PROLOG

Short Story Completed 43158

Langit mendung dan awan mula bergerak laju seiring angin.Hujan akan turun bila-bila masa sahaja.

Aku mengambil payung dibawa laci meja ku.Dan berlari menuju ke arah padang sekolah.Aku nak bagitahu perasaan aku pada dia.

Dari luar dia nampak pasukan bola sepak sekolah masing-masing sudah keluar dari padang sekolah.Kelibat itu tidak ada dalam kalangan kumpulan pemain.

Dia berlari terus masuk ke dalam sambil memegang payung dan inhaler disebelah tangannya.

Kakinya terhenti dan matanya terpandang dibahagian atas tempat duduk penonton.Terlepas payung ditangannya ke atas lantai.Hujan mula turun rintik-rintik kasar.

Matanya tidak menipu mahupun menidakkan apa yang dilihat.Dia memandang dua orang yang amat dia rapat.Mereka mengkhianati persahabatan mereka.

Tangannya menggeletar menahan amarah.Aku memandang gadis itu menghulurkan payung pada lelaki disebelahnya sambil tersenyum.

Dia menunggu sehingga gadis itu pergi dari situ.Lalu dengan sudah basah kuyup terkena hujan.Dia menghampiri lelaki itu yang sedang mengemas barangnya dalam beg.

Aku berdiri didepannya.Dia mendongak memandang wajah ku.Dengan dahinya berkerut sedikit lalu dia tersenyum.

Aku sakit melihat senyuman itu.Aku menghulurkan payung padanya.

"Kau lambat aku dah ada payung"

Lelaki itu bingkas bangun dari duduknya dan berjalan untuk turun dari ruang tempat duduk.Aku berpaling dan berjalan laju ke arahnya.

Payung ditangannya aku ambil dan aku campak jauh.

"Apa masalah kau ni?"jeritnya pada ku.

"Kau marah?. Kalau dia buat aje kau tak marah pun kalau aku mesti kau melenting kan?"jerit Aku dalam hujan yang semakin lebat.

Lelaki itu turun dari situ dan mahu mengambil payung itu semula.

"Kau suka dia kan?"soalku.

Dia berhenti dan memandang tepat ke arah ku.Pandangan kami terasa dingin dan tegang.

"Memang aku suka dia"

"Safa!!!!"jerit ku.

"What???? She's better than you"ucapnya.

Aku tak percaya ayat tu keluar dari mulut lelaki itu.

"Kita dah janji takkan suka satu sama lain.Kau mungkir janji kau Safa"ucap ku.

"Pergi mati dengan janji tu.Aku suka dia dan cintakan dia"ucap Safa dengan angkuh.

Aku memegang tangannya erat supaya dia menarik semula kata-katanya.

"Aku tak boleh tipu perasaan aku.Aku minta maaf dengan kau.Aku cintakan Nayla sangat-sangat"ucapnya.

Guruh berdentum seakan-akan mengerti perasaan aku sekarang.

"Tapi..... Aku......"

Dia rasa tak mampu nak bernafas.Inhaler ditangannya dibuka dan disedut.

"Aku yang musnahkan semua janji tu. Marwah aku harap kau tak benci aku"ucapnya lagi sambil memegang kedua-dua bahu ku.

Satu tamparan hinggap dimuka Safa.Aku bagai tidak percaya tanganku yang selama ini tidak pernah menampar harini terjadi.

"Aku benci kau Safa Anaqi.Aku benci Nurul Nayla sangat-sangat.Mulai harini jangan panggil nama aku lagi.Sebab kau sendiri yang...yang mulakan dulu"ucapku terus berjalan turun dari situ.

Aku membiarkan diriku dibasahi hujan.Safa mengejar langkah kaki ku.Dia menarik lenganku.

"Marwah jangan macam ni.Nanti kau sakit macamana?"soalnya mengambil berat tentang ku.

Aku menepis tangan itu.

"Hati dan perasaan aku dah lama sakit sejak kau dan Nayla khianat aku demi kepentingan korang berdua.Jadi aku doakan kau dengan dia bahagia"ucapku dengan dada berombak menahan sakit.

"Tapi kau kawan aku Marwah.Siapa nak sokong aku main bola lepas ni.Kau cheerleader untuk kitaorang"ucapnya.

Safa memang tak pernah menganggapnya sebagai lebih dari seorang kawan.Tapi dengan Nayla dia boleh bercinta dibelakang aku.

"Aku kawan kau habis Nayla tu apa?Kau memang kejam kan? Kau pernah tanya aku tak? Apa aku rasa?. You're so selfish.Kau dan Nayla sama je"soal Marwah dengan mata mencerlung memandang tajam pada Safa.

Safa menundukkan wajahnya ke lantai.Dia hilang kata-kata.Sesungguhnya memang dia mengkhianati persahabatan mereka.Dia tidak pernah melihat wajah Marwah terlalu marah padanya.

Tiada jawapan daripada mulut Safa.Dia terus berlalu pergi dengan hati yang terluka.Safa meraup wajahnya berkali-kali dia serba salah dengan Marwah.

Kerana cintanya pada Nayla dia sanggup ketepikan perasaan Marwah sebagai kawan.

********

Marwah berjalan dalam hujan yang lebat.Dia kecewa dengan lelaki bernama Safa Anaqi.

Lelaki itu tak pernah nampak usahanya untuk memikat hatinya.Dia mahu memberitahu perasaannya kepada Safa.Tapi semuanya sudah terlambat kalau bukan sebab Rania memberitahu tentang mereka berdua mungkin dia takkan tahu sampai bila-bila.

Dia begitu cintakan lelaki itu.Dan apa saja yang lelaki itu buat mesti dia akan sokong.Bukan sehari dua mereka kenal tapi sejak sekolah rendah.Keluarga mereka juga turut kenal satu sama lain.

Dia duduk di perhentian bas dengan baju basah dan terasa sejuk.Bas yang berhenti langsung dia tidak naik.Hatinya kosong sekosongnya.

**************

Ketukan pintu rumah menganggu keluarga Safa yang sedang menikmati makan malam.

"Ada orang datang.Takpe Umi pergi tengok kejap"ucap Puan Hajar berjalan menuju ke pintu.

Pintu dikuak muncul Puan Nor dengan muka cemas.

"Kenapa ni Kak Nor? Cemas semacam?"soal Puan Hajar pada jirannya.

"Safa ada dekat rumah?"soal Puan Nor.

Safa berpaling saat namanya disebut oleh Ibu kepada Marwah.

"Ada dekat dalam.Kenapa ni?"soal Puan Hajar sekali lagi.

Safa berjalan ke arah pintu.

"Marwah tak balik lagi Hajar.Saya risau ni takut dia asma dekat mana-mana"ucapnya.

"Marwah tak balik lagi?"soal Safa yang berdiri disebelah Puan Hajar.

Dia terus mencapai kunci motor dan berlari keluar.

"Saya pergi cari dia Makcik"ucap Safa memakai topi keledar.Puan Nor dan Puan Hajar turut keluar menaiki kereta untuk mengikut Safa mencari Marwah.

**********


Airmata terus mengalir tanpa henti.Dia rasa sejuk sangat dan matanya tak mampu untuk buka.

"Ibu...ibu...."panggil Marwah.

Inhaler ditangannya terlepas dari pegangannya.Dalam samar-samar dia ada nampak satu cahaya ke arahnya.

"Marwah!!! Marwah!!!"panggil Safa yang memberhentikan motor sebaik sahaja dia melihat kelibat seseorang diperhentian bas.

Dia berlari ke arah Marwah yang duduk memejamkan matanya rapat.

"Marwah....bangun... Marwah tolong bangun"jerit Safa memegang pipi Marwah supaya dia sedar.

Puan Nor dan Puan Hajar meluru ke arah Safa dan Marwah.

"Ya Allah Marwah kenapa ni?"soal Puan Nor memegang anaknya.Tangannya sejuk mungkin sebab kena hujan dan mukanya pucat.

"Safa angkat dia masuk kereta"ucap Puan Hajar.

Safa terus mencempung badan Marwah masuk ke dalam kereta.

"Marwah kenapa buat macam ni?"soal Safa pada Marwah.Dia meletakkan Marwah dibelakang tempat duduk.

"Umi teman Acik Nor pergi bawa Marwah pergi hospital.Kamu terus balik saja"ucap Puan Hajar pada Safa.

Safa risaukan keadaan Marwah.Dia mengambil beg Marwah, payung yang masih tidak terbuka dan inhaler yang terjatuh di atas lantai perhentian bas.

Dia ternampak sekeping gambar terjatuh dilantai.Itu gambar dia semasa perlawanan bola sepak sekolah.

Dia memusingkan belakang gambar.Terdapat tulisan yang ditulis Marwah.

~Saya akan sentiasa sokong awak sebab saya sukakan awak~ Marwah Elina.

Dia tergamam seketika.Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.Kenapa? Kenapa aku tak tahu pasal ni?.

"Sorry Marwah tapi aku sukakan Nayla bukan kau"ucapnya sambil mengoyakkan gambar itu.

Bismillah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience