ucap Elina."Pejam mata Elina"bisik Safa.

"Encik naik atas ni"ucap seorang pengunjung.Safa menghulurkan Elina dan juga bayi lelaki itu pada lelaki itu.Apa-apa jadi Elina mesti diselamatkan dahulu.Tangannya mahu mencapai tapi ada dahan pokok jatuh dan menghempap kakinya menyebabkan dia jatuh kebelakang.Ada runtuhan tanah yang laju menghampirinya.Dia memandang Elina yang sedang menangis.Ya Allah jika ini takdir yang kau beri pada aku?.Kau selamatkan nyawa anakku?.Dalam keadaan bising tadi tiba-tiba rasa sunyi.
Beberapa orang lelaki berani turun dan cepat-cepat mengorek tanah yang menimbus tubuh Safa dan berberapa orang yang tertimbus tidak terlalu dalam .Elina sudah teresak-esak menangis memanggilnya.

"Ayah.....Ayah...."panggil Elina meronta-ronta bila dia lihat tubuh Safa yang penuh dengan tanah diangkat ke kawasan yang selamat.

Dia memeluk tubuh Safa kuat sambil menangis teresak-esak.Dia begitu takut dengan apa yang jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience